Interview Kerja Yang Tak Menjadi


Rabu lepas, sebaliknya daripada cuti Tahun Baru Cina, gua digemparkan dengan panggilan telefon daripada member kamceng gua. Katanya ada lubang kerja dan dia nak tolong forward resume gua. Dengan pantas gua update resume dan e-mail kepada dia.

Petang hari yang sama, gua dapat panggilan daripada syarikat yang disebutkan. Syarikat yang boleh tahan gah, bertaraf MNC. Gua cakap gua berminat dan orang tuh pon hantar e-mail detail. Interview hari jumaat pukul 3.30 petang.

Masa sangat suntuk. Malam tuh gua tengok sekali lalu apa yang dia nak. Gua sumbatkan segala keperluan dalam beg kerja gua. Penat jugak nak fikir apa alasan untuk ponteng kerja. Gua pon tanya Orang Dana dengan budak-budak rumah gua.

Hari khamis menjelma. Oleh kerana gua tak ada alasan yang sounds legit, gua call syarikat tuh mintak ubah masa interview. Gua mintak pagi dan gua dapat pukul 9.30. Semalam gua balik lambat siapkan kerja. Bila dah settle kerja, gua photostat dan print semua dokumen yang dikehendaki.

Tiba hari jumaat yang disebut-sebut. Gua bangun awal sikit dari kebiasaan. Lepas mandi gua sms boss gua cakap perut gua sakit, cirit, silap makan. Gua mintak masuk lambat.

9.00 pagi, gua dah sampai tempat interview. Duduk sat, kemudian ada mamat HR datang. Kemudian dia bagi borang suruh isi.

9.45 pagi gua dijemput masuk bilik interview. Katanya ada orang akan datang nanti. Sejuk nak mampos, gua bangun tutup aircond. Kemudian kembali melangut macam orang bangang.

10.15 pagi, mamat tuh datang balik dan tanya dah buat test belum. Gua cakap tak ada orang datang pon.

10.25 pagi, dia datang balik bawa soalan test. Debit kredit, reconciliation bank, disposal of asset, asset write off dan purchase and sales. Gua jawab persoalan yang ada berpandukan pengalaman sedia ada.

10.45 pagi, gua hantar jawapan dekat mamat tuh. Tak ada masa yang ditetapkan, cuma jawab. Dia keluar.

10.53 pagi, gua sms sekali lagi kat boss gua. Gua cakap perut dah ok sikit tapi tak sedap dan tak selesa. Gua mintak halfday EL.

11.00 pagi, orang interview tuh masuk. Sorang perempuan melayu dari HR, sorang lagi perempuan cina dari Finance. Soalan wajib, tell me about yourself. Maka gua pon goreng sikit pasal gua, sikit pasal zaman belajar and then gua terus masuk bab kerja dan pengalaman sebelum ni. Gua langsung terus jawab tanpa ditanya sebab gua dah tahu yang benda tuh adalah soalan common.

Kemudian, dia tanya kenapa nak contract position sedangkan sekarang gua dah permanent. Gua tersentak seketika. Member gua cakap tuh permanent punya position. Gua argue sikit. Katanya tuh contract, bukan permanent. 3 bulan pulak tuh. Kalau performance bagus baru dia sambung. Shit!
Gua cakap yang gua tak minat dan buat ayat mengundur diri.

11.15 pagi, gua bergerak keluar bilik interview sambil diiring oleh orang HR sana. Dia tanya sapa member gua dan gua cakap direct. Dia kata, nanti dia tolong rekemen resume gua dekat mana-mana company bawah naungan parent company dia. Gua cakap thanks dan gua turun ke kereta.

Gua berlalu pergi dengan perasaan sedikit kecewa dan hampa. Pada masa yang sama, gua berfikir mana gua nak lepak sebelum masuk opis lepas sembahyang jumaat. Nak balik rumah gua tak sanggup, jauh. Kemudian patah balik ke opis. Itu kerja bangang namanya.

Sudahnya, gua sekarang kat bawah pokok, sebelah federal highway. Nasib baik gua bawak kereta.
Gua berharap ada kerja yang sedap-sedap sikit menanti gua lepas ni. Nasib baik gua tak berangan lebih malam tadi.
Orang Akaun Web Developer

No comments:

Post a Comment