PC Tak Boleh On



Seperti kebiasaan, malam-malam mesti gua mengadap PC gua. Kadang-kadang buat kerja-kerja kegemaran gua macam edit-edit, photoshop-photoshop. Selalunya gua habiskan masa dengan surfing dan blogging.

PC ni gua beli masa final semester dekat U dulu. Terpaksa beli sebab laptop acer aspire gua jadi haprak lepas lebih kurang 2 tahun pakai. Jahanam terus dan tak berbaloi untuk repair. Jadi gua beli PC sebab PC tahan sikit dari laptop. Power pon boleh gagah.

Bila dah dikaitkan dengan power, kegunaannya pon menjadi semakin power. Masa duduk hostel dulu, gua pakai sorang-sorang ja. Bila gua ada kelas atau gua bajet lambat lagi nak mengadap semula, gua shut down ja terus.

Bila gua habis U, duduk menyewa dengan kawan-kawan, kepoweran PC ni makin menjadi-jadi. Kadang-kadang sampai banyak hari jugak tak off. PC sebijik tapi user ramai. Dah la budak-budak ni semua pesyen tak reti shut down. Kalau shut down sekalipon, plug tetap sentiasa on. Gua tak ingat bulan bila last plug tuh off. Manjang menyala lampu merah ja gua tengok.

Tadi, masa gua nak menjalankan rutin harian gua seperti biasa, PC gua tiba-tiba padam. Gua cuba on semula 3,4 kali tapi tak boleh. Godek-godek wayar takot longgar, pon tak boleh. Maka gua pon membuat fatwa sendiri yang PC ni semput sebab dah lama sangat tak off.

Gua seterusnya membantu merigankan beban PC tersebut dengan menekan 3 suis untuk menge-off-kan beliau. Gua harap, sikit masa lagi bila gua try semula, PC ni akan sembuh seperti sedia kala.
Kalau tak boleh jugak, gua nak karate lantai rumah ni sampai terbelah 5...
Orang Akaun Web Developer

Mata Merah


Gua perasan yang sejak dua tiga empat menjak ni mata gua suka jadi merah pagi-pagi. Ya gua tahu normal la kalau lepas bangun pagi mata merah tuh. Tapi itu bukan permasalahan yang gua hadapi.

Gua rasa lain macam pulak dia punya merah. Lepas bangun, masa gua gosok gigi tuh gua tengok mata gua lain macam dia punya merah. Mengalahkan cyclops. Merah tuh akan pudar tapi kadar kecergasan mempudarkan diri tuh sangat slow. Kadang-kadang dah masuk waktu tengah hari pon mata gua maintain lagi merah dia tuh.

Lagi satu gua perasan, mata putih gua tak berapa nak putih macam tepung pulut tuh. Warna apa gua tak tau nak cakap tapi tak putih melepak la senang cakap.

Gua syak ini ada kena mengena dengan tabiat tido gua. Selalunya lepas alarm bunyi, gua akan tekan bagi dia snooze sampai gua rasa nak bangun betul-betul. Sementara tuh gua selalunya meniarap pekup muka kat bantal. Bila muka mengadap bantal, mata pon ikot sama. Sebab tuh merah. Itu yang gua rasa la.

Tapi kalau bukan sebab itu, sebab apa lagi? Saspen pulak gua. Gua rasa kalau benda ni boleh membuat hati sanubari gua gundah gulana, gua nak pergi jumpa doktor tanya dia.

"Apa kena mata saya ni dok??"
Orang Akaun Web Developer

Church Raya


Masa kat atas opis petang tadi, gua dah nampak kereta berderet dekat church sebelah LDP tuh. Tapi gua tak berprasangka apa-apa la sebab bukannya pelik sangat bila kereta banyak-banyak ni.

Pukul 7 lebih, gua turun dari opis. Agak awal kalau menengok waktu gua masuk pagi tadi dah 10 lebih. Disebabkan gua kemalasan nak buat kerja, tambah pulak rokok dah habis, gua turun awal.

Gua pon tutup lampu, air-cond semua, kunci pintu atas dan turun tangga. Sebaik saja gua bukak pintu bawah, gua berasa begitu terkejut beruk sekali. Kereta banyak bukan main. Baik dekat jalan dari LDP, mahupun dekat jalan dari belakang church tuh. Ini situasi yang berada diluar norma-norma kehidupan.

Oleh kerana terkejut beruk gua tak kekal lama, gua kembali kepada rutin gua. Tarik shutter door turun dan kunci solex. Kemudian, gua bergerak ke arah mapley yang berada lebih kurang selang 4 kedai dari pintu opis gua. Lepas beli rokok, gua tanya aney tuh;

"Apa pasal jem?"
"aaa.." Aney tuh jawab sambil sengih-sengih.
Gua tenung dia sambil mengharapkan jawapan. Aney tuh kemudian sambung;
"Itu church raya..itu church belakang sana raya" Kata aney tuh.
Gua angguk dan beransur ke motor.
Malas gua nak layan aney tuh.
Orang Akaun Web Developer

Wordpress App Baru


Gua baru-baru ni update Wordpress For Android ni. Banyak gila perubahan. Dulu bangang ja gua tengok benda ni. Features limited.

Tapi sekarang dah macam bukak dashboard kat pc pulak. Actually, lagi user friendly kalau nak dibandingkan dengan dashboard kat PC tuh. So, gua rasa blogging on the go tuh dah tak jadi masalah.
Sedap banyak beb! Cuma, gua masih tercari-cari Blogger For Android yang official punya. Haritu macam ada tapi gua cari kat market tak jumpa pulak. Apa la lu google..

Aishh palat! Baru ja gua puji ni dah tak boleh nak back pulak dah. Bugs app ni ka HTC gua ni tak cukup power?
Orang Akaun Web Developer

Saya Nak Hosting Percuma Pengendali Blog


Kali terakhir aku menang peraduan kalau tak silap aku tahun 2010 dulu. Masa tuh pakai blogspot. Menang topap henset Rm10.00 cabutan bertuah. Sebelum tuh, aku tak ingat pulak bila masa aku menang. Luck tak berapa nak ada bila masuk bab cabutan bertuah macam ni.

Last week, masa aku tengah menggodek Google Reader tuh seperti kebiasaan, aku terperasan update pasal Peraduan Saya Nak Hosting Percuma Pengendali Blog. Maka aku pon klik la link tuh dan sampailah aku ke blog si Pengendali Blog terbabit. Log in google+ dapat rm100 tak cukup berkepuk duit. Baik aku join kontest. Lagi best. Kehkeh.

Requirementnya simple tapi hadiah agak menarik. Ada dua hadiah. Pertama, pakej hosting, ELF1GS selama 2 tahun yang bernilai RM200.00. Kedua, domain .com, .net, .org dan .info untuk 2 tahun yang bernilai RM70.00. Kedua-duanya ditaja oleh Elfbytes Malaysia Web Hosting.

Nak join mudah saja. Cuma cerita apa yang aku nak buat dengan hosting tuh kalau aku menang. Actually, aku sendiri pon tak tahu apa aku nak buat dengan hosting tuh kalau aku menang. Hahaha. Dalam kepala ni banyak benda aku nak buat tapi aku tak tau yang mana satu lebih menguntungkan diri sendiri. Kajian kes tak jalan lagi so aku tak tau apa nak buat. Kalau tau pon, faktor masa dan kelapangan kena ambil kira jugak. Tengok la nanti apa jadi. Tapi pokok pangkalnya, hosting macam tuh buat set-up blog sedap la.

Okeh, macam mana pun, pemenang akan dipilih melalui random.org. Cabutan bertuah jugak la. Ni yang aku tak berapa nak minat ni. Luck tak berapa nak ada untuk benda-benda macam ni.

Harap-harap tikam ni mengena la. Kena tak kena Pengendali Blog tetap dapat backlink. Pandai mamat ni. Win-win orang putih cakap. Kehkeh.
Orang Akaun Web Developer

Menjadi Penunggu



Gua sedang bersiaran dari tepi jalan, depan Menara Affin Jalan Raja Chulan. Tengah menanti dengan penuh kesabaran. Katanya bank guarantee tuh boleh settle pagi ni. Tapi dah masuk tengah hari gua belum dapat apa-apa call yang positif.

Lepas collect bank guarantee ni nanti, gua nak kena ke MINDEF pulak. Submit ke pegawai dekat sana. Gua chuak jugak bila nak berdepan dengan abam-abam misai tebal beruniform ni. Perangai masing-masing bajet sarjan hassan.

Sementara menunggu ni, gua sempat memerut sekejap. Sekarang, gua tengah lepak dekat mapley seberang jalan ni. Teh Tarik dia tak power langsung.

Berdasarkan pemerhatian gua ke alam sekeliling, gua dapati orang-orang KL ni kemain. Kemain lagi masing-masing kecek kat saleh. Gua sabar ja kat sebelah ni, nak maintain tahap Eman Manan gua. Kalau gua speaking sama sat lagi, orang panggil gua If Yiu Semel Wat De Rok Is Kuking pulak. Payah!
Orang Akaun Web Developer

Idea Yang Menghilangkan Diri


Menulis ni tuan-tuan dan puan-puan, bukannya benda mudah. Dalam kepala otak, idea kemain lagi ligat berlari kesana sini. Terkinja-kinja macam beruk makyeh pon ada. Bukan main kreatif lagi gua rasa diri gua ni waktu tuh.

Akan tetapi, sebaik saja gua selesai log in blog, add new post, segala idea lesap. Tah kemana masing-masing menghilang. Puas gua cari tapi tak dapat-dapat.

Maka, apa yang nak diutarakan terpaksa diselatankan. Yang ada cuma tajuk tanpa isi. Save draft dan klik pangkah.

Gua harap satu hari nanti ada orang reka android apps yang boleh translate isi kepala otak ke format text bila kita shake phone 3 kali.
Orang Akaun Web Developer

Interview Kerja Yang Tak Menjadi


Rabu lepas, sebaliknya daripada cuti Tahun Baru Cina, gua digemparkan dengan panggilan telefon daripada member kamceng gua. Katanya ada lubang kerja dan dia nak tolong forward resume gua. Dengan pantas gua update resume dan e-mail kepada dia.

Petang hari yang sama, gua dapat panggilan daripada syarikat yang disebutkan. Syarikat yang boleh tahan gah, bertaraf MNC. Gua cakap gua berminat dan orang tuh pon hantar e-mail detail. Interview hari jumaat pukul 3.30 petang.

Masa sangat suntuk. Malam tuh gua tengok sekali lalu apa yang dia nak. Gua sumbatkan segala keperluan dalam beg kerja gua. Penat jugak nak fikir apa alasan untuk ponteng kerja. Gua pon tanya Orang Dana dengan budak-budak rumah gua.

Hari khamis menjelma. Oleh kerana gua tak ada alasan yang sounds legit, gua call syarikat tuh mintak ubah masa interview. Gua mintak pagi dan gua dapat pukul 9.30. Semalam gua balik lambat siapkan kerja. Bila dah settle kerja, gua photostat dan print semua dokumen yang dikehendaki.

Tiba hari jumaat yang disebut-sebut. Gua bangun awal sikit dari kebiasaan. Lepas mandi gua sms boss gua cakap perut gua sakit, cirit, silap makan. Gua mintak masuk lambat.

9.00 pagi, gua dah sampai tempat interview. Duduk sat, kemudian ada mamat HR datang. Kemudian dia bagi borang suruh isi.

9.45 pagi gua dijemput masuk bilik interview. Katanya ada orang akan datang nanti. Sejuk nak mampos, gua bangun tutup aircond. Kemudian kembali melangut macam orang bangang.

10.15 pagi, mamat tuh datang balik dan tanya dah buat test belum. Gua cakap tak ada orang datang pon.

10.25 pagi, dia datang balik bawa soalan test. Debit kredit, reconciliation bank, disposal of asset, asset write off dan purchase and sales. Gua jawab persoalan yang ada berpandukan pengalaman sedia ada.

10.45 pagi, gua hantar jawapan dekat mamat tuh. Tak ada masa yang ditetapkan, cuma jawab. Dia keluar.

10.53 pagi, gua sms sekali lagi kat boss gua. Gua cakap perut dah ok sikit tapi tak sedap dan tak selesa. Gua mintak halfday EL.

11.00 pagi, orang interview tuh masuk. Sorang perempuan melayu dari HR, sorang lagi perempuan cina dari Finance. Soalan wajib, tell me about yourself. Maka gua pon goreng sikit pasal gua, sikit pasal zaman belajar and then gua terus masuk bab kerja dan pengalaman sebelum ni. Gua langsung terus jawab tanpa ditanya sebab gua dah tahu yang benda tuh adalah soalan common.

Kemudian, dia tanya kenapa nak contract position sedangkan sekarang gua dah permanent. Gua tersentak seketika. Member gua cakap tuh permanent punya position. Gua argue sikit. Katanya tuh contract, bukan permanent. 3 bulan pulak tuh. Kalau performance bagus baru dia sambung. Shit!
Gua cakap yang gua tak minat dan buat ayat mengundur diri.

11.15 pagi, gua bergerak keluar bilik interview sambil diiring oleh orang HR sana. Dia tanya sapa member gua dan gua cakap direct. Dia kata, nanti dia tolong rekemen resume gua dekat mana-mana company bawah naungan parent company dia. Gua cakap thanks dan gua turun ke kereta.

Gua berlalu pergi dengan perasaan sedikit kecewa dan hampa. Pada masa yang sama, gua berfikir mana gua nak lepak sebelum masuk opis lepas sembahyang jumaat. Nak balik rumah gua tak sanggup, jauh. Kemudian patah balik ke opis. Itu kerja bangang namanya.

Sudahnya, gua sekarang kat bawah pokok, sebelah federal highway. Nasib baik gua bawak kereta.
Gua berharap ada kerja yang sedap-sedap sikit menanti gua lepas ni. Nasib baik gua tak berangan lebih malam tadi.
Orang Akaun Web Developer

Beberapa Ketika Sebelum Menjadi Tunangan Orang


Rombongan dah bertolak pukul 9.36 pagi tadi. Gua tak folo sebab kalau folo sekalipun, gua akan didapati terencat tepi tasik. Pesyen orang kampung punya tunang, laki tak boleh pi sama. Tinggallah gua dekat rumah ditemani rumah dan barang-barang dalam rumah. Anak menakan gua 4 orang kena tinggal, ada kat luar sana.

Sebenarnya, gua dari semalam tak habis-habis lagi perasaan rimas, chuak, tak senang duduk, rimas perut serta yang sama waktu dengannya. Bukan apa, gua dengan Orang Dana dah ada kata sepakat. Cuma risaukan orang-orang tua. Masing-masing makan garam dulu, masing-masing otai peradaban melayu. Chuak jugak gua kot-kot ada yang buat pala nanti.

Apa la gua nak buat sementara menunggu khabaran berita nanti nak divert perasaan cemas ni. Haishh!
Orang Akaun Web Developer

Main Bola Dengan Anak Menakan


Pesyen lama-lama sekali bersukan. Ini la jadinya. Main bola dengan budak kecik pon boleh semput.
Gua ni boleh tahan tanggang jugak. Lama-lama sekali baru balik kampung. Nak balik hujung-hujung minggu buang masa ja gua rasa. Bangi dengan Kedah bukannya dekat. Jadinya tunggu cuti-cuti umum long weekend macam ni la baru balik.

Esok ada majlis. So, hari ni ramai la anak menakan gua kat rumah ni. Riuh kemain. Tadi gua bawak 4 ekor jalan-jalan tepi tasik. Gua lepak sambil tengok budak-budak ni terkinja-kinja main papan gelongsor sotong. Lepas tuh, pekena ais kacang dekat food court situ.

Balik dari tasik, ada lagi 2 orang anak abang gua dok tengah main bola. Baru sampai gamaknya. Lepas parking, terus gua join budak-budak tuh sepak terajang bola kesana-sini. Pecah peluh la jugak walaupun main dengan budak-budak. Bisingnya suasana jangan cakap la.

Sekarang gua tengah melayan penat badan sambil duduk atas buai depan rumah. Budak-budak ni macam tak reti nak penat, maintain main macam biasa.

Ais krim malaysia sebatang dua kupang yang gua order dekat anak menakan gua tak sampai balik lagi. Basikal tak cukup laju gamaknya..
Orang Akaun Web Developer

Makan-Makan - Cendol & Laksa Utara Jitra Mai


Gua adalah seorang penggemar laksa yang begitu menggemari laksa tanpa mengenal erti penat lelah. Kalau mak gua masak laksa kat rumah, biasanya gua tak akan makan dalam kapasiti biasa. Selalunya gua akan guna tupperware yang muat untuk isi laksa pada perkadaran 3 orang makan. Jarang gua nak ulang alik dari depan TV ke dapur nak topap dua tiga kali. Perihal kegemaran terhadap laksa ni gua syak ada kena mengena dengan arwah tok wan belah ayah gua. Ayah gua cakap, arwah ayah dia dulu adalah seorang pembuat laksa yang berjaya.

Laksa ada macam-macam spesis laksa. Ada laksa johor, laksa penang, laksa kedah dan laksa blablabla. Bagi gua, laksa ni sedapnya bukan pada nama tapi pada kuahnya. Kalau nama power tapi kuahnya cheroi, perginya tak berapa nak padu jugak. Harus gua tekankan kat sini yang gua adalah penggila laksa utara bukan laksa johor yang macam spagetthi kuah pekat tuh.

Sebagai seorang penggemar laksa, lama-lama sekali tentunya lidah akan meronta-ronta untuk menjamah laksa. Kalau hari-hari makan laksa, jemu jugak ye dok? Makanya, apabila lidah mengkehendaki laksa, maka anggota badan yang lain pastinya akan berkerja keras mencari laksa yang padu, jitu, sedap dan menggembirakan hati.

Bercerita tentang pencarian laksa, gua diperkenalkan dengan laksa utara jitra mai ni melalui pembacaan blog akulinglung.com. Katanya laksa kat sini sangat power dimakan bawah pokok sambil menikmati angin meniup sepoi-sepoi bahasa. Sejurus selepas pembacaan itu jugalah kepala otak gua berkata yang gua harus mencuba kerana kalau tak cuba kita tak try dan kalau tak try kita tak tahu.

Nak dipendekkan cerita, pada suatu hari yang gua tak ingat bila, gua dengan Orang Dana yang juga merupakan seorang penggemar laksa telah bersepakat untuk menjamah laksa utara jitra mai seperti yang tersebut. Maka, dari pinggiran KL gua pon merempit dengan Orang Dana dengan kriss biru cabok gua ke arah Kota Damansara. Oleh kerana betapa tak terernya gua jalan Kota Damansara, melilau jugaklah kami memusing mencari mana dia tempat makan laksa ni. Sampai satu tahap gua dah tak berapa percaya dengan signboard dan memaksa Orang Dana bukak GPS henset tengok peta.

Pusing-punya pusing, akhirnya berjumpalah kami dengan laksa utara jitra mai ni. Tak cakap banyak, gua terus order laksa 2 cendol 2 dan duduk dekat-dekat situ. Gua mendapati susana kat situ begitu nyaman sekali dimana orang kebanyakan menikmati laksa dibawah redup pokok sambil ditiup angin sepoi-sepoi bahasa.

Tak ada meja, cuma kerusi, pokok, dan khemah kecil serta sebijik motor EX5 3 roda yang beroperasi sebagai warung boleh rempit. Namun begitu, gua mendapati kerusinya tak berapa nak cukup oleh kerana banyaknya punggung-punggung yang bertenggek di atas kerusi-kerusi sedia ada. Ada yang datang naik kapcai, ada yang datang naik kereta buatan Malaysia macam Proton Saga FL dan ada jugak yang naik kereta import mahal macam BMW dan Porche. Terkesima jugak gua menengok perihal manusia yang bertandang kesitu.

Laksa yang dihidangkan kepada gua amatlah tidak mengecewakan sekali. Ya tuan-tuan dan puan-puan, ianya tidak mengecewakan malahan menggembirakan hati. Kuahnya begitu padu sekali ditambah dengan dedaun hijau pelbagai jenis menjadi pelengkap semangkuk laksa tuh. Entah apa spesis ikan dia pakai nak buat kuah gua pon tak tahu. Yang gua tahu, tangan gua tak henti-henti menyuap laksa masuk kemulut sampai habis. Sedar-sedar perut dah kenyang dek kerana kegemukan isi laksa utara jitra mai yang power ni.

Settle laksa, gua kona baring mengadap cendol pulak. Cendol brader ni tak kurang jugak padunya. Lemaknya santan dan lembutnya cendol menambahkan lagi seri cendol tersebut. Harus gua highlight kat sini yang pulut dalam cendol brader ni adalah antara yang terbanyak kalau nak dibandingkan dengan cendol-cendol kat tempat lain.

Sabtu lepas (15 Jan 2012), gua sekali lagi ke Kota Damansara semata-mata nak menghadap laksa ni dengan Orang Dana buat kali kedua. Kali ni gua datang naik kereta pulak sebab hidup gua dah upgrade sikit. Situasi yang sama berulang semula dimana gua melantak sampai habis tanpa menghiraukan keadaan sekeliling.

Dua mangkuk laksa, satu cendol biasa dan satu cendol pulut harganya cuma RM10.30 total. Harga ni gua kira adalah harga stended untuk orang-orang kebanyakan dan boleh dikatakan murah kalau nak dikira dengan status urban lagi bandar Kota Damansara. Gua tak pasti bila lagi gua akan pergi melantak laksa utara jitra mai ni tapi yang gua pasti, gua akan datang lagi.

Power, padu, jitu dan bermutu. Itulah dia Laksa Utara Jirta Mai.
Orang Akaun Web Developer

Maxis Mobile Internet 3GB ke 5GB Tanpa Caj Tambahan


Aku rasa mana yang follow (kalau ada la) blog ni mesti tahu yang aku adalah pengguna Maxis dan Mobile Internet Maxis. Pada masa yang sama, aku juga rasa yang Maxis sucks sebab Maxis suka block line telefon orang. Oleh kerana aku terikat dengan kontrak pakej yang membuatkan aku tak mampu nak terminate line serta-merta sebelum habis kontrak, aku sekarang melalui fasa-fasa bebal menggunakan Maxis sucks dalam keadaan berprasangka.

Pada pukul 3.11 petang tadi (04 Jan 2012), aku menerima sepucuk SMS daripada pihak Maxis sucks. Bunyinya begini;
RM0. We are pleased to inform that your Mobile Internet quota has been increased to Monthly 5GB (M) at NO extra charge effective 04/01/12.
Well, sebagai seorang yang berprasangka, aku langsung tak percaya dekat SMS tuh. Lalu aku call Maxis Centre di nombor 123 dan bercakap dengan operator mereka. Katanya itu bukan satu skim pembohongan. Itu adalah satu kejujuran yang hakiki. Dan kemudiannya aku double confirm pasal charges, hidden charges dan yang sama waktu dengannya. Katanya tak ada caj-caj lain melainkan caj-caj yang aku kena sebelum ni yo!.

Maka dengan itu, puaslah hati aku dalam menerima berita menggembirakan dari Maxis sucks ini. Aku bukak jugak website Maxis ni tadi tapi tak ada apa-apa pon yang aku jumpa pasal upgrade ni.
Lantak la. Yang pasti kuota dah bertambah. Bertambah jugak la peluang aku online cucuk dekat PC. Sebelum ni 3GB pon jenuh aku kontrol nak bagi sampai sebulan. Ada 5GB, ok la sikit kot. Anyway, aku kalau pakai, sehari 1GB pon tak cukup. Macam-macam ada dekat internet ni. kehkeh.
Orang Akaun Web Developer

Spam Comment Bot Sekarang Dah Pandai Bersabda


Para comment yang masuk ke blog ini ditapis spam comment dengan bantuan Akismet. Tapi kadang-kadang, terlepas jugak masuk ke bahagian pending dan memerlukan perhatian aku secara manual.

Aku approve dan reject selalunya dengan menggunakan android apps atas faktor easy access. Sebelum aku kosongkan spam comment, kalau rajin aku akan go through tengok kot-kot ada komen orang-orang bukan kutu yang tersesat masuk ke sana. Bila aku tengok, aku perasan 4 spam comment dalam bahasa melayu ;

Alhamdulillah sejak jadi blogger ni bertambah tambah rezeki yang datang dan sejak aku join Nuffnang dan ChurpChurp makin melimpah limpah duit masuk.

Berdasarkan hujah tersebut, nyatalah Ombak Rindu dibikin dalam kerangka pengalaman Barat dengan penerapan unsur tragedi secara meluas.

Diriwayatkan bahwa orang yang dinasehati oleh Rasulullah secara bijak berbalik menjadi orang yang lebih baik dari sebelumnya.

Jangan lupakan, Manusia adalah makhluk sosial, butuh berinteraksi dengan orang lain, kita ambil 1 jam per hari untuk berbicara.

Spam comment bot zaman sekarang dah pandai cakap bahasa melayu. Siap ada yang bersabda lagi. Haram jadah betoi spammers zaman sekarang.
Orang Akaun Web Developer

Belanjawan Rokok


Cerita pasal aku nak berhenti rokok sebenarnya adalah cerita lapok. Bermula dari bertahun-tahun yang lampau sampai la ke hari ni, aku masih hisap rokok walaupun ada jugak percubaan untuk berhenti.

Waktu aku solo dulu, aku kata kalau ada awek aku akan lebih mudah nak berhenti. Kononnya ada support berterusan dan faktor pendorong. Dipendekkan cerita, bila aku dah ada awek, awek support berterusan sampai sanggup beli niquitin bagi pon aku masih jugak hisap rokok. Hak tuih sungguh!
Okeh. Terus kepada belanjawan rokok aku. Aku ni boleh dikategorikan sebagai seorang perokok tegar dan heavy. Dulu bermula dengan rokok batang kedai runcit, kemudian kotak 7, kotak 10, kotak 14 dan akhirnya kotak 20. Zaman sekarang ni tak ada kotak kecik. Maknanya sekotak ada 20 batang rokok dan dah bertahun jugak aku mengamalkan sekotak sehari. Itu minimum rasanya. Kalau time tensen, lagi sakan aku hisap. Lepas sebatang cucuh lagi sebatang.

Mari kita buat beberapa andaian untuk membantu kajian lanjut aku dalam topik belanjawan rokok ni. Pertama, kita andaikan yang setiap hari adalah hari normal dimana aku menghisap rokok sekotak 20 sehari tak lebih tak kurang. Kedua, rokok yang aku hisap harganya RM10 sekotak. Kita ketepikan faktor mengepau rokok orang, rokok aku kena pau, aku sengkek dan hisap rokok murah serta aku cilok senyap-senyap rokok daun ayah aku.

Jadi sekarang mari kita buat kira-kira matematik mudah.

1 kotak = RM 10 = 20 batang
Sehari
1 hari x RM 10 = RM 10 = 20 batang
Sebulan
30 hari x RM 10 = RM 300 = 600 batang
Setahun
365 hari x RM 10 = RM 3,650 = 7,300 batang
Lebih kurang 9 tahun hisap
7 tahun x Rm 3,690 = RM 32,850 = 65,700 batang

Perghh.. Naharom punya banyak duit yang aku dah guna untuk beli rokok. Ni anggaran lebih kurang. Ada hari aku hisap lebih, ada hari aku hisap kurang. Ada hari aku dapat rokok free. Harga rokok dulu tak sama dengan harga sekarang and so on and so on.

Aku buat kesimpulan mudah yang jumlah wang yang aku dah habiskan sepanjang lebih kurang 9 tahun berkecimpung dalam arena merokok tak kurang RM 20,000. Bab berapa batang tuh congak la sendiri. Doktor kalau tengok x-ray aku dia tak payah susah-susah sepet mata. Terang-terang boleh nampak paru-paru aku hitam melegam.

Ada sesetengah orang bila tengok angka macam tuh akan cakap lebih kurang macam ni : "kalau hang tak hisap rokok, hang mesti dah boleh beli kereta sekenhen bayaq cash tak pun moto honda ex5 baru cash koman-koman 7,8 bijik.

Cheh!! Aku tengok ramai gila orang yang tak hisap rokok tapi tak ada semua benda macam tuh padahal orang yang tak hisap rokok kompom-kompom boleh jimat RM 10 sehari kalau nak dibandingkan dengan aku. Actually, kalau aku tak hisap rokok pon belum tentu aku ada duit lebih macam yang aku kira kat atas tuh. Duit kalau tak disimpan elok-elok, ke tangan cashier kedai jugak perginya. Tak payah la nak banding beza merokok tak merokok.

Jujurnya, aku sekarang semakin desperate untuk berhenti merokok. Dulu-dulu aku cuba berhenti aku ada buat tarikh dateline tapi semuanya gagal dan di-reset semula. Kemudian bila dah banyak-banyak kali percubaan aku gagal, aku jadi bebal malas nak letak tarikh dah.

Bila aku berkawan dengan Orang Dana, dia mintak aku berhenti merokok sebab dia kata dia sayang aku, tak mahu aku sakit. Ya aku faham maksud dia dan aku janji dengan dia yang aku akan berhenti merokok cuma aku tak bagi tarikh. Mak aku pon mintak aku berhenti merokok dan aku angguk, tersiratnya itu janji aku pada mak aku. Tarikh tetap aku tak bagi.

Beberapa minggu lepas, aku ada duduk tepi Tasik Shah Alam dengan Orang Dana sambil berbincang pasal masa depan dan tarikh-tarikh penting. Masa ni, aku dengan yakinnya tunjuk pen dekat kalendar bertarikh 23 Januari 2012 dan aku cakap kat dia yang aku kompom akan berhenti merokok sebelum tarikh tuh.

Hari ni dah 30 Disember 2011. Ada lebih kurang 23 hari lagi sebelum tarikh keramat tuh. Malangnya aku masih maintain hisap rokok macam naga buana. Aku kena walaupun secara terpaksa berhenti sebelum 23hb dan pada masa yang sama aku buntu macam mana gaya nak berhenti ni.

Kalau tak berhenti jugak, aku tak tau la apa nak kata...
Orang Akaun Web Developer

Sengkuang Cicah Garam


Waktu petang-petang cenggini, menikmati hi tea gaya melayu adalah perkara paling sedap antara yang tersedap gua dapat rasa. Tak macam hi tea zaman sekarang, masing-masing tau nak makan mekdi ja. Apa rasa?

Minggu lepas gua beli sengkuang ni dengan barang dapur lain. Bila dah sumbat dalam peti ais, situasi jadi macam gua tak pernah beli sengkuang. Lupa terus. Petang ni, oleh kerana perut gua kembali lapar, kepala gua ligat mencari sumber makanan. Dan akhirnya teringat pasal sengkuang dalam peti ais tuh.

Rumah bujang gua tak ada piring.Jadi, gua bantai penutup tupperware buat piring. Kehkehkeh. Teh O Panas disulam dengan sengkuang cicah garam. Rasanya perghh beb.. Perghhh..
Gua nak sambung menyicah.. babai!
Orang Akaun Web Developer

Samsung Galaxy Note


Sekarang ni, gua dah mula rasa HTC Desire S ni dah tak berapa nak umph sangat dah. Kamera belakang 5Mp ja. Kamera depan lagi tak boleh blah. Actually sebelum gua beli dengan maxis sucks dulu, gua still ada pilihan untuk android berkamera 8Mp. Tapi malangnya pekej tak berapa nak berkenan dihati.

Sejak dua menjak ni, TV kemain lagi ligat tayang iklan Samsung Galaxy Note ni. Serentak dengan itu jugalah terdetik dalam hati gua untuk terbekenan dengan Samsung Galaxy Note tuh.
Sebenarnya, gua bukan peduli sangat pasal hardware atau software dia. Yang buat gua jadi berkenan cuma dua perkara. Pertama, dia ada pen untuk memudahkan acara conteng menconteng. Kedua, kamera dia power sikit.

Dua tuh ja dah cukup nak buat gua jatuh cinta dengan Samsung Galaxy Note ni. Tapiii... Hutang installment henpon sekarang ni pon dok ada lagi 4 bulan. Macam mana nak rembat...
Orang Akaun Web Developer

7 Days Pill Organizer


Selaku seorang champion makan ubat yang agak berjaya, saya perlu menguruskan para ubat-ubatan saya dengan sebaiknya. Untuk itu, saya membuat keputusan membeli pill organizer box seperti yang tertera dalam gambar diatas. Itu pun atas saranan orang klinik kesihatan. Kalau tak, mungkin saya masih lagi menggunakan kaedah tradisional makan ubat dari dalam plastik ubat yang disegani masyarakat itu.

Ahad lepas (11 Dec 2011) saya pergi ke Sunway Piramid dengan Orang Dana jalan-jalan makan angin tengok-tengok wayang. Sambil berjalan-jalan, kami mencari-cari 7 Days Pill Organizer ini. Watson kami selongkar, Guardian kami geledah, Giant pun kami terjah. Setelah dianalisa cost-benefit, kami membuat keputusan untuk membeli di Guardian. Harganya tak sampai 12 ringgit pun untuk dua 7 Days Pill Organizer saiz medium.

Isnin lepas (12 December 2011) adalah merupakan hari ke 75 saya memakan ubat. Itu bermakna, dah dua bulan setengah dah. Sekarang tinggal tiga bulan setengah ja lagi.

Pagi ini (13 December 2011), saya ke klinik kesihatan untuk refill stok ubat saya selama lagi dua minggu punya stok. Kotak 7 Days Pill Organizer saya dah penuh. Saya berasa sungguh bahagia. Hahahaha.
Orang Akaun Web Developer

Parking Khas Untuk Wanita


Pengguna KTM komuter semua tahu ada koc khas untuk wanita. Ya, wanita sahaja. Kalau ada jantan-jantan yang masuk ke koc itu, para wanita akan memberikan jelingan baik punya yang membawa maksud "hang ni buta tak reti baca ka memang bangang tak paham bahasa?".

Semua itu adalah demi keselamatan para perempuan tanpa mengira umur, warna kulit, bangsa, agama, status perkahwinan dan sebagainya. Ramai yang merungut. Komuter dah la pendek, ada diskriminasi jantina pulak. Koc khas untuk lelaki tak dibuat. Mana aci!

Namun, gua percaya segala isu yang timbul dah pun diatasi sama ada secara bijak ataupun bangang. Pendapat peribadi gua, bagus benda ni walaupun pada waktu-waktu tertentu menyusahkan orang jugak. Setidak-tidaknya, kaum hawa yang naik komuter tak diraba oleh lelaki sangap gila sex. Bayangkan kalau awek gua yang naik. Dah tentu gua nak dia pakai koc wanita ni. Selamat sikit, lega sikit gua rasa.

Hari Sabtu lepas, 4 Disember 2011, gua ada pergi ke e@curve, Damansara sana nak tengok wayang cerita Seeking Justice lakonan Nicholas Cage. Masa tengah pusing-pusing cari parking di basement parking e@curve, gua terperasan beberapa kotak parking yang diletakkan signboard "reserved parking bay for single female driver" dan dengan pantas gua snap gambar untuk di-attach kat sini.

Koc wanita di train ada, memang bagus. Membudayakan ladies first, memang bagus. Menjadi lelaki yang gentleman, memang bagus. Tapi menyediakan kotak parking khas untuk pemandu wanita yang berseorangan, memang BANGANG!

Okeh, kita semua dah tahu macam mana keadaan di basement parking. Orang parking kereta dan masuk ke dalam bangunan melalui lif atau tangga. Kemudian, orang turun, naik kereta dan beredar. Pada kebanyakan masa, kawasan parking adalah sunyi. Lebih-lebih lagi lewat-lewat malam umpamanya lepas wayang midnight. Kutu jeans koyak lutut pun tak teringin nak melepak dekat kawasan macam tuh. Dah la panas.

Sunyi ya hadirin sekalian. Dengan menyediakan kotak parking sedemikian, secara tidak langsung telah mengumumkan kepada orang ramai yang mana kereta-kereta yang diletakkan di situ adalah merupakan kepunyaan perempuan-perempuan yang bersendirian. Maknanya, tak perlu susah-susah follow, stalk, spy whatsoever dan kita boleh tahu siapakah pemandunya.

Ini menjadi advantage kepada para penjenayah dimana papan tanda itu dah membantu sedikit sebanyak dalam bidang pekerjaan mereka. Yang tinggal sekarang, menyorok di mana-mana tempat sambil reekie line, dan bertindak pada masa yang tepat.

Ya, gua faham. perempuan adalah kaum yang lemah. Dalam bidang agak-mengagak juga lemah. Sebab itu banyak perempuan ambil masa nak parking. Ini akan menyusahkan pemandu lain. Dengan adanya parking ini, kononnya masalah itu dapat diatasi tapi bagi gua tak. Kaum yang lemah ini juga merupakan sasaran mudah. Bukan semua reti bawa pepper spray isi dalam handbag. Bukan semua ada black belt taek won do.

Gua tak pasti sama ada ini adalah inisiatif pihak e@curve untuk memudahkan pelanggan wanita mereka semata-mata ataupun memang dah jadi kewajipan untuk disediakan petak parking seperti ini di mana-mana saja. Yang pasti, kalau semua kompleks buat macam ni, abam-abam polis akan jadi sibuk. Sibuk melayan laporan jenayah di tempat parking. Rogol tak mustahil, samun tak mustahil, ragut handbag tak mustahil.

Macam mana sekalipun, gua nak pesan buat kaum-kaum hawa yang membaca. Walaupun kotak parking macam ni memudahkan saudari-saudari sekalian, sila ingat bahaya yang menanti anda semua. Malang itu tak berbau. Memang la kalau benda nak jadi, kat mana-mana pun boleh jadi. Tapi sekurang-kurangnya, kita berusaha untuk meminimakan risiko itu. Jadi la sikit pun. Maka, sila bazirkan sedikit masa dan petrol untuk mencari kotak parking lain supaya ke-ladies-first-an anda tidak diambil kesempatan oleh kutu berahak tak berhati perut.
Orang Akaun Web Developer

Champion Makan Ubat


Seperti yang tuan-tuan dan puan-puan dapat lihat, tertera dengan jelas dalam gambar diatas bahawasanya itu adalah kewajipan saya. Ya, kewajipan untuk menelan dua biji ubat merah hitam, tiga biji ubat kuning dan satu biji ubat putih, satu kali sehari. Saya kini diwajibkan untuk menelan ubat-ubatan setiap hari tanpa gagal selama 6 bulan. Dah nak dekat 3 bulan sebenarnya dan saya dah terbiasa. Nanti saya cerita salasilah saya dan ubat-ubatan tersebut. Untuk kali ini, saya cuma ingin mengatakan yang;

Sayalah Champion Makan Ubat ituu!!
Orang Akaun Web Developer

A Cow Based Economics Lesson


Gua jumpa benda ni dekat Google Plus sana. Sam Aminisam yang pandai-pandai tulis semua ni. Gua tak sure la pulak dia yang tulis atau copy paste. Kehkeh.. Menarik untuk dikongsikan kepada semua. Gua percaya lembu-lembu ni semuanya jujur-jujur belaka.

SOCIALISM
You have 2 cows.
You give one to your neighbor.

COMMUNISM
You have 2 cows.
The State takes both and gives you some milk.

FASCISM
You have 2 cows.
The State takes both and sells you some milk.

NAZISM
You have 2 cows.
The State takes both and shoots you.

BUREAUCRATISM
You have 2 cows.
The State takes both, shoots one, milks the other, and then throws the milk away.

TRADITIONAL CAPITALISM
You have two cows.
You sell one and buy a bull.
Your herd multiplies, and the economy grows.
You sell them and retire on the income.

ROYAL BANK OF SCOTLAND (VENTURE) CAPITALISM
You have two cows.
You sell three of them to your publicly listed company, using letters of credit opened by your brother-in-law at the bank, then execute a debt/equity swap with an associated general offer so that you get all four cows back, with a tax exemption for five cows.
The milk rights of the six cows are transferred via an intermediary to a Cayman Island Company secretly owned by the majority shareholder who sells the rights to all seven cows back to your listed company.
The annual report says the company owns eight cows, with an option on one more.
You sell one cow to buy a new president of the United States , leaving you with nine cows.
No balance sheet provided with the release.
The public then buys your bull.

SURREALISM
You have two giraffes.
The government requires you to take harmonica lessons.

AN AMERICAN CORPORATION
You have two cows.
You sell one, and force the other to produce the milk of four cows.
Later, you hire a consultant to analyze why the cow has dropped dead.

A FRENCH CORPORATION
You have two cows.
You go on strike, organize a riot, and block the roads, because you
want three cows.

A JAPANESE CORPORATION
You have two cows.
You redesign them so they are one-tenth the size of an ordinary cow and produce twenty times the milk.
You then create a clever cow cartoon image called a Cowkimona and market it worldwide.

AN ITALIAN CORPORATION
You have two cows, but you don't know where they are.
You decide to have lunch.

A SWISS CORPORATION
You have 5000 cows. None of them belong to you.
You charge the owners for storing them.

A CHINESE CORPORATION
You have two cows.
You have 300 people milking them.
You claim that you have full employment, and high bovine productivity.
You arrest the newsman who reported the real situation.

AN INDIAN CORPORATION
You have two cows.
You worship them.

A BRITISH CORPORATION
You have two cows.
Both are mad.

AN IRAQI CORPORATION
Everyone thinks you have lots of cows.
You tell them that you have none.
No-one believes you, so they bomb the ** out of you and invade your country.
You still have no cows, but at least you are now a Democracy.

AN AUSTRALIAN CORPORATION
You have two cows.
Business seems pretty good.
You close the office and go for a few beers to celebrate.

A NEW ZEALAND CORPORATION
You have two cows.
The one on the left looks very attractive.
Orang Akaun Web Developer

Big Bad Wolf Aftermath Sale


Macam yang gua war-warkan seorang diri dekat twitter malam tadi, tengah hari tadi lepas pekena Nasi Briyani Gam Anje, gua pon drive la ke South City Plaza, Serdang untuk Big Bad Wolf Aftermath Sale ni. Sebenarnya gua tertarik dengan update FIXI dekat facebook yang mengatakan 4 buah novel keluaran FIXI akan dijual pada harga RM5.00 sahaja sebuah.

Matlamat utama gua ke sana tak lain tak bukan nak borong novel PECAH, DENDAM dan KOUGAR. KASINO gua dah ada. Bermodalkan RM 5.00, gua boleh dapat 3 buah novel yang bernilai paling koman RM 50.00. Ini satu penjimatan yang hebat.

Sesampainya dekat sana, gua tengok semuanya buku-buku dan novel-novel bahasa inggeris. Orang yang datang pulak boleh tahan ramai. Kebanyakannya bukan berbangsa Melayu dan masing-masing memborong bukan main banyak buku. Ada yang bawak dalam beg, ada yang bawak troli, ada yang isi dalam kotak. Gua tak pasti sama ada derang ni betul-betul kaki buku, atau terdorong dengan nafsu, atau memang pesyen suka beli buku buat hiasan rumah.

Gua memang tak minat nak baca buku-buku dan novel bahasa inggeris ni. Sebabnya otak gua susah nak hadam dan terjemah hasil pembacaan. Bila susah, proses akan menjadi lambat. Bila lambat, mata cepat mengantuk. Bila mata cepat mengantuk, pembacaan tertangguh. Bila pembacaan tertangguh, buku itu akan jadi hiasan semata-mata.

Untuk mengelakkan perkara tak diingini tu berlaku, gua kosentret pencarian kepada buku FIXI semata-mata. Yang lain-lain cuma dijadikan halwa mata, tangkap gambar sekali sekala. Beratus ribu buku dijual. Daripada buku kanak-kanak, komik, mangga, novel, biografi, yellow book for dummies dan macam-macam lagi. Malangnya buku FIXI gagal ditemui.

Hampir give up dan terpaksa pulang dengan tangan kosong, gua teringat conversation dekat facebook semalam. Sejurus kemudian gua pon bukak la facebook. Katanya buku FIXI diletak dekat dengan segmen young adult. Gua pon meneruskan pencarian dengan penuh pengharapan.

Banyak juga masa terbazir dan akhirnya gua jumpa jugak. Yang tak bestnya, tinggal PECAH dan KASINO sahaja. DENDAM dan KOUGAR tak ada stok dah. KASINO pulak gua dah beli dulu dekat MPH Alamanda. Maknanya, gua akan pulang dengan PECAH semata-mata.

Tak berputus asa lagi, gua meronda-ronda keliling kawasan mencuba nasib mencari lagi. Kononnya ada yang tak jadi beli dan tinggal DENDAM dan KOUGAR merata-rata. Hasilnya, hampa. Maka gua pon bergerak ke cashier, bayar RM5 dan pulang dengan PECAH dan 3 keping kupon tak kupon pamplet tak pamplet tuh.

At least ada la jugak yang dapat gua bawak balik rumah walaupun agak kecewa. Bagi yang berminat dengan buku-buku macam-macam jenis, esok ada sehari lagi. Silakan memborong buku kesukaan anda di South City Plaza, Ground Floor. Semoga berhasil!
Orang Akaun Web Developer

SMS PTPTN INFO


JELASKAN HUTANG PTPTN ANDA SECARA KONSISTEN UNTUK MENGELAKKAN TINDAKAN PENGUATKUASAAN. SILA ABAIKAN MESEJ INI JIKA BAYARAN TELAH DIBUAT.
25 November 2011 - 9.55 a.m. - SMS ni masuk ke dalam henpon. Gua ada sedikit terkejut sebab sebelum ni PTPTN tak pernah hantar SMS. Ini yang pertama kali. Sebelum ni depa pakai tektik old skool surat menyurat ja.

Hari tuh kemain lagi gua gebang pasal tuntutan membayar hutang. Gua dah mintak halal dah dekat PTPTN tapi sampai ke hari ni belum ada maklum balas. Tengah proses lagi kot gaya tuh. Kehkehkeh.
Sebelum ni gua pernah dapat surat-surat amaran daripada PTPTN ni. Selama ni gua abaikan ja sebab gua tunggu permohonan ujrah 3% ke 1% tuh kompom dulu. Lama bukan main dia punya proses.

Sekarang ni gua dah rasa lain macam. Gua rasa PTPTN dah tak main-main. Siap tulis pakai CAPS LOCK. Gila apa?

Dapat gaji minggu depan gua nak deposit sikit ke PTPTN..
Orang Akaun Web Developer

Silap Tahun


Ini cerita pasal resume..

Gua start kerja dekat tempat sekarang tengah bulan Ogos tahun 2010. Maknanya sampai hari ni gua ada lebih kurang 15 bulan pengalaman handle full set of account dekat sini. Boleh tahan kental.
Bulan Mac 2011, gua ada update resume. Gua letak experience kerja sekarang mula Ogos 2011.

Bangang! Gua tak perasan. Gua siap upload ke jobstreet dan apply beberapa jawatan terpilih. Tak ada respond.

Bulan July 2011, sekali lagi gua update resume. Gua still miss error yang gua buat bulan Mac lepas. Gua forward ke member mintak tolong rekemen. Tak ada respond jugak.

Baru-baru ni, sekali lagi gua update resume. Kawan baik awek gua nak tolong. Still tak perasan error bangang tuh. Gua forward ke awek gua melalui emel. Kemudian, awek gua tegur perihal silap tahun ni.

Baru gua sedar yang gua dah lebih kurang 8 bulan diperbangangkan oleh diri sendiri. Gua percaya skim penipuan ni ada sendiket dengan resume gua dan pendrive gua jugak.
Hadduiinyepunnnn....

P/S : Terima kasih awek!
Orang Akaun Web Developer

Terima Kasih Harimau


Sempat lagi kot?

Maka dengan ini saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih yang tak terhingga kepada skuad bola sepak Malaysia kerana berjaya merangkul pingat emas malam semalam.

Kemenangan terhadap pasukan Indonesia adalah merupakan kemenangan yang diidam-idamkan setiap pelusuk negara Malaysia. Kemenangan terhadap pasukan Indonesia di gelanggang sendiri adalah satu kemegahan. Kemenangan terhadap Indonesia kali ke seterusnya selepas Suzuki Cup adalah satu kebanggaan.

Namun begitu, adalah dinasihatkan agar para pemain tidak mendabik dada kembang hidung serta yang sama waktu dengannya kerana perjuangan masih belum selesai. Misi piala dunia masih belum terlaksana.

Kepada saudara Fakri, prestasi anda begitu teruk. Waktu 2nd half lagi dah nampak mintak bersara. Sebelum sepak penalti, dah nampak muka tak gol tuh. Adalah diharapkan anda melakukan sesuatu untuk memperbaiki prestasi. Sekiranya anda enggan, baiklah jika anda menjadi linesman.

Dan kepada FAM, kemenangan ini bukanlah token anda untuk memanipulasi harga tiket pada masa akan datang. Elakkan daripada mempolitikkan dan memperdagangkan sukan penyatuan rakyat ini.
Dipendekkan cerita, sampailah kita ke perenggan kesimpulan. Kesimpulannya, tahniah berjuta-juta tahniah. Semoga Malaysia berjaya main piala dunia sebelum gua mati.
Orang Akaun Web Developer

Doakan Gua Tabah...


Gua nak mengeluh sikit malam ni. Nak kurangkan sikit beban gua ni..

Dua bulan lepas gua disahkan mengidap satu penyakit. Gua dikehendaki makan ubat setiap hari selama 6 bulan tanpa miss walaupun sehari. Appointment dengan doktor setiap bulan dan top-up ubat setiap 2 minggu. Lepas tempoh 6 bulan tuh, gua masih kena pergi follow up check up setiap 3 bulan selama setahun. Batuk dua bulan lebih sebelum tuh dah hilang lepas rawatan bermula. Berat pon dah makin bertambah lepas susut 10kg. Tapi still dalam proses recovery.

Badan gua sekarang dah kondem. Antibodi lemah. Sikit-sikit nak demam. Sikit-sikit selesema. Sikit-sikit rasa lemah badan.

15 November 2011 - Gua kena himpit dengan seorang India masa balik kerja dekat-dekat dengan tol Sungai Besi. Gaya macam dia nak balas balik kena himpit dengan gua sebelum tuh tapi sumpah gua tak perasan langsung bila masa gua himpit dia. 5-6 kali jugak dia buat. Gua buat bodo ja. Ikutkan hati, nak ja gua tendang moto dia.

Company tak ada duit. Hari-hari supplier telefon gua mintak hutang. Hari-hari jugak gua temberang. Hari gua MC pon depa call jugak. Celaka betoi mana depa dapat nombor henset gua tah. Gua jaga account company tuh stand alone. Tak ada orang lain yang gua boleh tala melainkan menanggung sendirian.

Company tak ada duit. Awal bulan depan, ada LIMA airshow dekat Langkawi sana. Company gua akan bukak booth dekat sana. Tapak saja 67k. Booth pulak 44k. Belum masuk lain-lain. Costing keseluruhan 200k+. Gua pening. Tak berapa hari lagi tapi banyak payment masih pending. Tah macam mana nak bayar gua pon tak tau.

Company tak ada duit. Biasanya, bila sampai 15hb gua akan bising-bising suruh semua orang submit claim sebab gua nak prepare payroll. Tapi bulan ni, gua rasa macam tak ada mood nak buat gaji. Langsung. Tah mana gua nak korek duit gaji gua pon tak tau. Claim bulan lepas pon tak dapat-dapat lagi.
Company tak ada duit. Nak dapatkan tander dengan gomen, company gua kena prepare Bank Guarantee 333k. Nak pakai duit sendiri dulu tak mampu. Kena apply dekat bank facilities. Dah banyak bulan apply. Cash flow dah berbelas-belas kali modified. Still tak settle lagi. Still ada dokumen yang gua perlu bagi dekat bank dan selalunya request last-last minit. Kerja gua jadi caca merba.

Still pasal Bank Guarantee. Hari isnin nak dokumen, hari Jumaat dekat pukul 6 baru dia nak cakap dekat gua. Pantat betoi. Dah la gua input tak habis lagi waktu tuh. Terpaksa gua buat ageing secara manual. Kalau ada soalan pasal tuh, jenuh jugak gua nak menjawab.

Financial Reporting Audit 2010 baru tak berapa lama settle. Banyak bulan jugak la gua bertapa dengan auditor tuh. Banyak issue. Ini la masalahnya bila boss campur aduk personal dengan syarikat. Caca marba akaun jadinya. Yang nak kena menjawab dengan auditor tuh bukan dia, tapi gua. Barua betoi. Banyak gila babi issue, macam-macam gua kena edjas. Tambah dengan orang akaun yang sebelum gua take over yang memandai-mandai ikut kepala sendiri, draft yang gua submit manjang kena edit. Penat tak hilang lagi dan sekarang gua kena prepare audit untuk 2011 pulak. Si boss ni dengan celakanya nak issue NCR kat gua sebab lambat buat kerja padahal dia yang jadi punca segala benda.

Dua tiga hari lepas mak gua telefon cakap ada surat sampai rumah. Road tax moto dah tak lama nak mati. Gua dah lupa langsung pasal road tax ni. Duit pon tak berapa nak berkepuk. Nasib baik geran kat kampung sana. Ayah gua dah pergi renew, sikit hari lagi akan sampai melalui pos. Macam mana pon gua rasa gua kena ganti duit tuh.

Belanjawan bulan ni dah jadi caca merba. Kad kredit sikit masa lagi akan kantoi. Gua tunggu gaji bulan ni nak bayar kad kredit. Minimum payment sudah. Nanti-nanti la gua settle semua. Sekarang tak mampu. Gaji pon belum tentu dapat.

Kasut hitam gua, tapak dah botak dan berlubang. Asyik berhujan berpanas, mana dia nak tahan. Sikit hari lagi gua nak kena cari ganti. Rabak poket.

Motor dah semakin tua. Dah lama dia tunjuk tanda-tanda lanjut usia. Gua harap motor gua tak buat hal lagi dalam masa terdekat ni. Relax sulu brader. Tayar pon nak botak dah tapi boleh pakai lagi.
Kucing comot jiran sebelah ni makin rajin main cakar-cakar seat motor gua. Parking tak ada bumbung. Dekat rumah sama, dekat opis pon sama. Bila hujan, air hujan span seat moto tuh akan serap baik punya. Perjalanan gua ke tempat kerja 45km sehala. Lebih kurang 35-45 minit dengan motor. Tempoh yang lebih dari cukup untuk membuatkan bukan saja seluar dengan boxer basah tapi sekali dengan telur. Celaka punya kucing. Tak lolcat langsung. Kalau gua tukar sarung seat belum tentu dia tak cakar lagi. Serabut.

Kereta gua tak lama lagi akan mengadap major service 10000 km. Tah berapa la gua nak kena prepare. Minor service pon dekat 200 dah.

19 November 2011 - Jalan jem teruk dekat dengan traffic light kat Times Square tuh. Lampu merah dan ramai orang buat tak nampak. Gua pon ikut sekali redah. Tak perasan ada polis traffik naik moto lalu dekat situ. Dia jerkah gua. Kemudian dia bawak motor dia dekat dengan pintu kereta gua sambil sound dengan nada tinggi. Dia ambil nombor plet kereta dan tulis dekat tapak tangan dan suruh gua berenti dekat depan sebab situ jem. Sampai depan, tak ada orang tahan dan gua terus blah. Bodo punya polis. Cakap elok-elok tak reti ka? Dok buat KL Gangster apahal? Tak boleh tolerate saman ja la yang dok cakap gaya celaka tuh apahal..Pelaq! Habis spoil mood gua hari ni. Tak pasal-pasal awek gua kena tempias sama. Babi betoi..

Semua ni membuatkan misi berhenti merokok gua menjadi semakin mustahil. Gua makin kuat merokok. Even gua merokok kuat, gua tak boleh buang rasa tak sedap yang gua tengah rasa sekarang. Kalau rasa dekat otak, gua tak ada hal sangat. Tapi kalau dah rasa dekat hati, macam cibai perginya.
Banyak lagi la kalau nak disenaraikan. Beban gila babi gua rasa sekarang ni. Nak senyum pon tak berapa nak stim. Gua harap gua tabah. Gua harap esok akan jadi lebih baik dari hari ni. Dah, gua nak tidur. 930 dah. Gila apa tidur awal macam ni. Tak pernah-pernah gua buat. Gua tak rasa nak buat apa-apa melainkan menidurkan diri. Semoga bila gua bangun esok pagi, hati gua akan rasa tenang sikit.
Orang Akaun Web Developer

Mandi Bunga


Gua ingat gua ni nak kena mandi bunga la dua tiga round. Kasi buang habis segala suwey yang melekat dekat badan. Bala tak henti-henti menimpa.

Lepas satu, satu lagi mai..

Belum pon setel satu, mai pulak lagi satu..

Baru tadi gua kena sound dengan brader polis trafik bajet macho. Siap amek no plate kereta gua lagi. Dok buat gangster macam nak saman.

Apa la malang sangat nasib gua. Kadang-kadang penat jugak gua rasa. Bertimpa-timpa.

Haihhh.. Haram jadah betoi...
Orang Akaun Web Developer

Klon Manusia


Lama dulu, kecoh satu dunia pasal cerita kambing kena klon. Dolly nama kambing tuh. Semua orang mempersoalkan pasal isu klon ni. Kenapa mesti diklon sedangkan Tuhan dah menjadikan semuanya cukup sempurna.

Sekarang ni, gua tengah tengok cerita Six Days dekat TV3. Cerita pasal klon jugak, tapi klon manusia. Arnold Susahnakeja ada dua orang dalam cerita ini. Berlaku konflik identiti dan dua-dua orang mengaku ori.

Ini membuatkan kepala otak porno gua berfikir. Kalau manusia diklon dan usaha membangkang gagal, kita akan diancam satu masalah baru.

Bayangkan, kalau manusia diklon dan terus diklon akan menyebabkan lambakan manusia. Ketepikan pasal konflik identiti. Populasi akan meningkat. Klon pastinya akan dihasilkan daripada DNA yang bagus-bagus. Maka, peranakan manual tradisional akan diketepikan.

Apabila peranakan manual tradisional dianak tirikan, makin kurang wanita-wanita mengandung dalam dunia ni hasil daripada hubugan seksual yang normal. Akibat kebolehan untuk mengandung yang dicatu, minat untuk berhubungan pancut dalam suami isteri akan terencat.

Akibat daripada rencatan ini, akan ada individu sangap yang kehendak nafsunya tak dipenuhi. Maka dengan itu mereka akan mencari alternatif lain untuk itu.

Ketidakbolehan mengandung membuatkan manusia menjadi semakin tak kisah dengan apa yang boleh memuaskan nafsu. Janji boleh lepas. Ini akan mengakibatkan aktiviti-aktiviti seks songsang berleluasa dan tidak diendahkan manusia sejagat.

Kesimpulan penceritaan gua malam ini, klon manusia berpoensi menternak gay macam Justin Bieber dan Elton John. Maka, klon manusia harus ditentang sekeras-kerasnya.

Sekian, selamat menikmati hari minggu.
Orang Akaun Web Developer

Malaysia VS Indonesia


Game bola malam ni 17 November 2011, pukul 8 malam dekat Stadium Gelora Bung Karno.

Belum pon game bola start, perang psikologi dah bermula. Banyak page bola Malaysia kat Facebook sana dah kena serang. Maki-maki, carut-carut, caci-caci, keji-keji dan yang sama waktu dengannya.

Perkara yang sama sejak sebelum Malaysia menang Suzuki AFF Cup tuh lagi berulang dan berulang kembali.

Menariknya, membaca komen-komen indognesial ni boleh membuatkan kita geram. Bila geram, kita secara tak langsung kalau iman tak kuat akan terpanggil untuk join the club. Bela dosa bagi beranak pinak. Sama-sama mencarut memaki hamun.

Kalau Malaysia menang malam ni, cerita laser mungkin dibuka semula.

Kalau Malaysia kalah malam ni, garuda kembang hidung tak dak dah laa..

Gua harap indognesial kalah malam ni. Celaka punya indognesial!
Orang Akaun Web Developer

Log In Google+ Dapat RM 100.00 Tanpa Modal


Dah penat cuba untuk menjana wang di internet tapi langsung tidak berhasil?

Siapa lagi yang mahukan income 4 angka sebulan hanya dengan log in Google+?
Tak ada lagi bebelan bos
Tak ada lagi kerja penat seharian
Tak ada lagi orang yang bagi arahan
Hanya ada anda, Google+ dan duit masuk yang melimpah ruah

Dengan teknik yang akan saya tunjukkan ini, anda akan mendapat RM100.00 setiap kali anda log masuk ke Google+. Lebih kerap anda log in, lebih masyuk dan tebal poket anda. Anda akan mampu ucapkan bye bye kepada kerja harian anda. Tumpukan kepada keluarga, bermain bersama anak-anak depan TV sambil duit masuk ke akaun anda.

Panduan ini adalah percuma!!!

Saya tidak mengenakan sebarang bayaran untuk panduan ini kerana duit dalam poket saya sudah berkepuk-kepuk. Malah kini saya runsing mana saya mahu simpan duit yang banyak ini. Harap-harapnya tak kena rompak la.

Sila baca panduan ini sepatah demi sepatah sampai habis kerana jika anda tidak faham atau tersilap langkah, hasilnya tidaklah seperti yang diharapkan. Panduan ini dibuat hanya untuk yang serius ingin berjaya.

Anda cuma beberapa langkah lagi ke alam kekayaan. Klik Continue Reading untuk panduan lengkap.

Bagaimana Saya Bermula Dengan Log In Google+ Dapat RM100.00

Saya seperti anda juga dahulunya berteman baik dengan Google untuk mencari segala macam cara untuk menjana wang daripada internet. Cuba untuk keluar dari kesempitan hidup. Dengan gaji yang tak seberapa, ditambah pula dengan kos hidup yang tinggi lebih-lebih lagi di Kuala Lumpur.

Tapi malangnya, kebanyakan cara yang saya cuba, kebanyakan e-book yang saya beli adalah AUTA semata-mata.

Semuanya memberi kesan yang hampeh meskipun saya follow sebijik demi sebijik apa yang diajarkan. Nescaya, semua e-book yang dijual hanyalah bertujuan untuk memanipulasi orang lain dan mencilok keuntungan buta-buta daripadanya.

Seperti sudah jatuh ditimpa tangga, kesesakan hidup menjadi lebih sesak apabila saya ditipu hidup-hidup oleh penjual e-book jahanam ini.

Baiklan, daripada saya membuang masa merepek dan membebel panjang-panjang, lebih baik saya singkatkan pembacaan tuan puan supaya anda lebih cepat menjadi kaya dan terus kaya.

 Panduan Ini Untuk Siapa?

Jika anda:
  • Sudah menjana pendapatan 4 angka sebulan
  • Selesa dengan kerja semasa anda
  • Tidak mahu mencuba
  • Pemalas
  • Tak percayakan sistem ini
  • Pengikut Ayah Pin
Sila gerakkan cursor mouse anda ke button pangkah dan berambus dari page ini. Panduan ini hanyalah untuk yang benar-benar serius dan bersungguh-sungguh ingin kaya tanpa modal.
Tapi jika anda;
  • Kesempitan wang
  • Ingin jana wang tanpa modal
  • Mahu goyang kaki dapat duit
  • Ingin menjadi boss
  • Ingin memiliki koleksi kereta macam Sultan Brunei
  • Ingin bela tenggiling
  • Ingin beli susu gred A untuk bayi anda
  • Gaji tak cukup
  • Hutang banyak
Masa yang anda akan habiskan di sini akan memberi kesedaran yang berbaloi-baloi.

Bukti Pembayaran

Saya bukan ingin berlagak, jauh sekali untuk menunjuk-nunjuk. Saya sedar, tanpa bukti yang kukuh, tak akan ada orang percaya dengan kata-kata saya.

Nah, lihat keterangan akaun saya yang saya peroleh dalam Maybank2u beberapa bulan lalu.

Banyak bukan?? Itu pendapatan yang saya dapat masa Google+ baru-baru dilancarkan dan tak ramai yang join lagi.

Tapi sekarang, cuba bayangkan sendiri berapa banyak wang yang ada dalam poket saya. Berjuta-juta lemon rasanya.

Lagi Bukti Pembayaran

Pastikan Anda Membaca Ikut Turutan!!

Mungkin masih ada sesetengah daripada anda yang rasakan saya kaki temberang. Tengok pulak gambar wang yang saya miliki di bawah.

Tak cukup poket untuk saya menyimpannya. Saya kini mampu membeli apa saja yang saya mahukan.

 Gambar diatas pula menunjukkan wang yang saya peroleh beberapa hari lepas. Kadang-kadang saya buntu apa nak dibuat dengan duit yang sebanyak ini.

Testimoni Peserta Log In Google+ Dapat RM100

Baharom Masod:
Saya dulu cuma seorang pomen workshop cabuk. Kerja makan gaji dengan tokei. Kerja penat hari-hari tapi yang semakin kaya adalah boss saya. Saya tetap pokai sepanjang masa. Ditambah pulak dengan bini yang tak berenti beranak kerana saya tak mampu beli sarung, hidup saya bertambah susah dengan bilangan anak yang ramai.

Saya sentiasa berfikir yang saya harus keluar dari kepompong ini. Sehinggalah pada suatu hari, saya menjumpai teknik ini di internet. Berpegang kepada falsafah tak cuba tak try tak tahu, saya mengambil keputusan untuk mencuba nasib.

Alangkah terkejutnya saya bila beberapa hari lepas tuh, akaun maybank saya dibanjiri dengan wang daripada Google+. Saya berasa sangat bersyukur pada ketika itu dan menggunakan sedikit wang untuk pergi ke dangdut, selebret dan menghiburkan diri yang telah lama tak terhibur. Saya juga telah membeli TV 42" Sony siap-siap walaupun rumah saya belum ada elektrik lagi. Kini segalanya lengkap dan saya hidup mewah.

Mat Lazim

Sebelum ini, saya adalah pemotong getah tetap di sebuah ladang getah peninggalan orang tua saya. Pendapatan saya tidaklah seberapa walaupun saya orang bujang selepas kematian bini tanpa anak sebab saya mandul.

Untuk mengubati kekecewaan saya, saya sering minum todi pada waktu tengah hari selepas motong getah. Disebabkan itu, kewangan saya menjadi goyah. Saya kemudiannya mencuri getah sekerap dan menjualnya untuk menyara bekalan todi saya. Hidup saya hancur.

Namun setelah saya direkemenkan program log in Google+ dapat RM100 ni, hidup saya berubah. Daripada kaki mabuk, saya kini ketagihan Google+. Saya kini adalah tuan punya ladang getah merangkap peraih getah sekerap peringkat daerah. Kalau dulu hari-hari saya tunggang todi, kini hidup saya sudah upgrade, saya tunggang Tiger pulak.

Tommy

Hidup saya susah sebelum ini, merempat. Makan minum tak terurus, sakit demam tak terubat. Saya tinggal di bawah jambatan dan hentian bas yang boleh mengelakkan saya kena hujan. Makanan saya hanyalah makanan lebihan yang dibuang di belakang kedai-kedai makan tempatan.

Cuma 2 hari selepas menyertai log in Google+ dapat RM 100, hidup saya berubah. saya kini mempunyai tempat tinggal yang selesa. Tak perlu lagi makan sisa-sisa buangan. Kini saya menjadikan whiskas dan friskies sebagai makanan ruji. Baek punya!

Bagaimana Menyertai Log In Google+ Dapat RM100??

Cuma Beberapa Minit Lagi Untuk Menjadi Kaya

Cuma beberapa langkah mudah dan anda bakal bersedia untuk menerima duit berkepuk-kepuk.

Langkah Pertama : Buat akaun Google+ dan hias secantik mungkin.

Kalau tak ada akaun Google+, macam mana nak log in dan dapat duit ribu-ribu kan?
Lihat contoh akaun Google+ yang saya miliki.
Berikut adalah Google+ Profile Orang Akaun.
Ini pula adalah Google+ Page LOL LOL LOL

Cantik bukan akaun-akaun saya?

Langkah Kedua : Dapatkan sebanyak 200 orang yang add anda dalam circle mereka.
Ini agak sukar dan memakan masa tapi percayalah, ianya sebenarnya tak sesusah mana
.
Langkah Ketiga : Sediakan akaun maybank2u
Pembayaran hanya akan dibuat melalui akaun maybank2u

Langkah Keempat : Hantarkan e-mel pendaftaran ke Google+
Pastikan anda meletakkan google+malaysia@gmail.com di ruangan penerima dan copy paste ayat berikut. Pastikan anda tidak edit mana-mana bahagian yang tidak sepatutnya kerana kesannya adalah penyertaan tidak akan diterima.
Kehadapan Tuan pentadbir Google yang arif lagi bijaksana,
Tujuan saya menulis e-mel ini adalah untuk menyertai program Log In Google+ Dapat RM100.00.
Saya sedia maklum bahawasanya Google adalah sebuah syarikat gergasi internet yang kaya raya. Bukan sahaja itu, malah, Google juga menjadi penerang kepada kegelapan, menyumbang ilmu yang tak putus-putus melalui sistem carian yang cool. Kadang-kadang, saya juga menggunakan Google untuk mencari laman-laman web porno untuk kegunaan luaran sahaja.
Tuan,
Dengan rendah diri, saya ingin memiliki sebahagian daripada kekayaan Google kerana saya percaya, keuntungan yang Google peroleh tiap-tiap kali saya mencari porno tidak terhingga nilainya. Apalah kiranya kalau dikongsikan dengan saya yang hina ini.
Selain itu, saya juga ingin menjadi kaya tanpa berusaha kerana bagi saya, kerja dan mengikut bontot boss adalah perkara karut dan tidak akan mengkayakan saya. Saya berpendapat bahawa duduk rumah mengadap laptop sambil log in log out Google+ lebih besar manfaatnya berbanding cium bontot boss saya. Sesungguhnya, menjadi kaya tanpa perlu berkerja adalah merupakan cita-cita saya sejak azali lagi inspirasi daripada kisah dongeng Mat Jenin yang selalu diceritakan oleh ibu saya semasa kecil.
Disamping itu, saya tidak mempercayai langsung program log in facebook dapat RM100 kerana saya mula membenci Mark Zuckerberg lepas tengok filem The Social Network sebab dia curi idea orang lain. Saya jugak tidak mempercayai apa yang diajar oleh Ayah Pin. Sehubungan dengan itu, Azwan Ali pon saya tak minat sangat.
Sebenarnya tuan, saya dah mencuba banyak tektik-tektik untuk menjana duit dari internet namun semuanya auta belaka. Haram jadah sungguh saya rasa. Betoi tuan, bukan saya nak reka cerita. Kasihankanlah saya ni tuan. bini tak berenti-berenti beranak. Puting, lampin, pin itik, susu macam-macam saya kena beli untuk menyara kehidupan keluarga. Kesian saya tuan.
Saya berjanji sekiranya saya kaya, saya tak akan menunjuk-nunjuk. Ya saya tahu bila saya ada duit nanti, saya mesti nak beli henset android HTC yang ada kamera tuh tapi saya berjanji yang saya tak akan tangkap gambar duit-duit tuh semua. Lagha semua tuh. Mintak simpang. Saya juga berjanji bila saya beli henset tuh, saya tak akan tangkap gambar camwhore mulut muncung macam itik serati milik jiran saya kerana ianya hudoh yo!
Berikut adalah maklumat ringkas saya;
Nama : (Nama Anda)
Umur : (Umur Anda)
Jantina : (Jantina Anda)
Pekerjaan : (Pekerjaan Anda)
No. IC : (No. IC Anda)
No. Akaun : (No. Akaun Anda)
Baki Bank : (Baki Wang Dalam Bank)
Saiz Seluar : (Saiz Seluar Anda)
Potongan Badan : (Potongan Badan Anda)
Makanan Kegemaran : (Makanan Kegemaran Anda)
Semoga permohonan saya yang hina ini akan dipertimbangkan oleh pihak tuan yang hensem, kacak dan tampan itu. Saya berjanji akan belanja tuan minum kopi abah sekiranya permohonan saya berjaya.
Sekian,
Terima Kasih Daun Keladi
Penafian

Log In Google+ Dapat RM 100.00 Tanpa Modal tak ada kena mengena secara langsung ataupun tidak langsung dengan Google ataupun Google+. Ini bukanlah skim menjana duit daripada internet dan tidak ada langsung arahan untuk anda memasukkan duit sebagai pendaftaran kepada mana-mana akaun.

Ini cumalah parodi kepada skim Log In Facebook Dapat RM100.00 yang tak lama dulu popular di Facebook sehinggakan ramai yang telah terpedaya dan dikencing hidup-hidup.

Google+ adalah laman sosial yang agak baru selepas Twitter dan sangat popular pada masa sekarang. Namun penerimaan rakyat Malaysia biasanya lambat kerana ramai yang masih dalam fasa perubahan dari Facebook ke Twitter pada masa ini. Nasib baik Twitter tak macam Facebook yang mana orang boleh upload gambar duit dan tag ramai-ramai dekat sana.

Macam mana pun, sedikit masa lagi akan ada lebih ramai rakyat Malaysia membanjiri Google+. Mengikut ramalan gua, kaki-kaki temberang skim cepat kaya macam ni akan mengambil kesempatan keatas kepopularan Google+ di kalangan rakyat Malaysia. Maka, tak mustahil akan ada lagi skim seakan-akan log in Facebook dapat seratus dan akan ada juga si bengap-bengap lain ataupun bangang-bangang yang sama akan melabur duit dalam skim kelentong ini dan tak lama lepas tuh semua akan update status berbaur "haram jadah" sebab dah kena kencing.

Cuba pakai logik tengok. Kalau aktiviti log in ni boleh mendatangkan duit macam tuh, kebanyakan orang akan berhenti kerja dan terus menerus log in log out. Misalnya seorang penjual goreng pisang dan gua join benda ni. Kedua-dua kami berjaya dapat duit. Penjual goreng pisang dan gua akan berhenti kerja dan fokus log in ni. Akhirnya, tak ada orang jual goreng pisang tepi jalan lagi dah. Gua pulak, ada duit berkepuk-kepeuk tapi bila nak beli goreng pisang, tak ada orang nak jual. Nampak? Itu baru penjual goreng pisang. Belum lagi kira penjual ayam, pekerja kilang, penoreh getah bla bla bla...

Tuan-Tuan dan Puan-Puan yang dikasihi sekalian,

Pada masa sekarang, ada bermacam-macam bersepah-sepah skim affiliate dan MLM yang ada di dunia. Dekat Malaysia saja pon boleh tahan banyak jugak. Sedarlah yang kebanyakannya adalah skim auta dan manipulasi oleh pihak yang tidak bertanggungjawab dan hanya sebahagian kecil yang betul-betul memberikan pulangan dan berjaya bertahan.

Gua bukan nak cakap yang semua skim adalah temberang. Cuma apa yang gua nak tekankan kat sini, sila lakukan sedikit kajian sebelum menyertai program seperti ini untuk mengelakkan wang anda dicuri. Website yang rekaannya professional tak memberikan jaminan yang anda tidak akan ditipu.Bukti pendaftaran syarikat juga tidak boleh dipercayai sangat sebab sapa pon boleh mendaftarkan syarikat dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) dan kos yang dilibatkan adalah kecil.

Ada sesetengah program affiliate dan MLM yang betul-betul menjadi. Mereka ini memberi pulangan sepadan dengan usaha yang anda jalankan. Bukan semuanya temberang. Jika anda ingin mencari wang tambahan melalui skim seperti ini, pastikan anda join syarikat yang betul-betul sahaja dan bersedia untuk ditemberang pada bila-bila masa saja sebab manusia zaman sekarang ni pandai-pandai belaka. Juga, MLM pada satu tahap akan tepu dan jangan hairan kalau sales tak jalan. Anda patut tahu bila anda harus berhenti.

Gua tak ada list mana-mana program affiliate atau MLM yang betul-betul boleh dipercayai ataupun yang temberang sebab gua tak pernah join mana-mana program pun. Cuma gua tengok pengalaman kawan-kawan yang pernah join masa belajar dulu. Tak ada seorang pun yang duitnya berkepuk-kepuk pakai BMW seperti mana apa yang depa cakap masa depa pancing gua join masuk dulu. Tapi, ada jugak gua dengar-dengar member gua yang betul-betul berjaya dalam bidang ini sampai pakai BMW dan baju seluar berjenama. Rezeki masing-masing orang kata.

Berhati-hatilah dalam memilih pelaburan anda. Wang anda, andalah yang tentukan mana arahnya. Kalau tersilap langkah, poket anda yang rabak bukan poket gua.

Sekali lagi gua nak tekankan, kalau nak join program seperti ini, pastikan;
  • Buat sedikit kajian
  • Pastikan syarikat berdaftar
  • Kenalpasti lokasi syarikat
  • Kenalpasti pengurusan syarikat
  • Kenalpasti individu yang rekemen masuk
  • Pastikan tentang pulangan secara detail
  • Pastikan hala tuju pelaburan
  • Dapatkan segala kontek nombor
  • Pastikan itu bukan skim temberang
  • Jalankan survey
  • Tanya orang sana sini
  • Sila bersikap curiga
Dengan Google pun boleh. Bukan susah nak buat research. Luangkan sedikit masa untuk mengelakkan anda dikencing hidup-hidup.

Gua tahu ada yang hangin baca blog post ni sebab gua baru kencing semua orang. Tapi kalau difikirkan secara rasional, baik kena kencing macam ni daripada kena kencing duit. Duit susah nak cari zaman sekarang ni, kos sara diri pun tinggi.

Gua harap blog post ini dapat memberi kesan dan peringatan kepada pembaca supaya sedar dan lebih berhati-hati sebelum membuat pelaburan. Jangan nanti masing-masing update status marah-mara kena kencing dan menangis siang malam lepas duit lesap.

Sesal dulu pendapatan, sesal kemudian tak guna beb!

Kalau ada nak suarakan pendapat, terasa macam nak berdebat, marah-marah sebab kena kencing, cerita pengalaman atau apa saja, boleh kongsikan dekat ruangan komen. Gua tak marah.

Nak release tensen? Ada channel gambar dan gif lawak;
Orang Akaun Web Developer

Aku VS Gua


Dulu, aku menulis kat blog ni pakai gua..

Sekarang, gua menulis kat blog ni pakai aku..

Sedap lagi pakai gua rupanya..

Bila pakai gua, lenggok ayat akan jadi lagi power. Bila lenggok ayat jadi power, pembacaan akan menjadi lebih mengasyikkan. Bila pembacaan jadi lebih menggasyikkan, pembacaan itu akan melalaikan. Bila melalaikan, ianya serupa macam hasutan syaiton nirrojim. Kehkehkeh.

Pokok pangkalnya, cursor dan mouse bukan gua seorang yang kawal. Masing-masing ada sorang satu. Kalau tak suka atau rasa macam dah sesat menyimpang jauh dari kebenaran, pandai-pandai lah disiplinkan diri hover mouse ke button X kat atas kanan tuh.
Orang Akaun Web Developer

Cabaran Berhenti Merokok


Masa tak hisap rokok muda-muda dulu, teringin bila tengok orang lain hisap.

Bila dah hisap, dah jadi ketagih, dah jadi tabiat, dah rabak poket, baru teringin nak berhenti merokok.

Sejak diisytiharkan sebagai pesakit ni, tuntutan untuk gua berhenti merokok menjadi semakin menjadi-jadi.

Awek gua mintak berhenti merokok.

Mak gua mintak berhenti merokok.

Mak awek gua mintak berhenti merokok.

Tapi gua still lagi merokok sampai ke hari ni. Still berusaha untuk berhenti. Susah nak berhenti ni. Tahu?
Orang Akaun Web Developer

Viper Nekad



Kalau tak silap gua, lagu ni top masa gua sekolah menengah. Tingkatan berapa masa tuh tak ingat pulak gua. Masa ni zaman kegemilangan mega TV. NTV7 baru tengah setup. Rancangan harian NTV7 waktu ni adalah lagu-lagu MTV sepanjang siang dan salah satu lagu yang selalu berkumandang dalam TV adalah lagu Viper ni, Nekad.

Masa ni, gua kutuk-kutuk lagu ni. Lagu entah apa-apa. Tak sedap langsung menyanyi. Lirik pulak macam tunggang terbalik gua rasa. Kadang-kadang gua kutuk-kutuk secara berjemaah dengan kawan-kawan gua. Mamat ni bekas anggota XPDC, kumpulan rock yang powernya boleh tahan jugak. Tapi entah macam mana bila dia tak sama dengan XPDC, dia tak berapa nak menyengat.
Sekarang, bila gua fikir-fikirkan balik, gua rasa macam menyesal pulak kutuk lagu ni. Lagu ni jauh lagi sedap kalau nak dibandingkan dengan lagu-lagu zaman sekarang.
Orang Akaun Web Developer

Naik Kapal Terbang


Naik kapal terbang ni, kalau sapa yang tak pernah naik boleh rasa loya-loya tekak.

Naik kapal terbang ni, bila kapal terbang tuh berlanggar dengan awan kita akan rasa gegaran dia. Kadang-kadang takut jugak.

Naik kapal terbang ni, kita boleh nampak macam-macam. Semuanya kecik-kecik belaka macam mainan.

Naik kapal terbang ni, kalau kena kapal terbang kecil macam Fokker tuh, lagi sedap kalau naik lori ikan yang rosak absorber dia.

Naik kapal terbang ni, bila mendarat, kadang-kadang rasa macam terhentak sikit.

Naik kapal terbang ni, blablabla....

Semuanya datang dari mulut orang. Aku belum berkesempatan lagi nak merasa naik kapal terbang walaupun dah 24 tahun lebih hidup. Naik tak pernah, terbang apatah la lagi.

Jarak paling dekat aku dengan kapal terbang masa jemput mak aku balik dari Mekah buat haji dulu.

Disebabkan Pak Andak aku pegawai airport, aku dapat pas spesel untuk jemput mak aku dekat pintu terowong 4 segi yang menghubungkan kapal dengan airport. Itu kedudukan paling dekat aku dengan kapal terbang.

Lepas pada tuh, tak ada lagi dah. Cuma sekali sekala lalu LTAB Subang atas urusan kerja.

Aku harap satu hari nanti para kapal terbang akan ucap "until death tear us apart" kat aku...
Orang Akaun Web Developer

80 Draft Pending


Setakat 6.15 p.m. hari Rabu 2 November 2011, aku ada tepat 80 draf blog post yang masih tak mampu untuk di publish.Sebenarnya, hari ni saja aku create lebih kurang separuh daripada angka 80 tuh. Yang ada dalam kepala cuma tajuk dan kerangka umum, masa dan feel untuk menulis belum ada.
Sebelum aku lupa, adalah lebih baik aku save draft dengan tajuk semata-mata dengan harapan aku akan memanfaatkan masa akan datang untuk menulis. Dengan harapan.

Pesyen letak tajuk dan kemudian save draft ni adalah cerita lama. Ini cerita lama. Ini cerita 27 April 2011.

Dah 8 bulan setengah blog ni live kat internet, baru 70 blog post berjaya aku publish. Dengan harapan yang tertulis dekat atas tuh, aku berharap agar blog ni akan diupdate dan terus diupdate. Dengan harapan yang harapan tak akan disandarkan pada kenangan.

Semoga berhasil.

p/s : Apa palat la aku merapu kat atas tuh aku sendiri pon tak paham. Lantok le!
Orang Akaun Web Developer

Semak Penggunaan Mobile Internet Maxis dari Telefon


Disebabkan Maxis suka block line aku, aku kena berhati-hati dalam penggunaan mobile internet yang aku subscribe dan bayar tiap-tiap bulan sebab itu adalah alasan baru Maxis atas tindakan tak berpatutan mereka.

Cara menyemak penggunaan mobile internet ;
  1. Dail *100#
  2. Pilih Internet and Settings
  3. Pilih Mobile Internet (MI)
  4. Pilih Check Status
  5. Silakan mengamuk
Aku ada menggunakan android apps untuk menjejak penggunaan mobile internet supaya tak melebihi dari pada yang sepatutnya dan mengelakkan diri daripada pokai sedekah duit kat Maxis. Keputusan yang aku dapat daripada 3g Watchdog yang aku pakai adalah berbeza dengan yang diberikan oleh Maxis.

Jadi, aku cadangkan untuk menyemak secara berkala dan berpandukan kepada keputusan yang diberikan oleh Maxis. Sediakan payung sebelum hujan.
Orang Akaun Web Developer

Kadar Servis Proton Saga FL 5000km


Just sharing based on experience.  Mana tau boleh membantu orang yang baru nak servis membuat belanjawan ataupun orang yang nak beli kereta buat pertimbangan pasal maintenance sebelum membeli-belah kereta. Servis pertama 1000km dah selesai. Kali ni servis kedua 5000km

3 Oktober 2011, sekali lagi aku bawak Saga FL cabok ni ke Pusat Servis Proton di Seksyen 10, Bandar Baru Bangi. Hari tuh dah lebih 200km dari yang sepatutnya, kali ni lebih 700km dari sepatutnya. Lagi power.

Antara yang diservis dan ditukar berserta dengan harga ;
  • RM119.00 - Engine oil Shell Helix HX7
  • RM 15.90 - Oil Filter
  • RM 2.90 - Wind Screen Cleaner
  • RM 2.50 - Gasket Drain Plug
  • RM 2.50 - Sundries Material
  • Free - Labour
Total : RM 142.80

Aku pergi hari sabtu, hari cuti. Jadi berderetlah kereta menunggu untuk diservis. Tak kurang 2 jam aku melangut dekat situ. So, bagi yang nak servis, sediakan wang dan yang paling penting masa secukupnya.
Orang Akaun Web Developer

Kadar Servis Proton Saga FL 1000km


Just sharing based on experience. Servis pertama kereta Proton. Mana tau boleh membantu orang yang baru nak servis membuat belanjawan ataupun orang yang nak beli kereta buat pertimbangan pasal maintenance sebelum membeli-belah kereta.

Pada 8 Julai 2011 aku berjaya bawak balik kereta dari showroom setelah insiden kurang sabar dan kena cari dua ribu dengan segera. Pada 25 Julai 2011, aku bawak Saga FL cabok ni ke Pusat Servis Proton di Seksyen 10, Bandar Baru Bangi untuk servis pertama 1,000km. Actually masa ni meter dah 1,200km. Kehkeh.

Antara yang diservis dan ditukar berserta dengan harga ;
  • RM110.50 - Engine oil Shell Helix HX7
  • RM 15.90 - Oil Filter
  • RM 2.90 - Wind Screen Cleaner
  • RM 51.00 - Gear Oil
  • RM 2.50 - Gasket Drain Plug
  • RM 2.50 - Sundries Material
  • Free - Labour
Total : RM 185.30

Aku pergi hari sabtu, hari cuti. Jadi berderetlah kereta menunggu untuk diservis. Tak kurang 2 jam aku melangut dekat situ. So, bagi yang nak servis, sediakan wang dan yang paling penting masa secukupnya.
Orang Akaun Web Developer

Dugaan Bulan Syawal


Bila aku tulis dekat blog, baru aku perasan tiap-tiap bulan aku ditimpa dugaan yang bukan calang-calang nak hadap.

Bulan Julai - Masa ni aku nak keluarkan kereta dari kedai. Kerana kesilapan si salesman yang tak baca agreement loan siang-siang, aku terduduk sebab terpaksa mencari RM 2,000.00 dengan segera. Mujur dapat diselesaikan pada hari yang sama.

Bulan Ogos - Dugaan bulan Ramadhan. Dekat-dekat nak raya, dengan bajet raya yang tak seberapa, motor kesayangan aku buat hal. Bajet raya lari sebab terpaksa repair motor tuh. RM 270.00 la jugak. Walaupun tak seberapa, tapi serius menjejaskan bajet raya.

Bulan September - Dugaan bulan Syawal lagi brutal rupanya. 18 September 2011 aku pergi buat medical check up dekat Hospital Pakar Al Islam, Kampung Baru. Keputusan x-ray sangat mengejutkan. Esoknya aku dirujuk ke Institut Perubatan Respiratori untuk rawatan lanjut. Aku balik dengan MC 2 minggu dan stok ubat 2 minggu. Start pada 19hb, bermulalah tempoh 6 bulan makan ubat tanpa skip.

Lepas satu, satu lagi. Hadap sajalah.
Orang Akaun Web Developer

Menabung Untuk Masa Depan Yang Cemerlang


Aku dah mengamalkan tabiat menabung ni sejak dari kecil lagi. Seksa sebenarnya nak tunggu duit seciput jadi setimbun. Tapi itulah dugaan yang harus dihadapi. Kepuasan cuma dapat dirasai bila tabung dah mula berat, dah tak larat diangkat, dah sampai masa untuk dihempuk ke lantai. Itu jam dia punya senyum sampai ke telinga sana.

Masa kecil dulu, macam-macam jenis tabung aku pernah ada. Ada tabung betik, tabung arnab menang kat fun fair, tabung Tabung Haji, tabung buluh, tabung tin Spiderman dan macam-macam lagi. Paling aku benci adalah tabung Tabung Haji sebab kunci aku tak boleh simpan sendiri.

Masa kecil dulu, nak membudayakan menabung ni kemain lagi susah. Pantang ada duit sikit mesti nak beli cekelat, keropok. Paling best perabih duit tikam pistol koboi. Akibatnya, lambat la tabung nak penuh. Lambat jugak la nak boleh hempuk tabung tuh kat lantai. Haha

Bila dah makin membesar ni, makin minat aku menabung. Mana taknya, apa barang bayar pakai duit syiling. Mesti nak belagak bayar pakai duit kertas. Kemudian, baki selalunya ada syiling. Syiling pulak bila banyak-banyak dalam poket, akan menimbulkan ketidakselesaan. Maka, tempat penyimpanan syiling diperlukan dan yang terbaik adalah tabung.

Disebabkan sifat tak berapa murni ni, tabung aku cepat membukit. Nak memudahkan aku memantau progress, aku guna tabung yang transparent. Dulu aku pakai botol coklat cadbury ja. Tapi sejak dua menjak ni aku pakai tabung kepala Bear Brick ni.

Tabung kepala Bear Brick ni boleh tahan power jugak. Kalau diisi sampai ke telinga, boleh dapat koman-koman RM250 gamaknya. Nak raya ritu aku dah pecah sekali. Separuh ja tapi boleh tahan sedap jugak angkanya.

Sekarang, aku ada misi baru. Menabung untuk membina masjid. Semoga berhasil. Aminnnn....
Orang Akaun Web Developer

Tak Boleh Tidur


Jam sekarang 4.30 pagi. Masih gagal untuk tidur.

Sejak dapat MC 2 minggu ni, tabiat tidur aku tunggang terbalik. Tak macam hari kerja sebelum ni. Dua hari lepas, aku tak boleh tidur langsung, siang baru boleh lena. Perkara yang sama berlarutan sampai malam ni. Hari ni hari last MC. 4hb dah kena kerja balik. Kalau tak boleh tune balik tidur, selasa ni memang aku mendapat, pergi kerja tak cukup tidur.

Jadi daripada aku berguling tak ketahuan atas tilam, ada baiknya aku bangun mem-produktiviti-kan diri. Kononnya tak payah tidur langsung, malam ni tidur awal dan esok pergi kerja dengan begitu ceria sekali. Cadangnya cenggini;

6.30 a.m : Keluar beli nasik lemak
7.30 a.m : Mulakan perjalanan ke Institut Perubatan Respiratori untuk topap ubat. Jalan jem, paling awal pukul 9.00 a.m sampai.
11.00 a.m : Servis kereta di Pusat Servis Proton.
1.00 p.m : Makan tengah hari
2.00 p.m : Buat apa yang patut
10.00 p.m : Tidur.

Entah jadi entah tidak. Harap-harap apa yang dirancang menjadi la. Semoga bertabah supaya selasa dapat berkerja dengan enak.
Orang Akaun Web Developer

Ophidiophobia - Takut Ular


Ophidiophobia or ophiophobia is a particular type of specific phobia, the abnormal fear of snakes. Fear of snakes is sometimes called by a more general term, herpetophobia, fear of reptiles and/or amphibians. The word comes from the Greek words "ophis" (ὄφις) which refers to snakes and "phobia" (φοβία) meaning fear.
http://en.wikipedia.org/wiki/Ophidiophobia

Ophidiophobia

Fear kalau diterjemahkan dalam bahasa melayu maksud dia takut. Aku tak takut dengan ular. Setakat nak mengambil nyawa dia, bila-bila masa aku boleh buat. Hayun kayu, hayun buluh, hempuk-hempuk, tarak hal lah.

Cumanya, aku geli dengan menatang ni. Geli geleman. Serius. Jangankan pegang, sentuh pon aku tak hingin. Hishh. Menatang ni dah la tak ada kaki, bersisik, lidah bercabang, patuk orang mati pulak tuh. Itu pasal aku tarak hal nak bunuh menatang ni. Bila dia mati, tanam, hilang la geli aku. Kalau dibiar, tak aku yang geleman, mesti ada yang kena patuk.
Orang Akaun Web Developer

Tuntutan Membayar Hutang


Orang kata, kalau tak langsaikan hutang, mati sebelum habis langsai hutang, dan orang yang bagi hutang tuh pulak tak halalkan hutang yang tertunggak, tak masuk syurga orang yang berhutang tuh.
Bukan boleh dibuat main benda-benda hutang piutang ni. Penangan dia dibawak ke akhirat. Untung la kalau bila mati orang yang bagi hutang halalkan semuanya.

Aku ni golongan yang berhutang jugak. Loan kereta, loan PTPTN, kredit kad.

Harap-harap kalau aku meninggal sebelum sempat langsaikan hutang, Public Bank Islamic, PTPTN dan Citibank akan halalkan segala yang tertunggak tuh. Kehkehkeh...
Orang Akaun Web Developer

Teh Tarik Gelas Besar


Tak lama dulu, ada desas desus mengatakan yang dengan meminum teh tarik tanpa mengira saiz gelas, anda akan berpotensi tinggi mendapat stroke. Pada masa itu, aku adalah penggemar teh o ais. Maka, aku mengamalkan sikap acuh tak acuh kepada isu tuh sebab langsung tak ada kaitan dengan aku.

Tak berapa lama lepas tuh, orientasi kegemaran aku terhadap minuman berubah kepada teh tarik. Small glass just won't do sebab aku jenis yang kuat minum air lepas makan. Pada waktu ni, khabar angin stroke tuh tinggal sayup-sayup kebenaran cuma.

Kadang-kadang, lama-lama sekali akan ada orang ungkit pasal isu stroke ini depan aku. Disebabkan aku sangat sukakan teh tarik gelas besar, sekali lagi aku buat sifat acuh tak acuh.

Aku tak tahu sama ada minum teh tarik dapat stroke tuh adalah fakta yang dibuat oleh doktor perubatan bertauliah selepas kajian ataupun cuma propaganda yang dibuat oleh orang kita yang kepakarannya selalu melebihi specialist dan berita palsu ini disebarkan oleh orang kita yang suka membawa mulut untuk halwa telinga orang kita yang mudah panik dan menggelabah percaya bulat-bulat tanpa usul periksa.

Orang kita yang macam aku, lagi tak kondem sebab sakit, lagi tuh la buat bodo.
Orang Akaun Web Developer

Blog Bahasa Melayu VS Blog English


Usop Wilcha cakap english edukesyen ni penting. Aku pulak sejak dua menjak ni perasan yang kualiti english aku semakin merosot. Sekarang dah sangat kurang membaca artikel bahasa inggeris. Menulis apatah lagi. Tak ter-catch-up dengan orang lain dekat Google+ sana. Berbulu pulak aku baca status dengan komen orang. Kemain lagi power.

Baru-baru ni aku ada buat perubahan drastik dekat wuiyo.com. Transformasi dari bahasa melayu ke english. Banyak jugak kerja yang perlu dibuat. Tukar slug categori la, apa lagi la. Itu pon tak settle sepenuhnya lagi.

Konsep yang dibawak oleh wuiyo.com mudah untuk dialih bahasa. Tapi kakuleter.com ni lain macam sikit. Blog ni spesis karangan. Kategori pulak bersepah-sepah banyaknya. Susah rasanya kalau aku nak tukar bahasa. Banyak kerja nak kena buat.

Tapi salah satu channel yang membolehkan aku praktis english adalah blog. Nak start blog baru jenuh. Daripada persembahan blog, plugins, application, widget, organizing sampai ke seo kena ambil kira. Banyak kerja dan aku tak ada masa untuk semua tuh. Zaman tak kerja dulu boleh la.
Hishh..bila tulis english, susah pulak nak rage. Ayat tak power. Tak apa, biar aku fikir dulu macam mana gaya. Relax duluuu... Hisap rokok luuu..
Orang Akaun Web Developer

Cetak Rompak Bantu Hentikan Pemanasan Global



Dari segi logik - Aku tak boleh nak sangkal ayat tuh. Banyak benda berkaitan pencemaran alam sekitar dapat dielakkan melalui cetak rompak ni.

Dari segi etika - Cetak rompak secara terang-terangan adalah salah di sisi undang-undang dan etika.
Jadi, kalau nak jadi orang beretika, kita secara tak langsung kena menjadi penyumbang kepada pemanasan global. Kilang buat CD, DVD hasilkan asap dan bahan buangan lain, kita pergi ke kedai nak beli naik kereta yang hasilkan karbon monoksida dan lain-lain lagi kesan sampingan kepada tindakan itu.

Kalau nak jadi orang yang cuba menyelamat bumi daripada pemanasan global, kita secara tak langsung menjadi lanun cetak rompak. Sah-sah salah.

Nak jadi baik susah. Nak jadi jahat pon susah. Pehh...
Orang Akaun Web Developer

Maxis Suka Block Line Telefon



Bulan May lepas, HTC Desire S baru saja dipasarkan dan aku sangat berkenan nak rembat sebijik. Disebabkan harga pasaran yang agak mahal, aku memilih option untuk beli daripada Maxis pada harga pakej yang lebih murah. Untuk harga itu, aku perlu subscribe sekali call plan dan data plan. Sejak daripada itu, kisah-kisah caca merba berlaku.

Aku subscribe call plan yang RM50.00 sebulan. Data plan pulak aku ambil yang 3Gb kuota, RM88.00 sebulan.

Kredit limit aku pada mulanya direkodkan pada RM100.00 sebulan maksimum. Kejadahnya kalau komitmen bulanan dah terang-terang RM138.00 sebulan. Disebabkan itu, dua bulan pertama line aku tiap-tiap bulan kena block sebelum sampai tempoh yang sepatutnya. Sehinggalah pada satu hari aku request untuk naikkan limit tu.

Ingatkan masalah dah selesai rupa-rupanya tidak. Tiap-tiap hujung bill cycle, line akan kena block lagi jauh sebelum cecah limit atau waktu sepatutnya. Pernah aku call mintak release line tapi esok tuh kena block lagi. Sampailah ke hari ini masalah tuh belum lagi selesai.

Kali ni masalahnya adalah berkenaan tentang Data plan. Maxis gagal setiap hujung bulan untuk capture yang aku dah subsribe data plan 3Gb. Bila ditanya, jawapannya sama; "rekod dalam sistem kami menunjukkan penggunaan encik dah melebihi limit sebab sistem tak capture data plan encik".
Disebabkan aku terikat dengan kontrak langganan setahun, aku perlu tunggu setengah tahun lagi baru aku boleh terminate line. Option yang ada sekarang, call 123, tunggu lama sebelum dapat cakap dengan operator dan buat aduan.

Part call 123 la yang paling tak tahan sekali. Kena tekan macam-macam nombor baru boleh sampai ke operator. Dah dapat operator kena tunggu pulak. Dasar birokrasi. haishh
Orang Akaun Web Developer

Virus Dalam Hosting kakuleter.com


Tengah sedap-sedap nak layan Google+, tiba-tiba notification henpon masuk menandakan ada email baru tak baca lagi. Maka, tanpa prasangka aku pon bukak la email. Seminit lepas tuh, aku rasa rimas perut lepas baca apa yang dihantar oleh tuan punya shokhost.com, company yang aku sewa hosting ni.
Salam..
ader virus dalam hosting encik..
mungkin tu ada backdoor.. so org akses masuk n upload virus tu..
tukar password hosting email dan lain utk keselamatan dan remove themes tu secepat mungkin.
lihat bawah.. sistem kami auto removed da file virus tu..
Entah apa bala la yang aku dapat ni. Baru plan nak nyaman-nyaman malam ni, tak pasal-pasal dah kena godek sini godek sana. Password dah tukar semua. Baik kakuleter.com, kakuleter.com/gallery ataupun wuiyo.com, semuanya aku tukar. Bukan tuh saja, user profile pon aku tukar jugak. Tak ada lagi dah profile dengan username admin. Safety measure.

Themes adalah benda simple yang paling aku tak suka. Renyah nak mampoih. Macam-macam nak kena edjas. Daripada theme ala-ala tumblog Elefolio oleh WooThemes, sekarang dah jadi NomNom Twenty Eleven oleh Zeaks. Ramai jugak aku tengok pakai blog ni. Simple dan load cepat. Ramai yang suka.

Nampak gayanya, banyak lagi kerja-kerja yang nak kena buat. Banyak lagi tutorial nak kena baca. Banyak lagi eksperimen akan dilaksanakan. Banyak mana sekalipon, slow-slow la aku buat. Tak larat aku nak buat sekali harung. Siang-siang dah penat otak mengadap akaun.
Pulan-pulan kayuh laa...
Orang Akaun Web Developer

Karma Duit Raya


What goes around comes around.

Itulah yang dikatakan karma tuan-tuan dan puan-puan.

Zaman kanak-kanak dulu, bila sampai hari raya, seronok lah aku kutip duit raya sana sini.

Zaman sekarang, kitaran tuh dah up side down. Tiba giliran aku pulak yang bagi duit raya kat budak-budak.

Tak payah explain panjang lebar kot pasal karma ni. Senang faham. Kan?

Nanti zaman kutip duit raya akan tiba kembali. Masa tuh rambut dah sama putih dengan santan, 
bukak mulut nampak gusi tak nampak gigi, kuli sama kedut dengan kulit kayu mati. Pedulikan umur, janji masyukkk....
Orang Akaun Web Developer

Pecah Tabung


Alarm henpon berbunyi tapi aku masih belum mahu bangun. Nikmat hujan lebat jarang aku mampu tolak. Lebih kurang 15 minit lepas rakan seopis mulakan kerja baru aku mengeliat dan seterusnya bangun.

Liat susah nak hilang, semua kerja jadi slow motion. Dalam keperlahanan itu, aku teringat tabung kepala Bear Brick aku. Duit syiling dalam tuh diperuntukkan untuk duit raya anak buah aku, 8 orang kesemuanya.

Sambil mengorek tabung, aku buat anggaran kasar. RM 10.00 didarab dengan 8 jumlahnya RM 80.00. Entah cukup entah tidak. Selepas dimasukkan dalam plastik, aku terus mandi, bersiap, dan memandu ke opis sambil syiling menjadi penumpang.

Dipendekkan cerita, aku sekarang di CIMB KJ. Menunggu turn untuk deposit syiling ini kedalam akaun. Berdebar rasanya duduk dekat sini lama-lama. Bukan berdebar pasal takut duit tak cukup, tapi pasal nombor giliran dari tadi tak berganjak-ganjak.

Sakit tulang belakang menunggu, akhirnya giliran aku sampai. Syiling yang aku bawak berjumlah RM 123.30 kesemuanya. Hahah. Seronoknya. RM 80.00 untuk anak buah, selebihnya untuk berpoya-poya.
Orang Akaun Web Developer