Antara Jepun, Tsunami Dan Ekonomi Dunia


11 Mac 2011 yang lepas, ombak badai besar bergerak menuju dan menziarah negara kuasa ekonomi ketiga terbesar di dunia. Impak daripada persinggahan ombak sememangnya tak tercapai dek akalmu macam lirik lagu apa tah gua dah tak ingat. Ditambah pulak dengan kebocoran reaktor nuklear, keadaan menjadi semakin keruh. Keruh sehingga ramai yang cuma mampu tepuk dahi dan terduduk mengenang nasib masing-masing.

Kesengsaraan yang dialami oleh rakyat negara kelahiran Flashman dan Maskman tuh bukan depa saja yang rasa tapi satu dunia turut terasa. Ramai individu dan negara luar yang memberi bantuan, tak kurang juga dengan yang cuma mampu berdoa meskipun kita semua dah sedia maklum yang Jepun ni ekonomi dia kuat. Sikap prihatin sesama manusia telah menolak ketepi diskriminasi ekonomi tatkala kesengsaraan dialami.

Bencana yang datang menyebabkan kemusnahan harta benda. Rakyat hilang tempat tinggal. Nak keluar berkerja, pejabat pon dah ranap sekali. Nak keluar membeli belah barang keperluan survival, kedai dah musnah sama sekali. Secara automatik, mata pencarian depa hilang buat masa ini. Proses jual beli runcit tak dapat berjalan seperti biasa. Kedudukan ekonomi rakyat Jepun yang terlibat terjejas.

Perniagaan tak dapat dijalankan. Operasi pengeluaran di kilang terpaksa dihentikan. Proses jual beli tak berlaku. Kegiatan import dan eksport tak dapat dijalankan. Logiknya, perkara-perkara macam ni la yang menyumbang kepada ekonomi sesebuah negara. Tapi, selagi Jepun belum pulih sepenuhnya daripada tsunami ni, selagi tuh la kelembapan ekonomi tempatan akan berlangsung.

Kebocoran reaktor nuklear memburukkan keadaan. Rakyat yang sedia ada mendiami kawasan sekitar reaktor dah dipindahkan ke kawasan yang lebih selamat. Kawasan sekitar reaktor tuh seolah-olah sedang di kuarantin. Orang luar tak boleh masuk dan orang dalam tak boleh keluar dengan sewenang-wenangnya. Kebanyakan negara luar mengambil langkah berjaga-jaga dengan melakukan imbasan radiasi kepada setiap pelawat yang cuba masuk dan rakyat yang cuba pulang ke negara masing-masing.

Secara tak langsung, perkara ini menimbulkan kesangsian dan keraguan dan ketakutan dan jiwa kacau dikalangan kebanyakan umat manusia. Timbul spekulasi kat sana sini mengatakan radiasi nuklear dah tersebar, hujan asid dan macam-macam lagi benda merepek yang bukan-bukan. Syarikat-syarikat yang kecil ataupun besar yang berniaga dan berurusan dengan Jepun tentunya tidak akan mengambil risiko untuk keluar masuk ke Jepun. Perkara ini seterusnya akan menyebabkan transaksi perniaggan tak berlangsung dan kegiatan ekonomi tak dijalankan.

Lembabnya ekonomi Jepun, lembab jugak lah ekonomi dunia walaupun sedikit. Tapi kalau difikirkan secara logik, bila mana negara yang berada di tampuk ketiga dalam perkiaraan kekuatan ekonomi dunia, kesan daripada tsunami Jepun kepada negara mereka sendiri bukannya calang-calang. Perdana Menteri Jepun gua rasa kompom-kompom tepuk dahi pening kepala bila mengenangkan apa yang dah berlaku. Kesannya kepada ekonomi dunia pulak tak boleh diambil ringan, ditambah dengan revolusi Tunisia, Mesir dan negara seangkatan dengan depa, ditambah dengan tentera bersekutu  Amerika Syarikat dok sibuk membedil Libya, ekonomi yang sedia kala lembab akan jadi lagi lembab. Ini bukan bencana sembarangan. Ini bukan bencana main-main.

What say you?
Orang Akaun Web Developer

No comments:

Post a Comment