Log In Google+ Dapat RM 100.00 Tanpa Modal


Dah penat cuba untuk menjana wang di internet tapi langsung tidak berhasil?

Siapa lagi yang mahukan income 4 angka sebulan hanya dengan log in Google+?
Tak ada lagi bebelan bos
Tak ada lagi kerja penat seharian
Tak ada lagi orang yang bagi arahan
Hanya ada anda, Google+ dan duit masuk yang melimpah ruah

Dengan teknik yang akan saya tunjukkan ini, anda akan mendapat RM100.00 setiap kali anda log masuk ke Google+. Lebih kerap anda log in, lebih masyuk dan tebal poket anda. Anda akan mampu ucapkan bye bye kepada kerja harian anda. Tumpukan kepada keluarga, bermain bersama anak-anak depan TV sambil duit masuk ke akaun anda.

Panduan ini adalah percuma!!!

Saya tidak mengenakan sebarang bayaran untuk panduan ini kerana duit dalam poket saya sudah berkepuk-kepuk. Malah kini saya runsing mana saya mahu simpan duit yang banyak ini. Harap-harapnya tak kena rompak la.

Sila baca panduan ini sepatah demi sepatah sampai habis kerana jika anda tidak faham atau tersilap langkah, hasilnya tidaklah seperti yang diharapkan. Panduan ini dibuat hanya untuk yang serius ingin berjaya.

Anda cuma beberapa langkah lagi ke alam kekayaan. Klik Continue Reading untuk panduan lengkap.

Bagaimana Saya Bermula Dengan Log In Google+ Dapat RM100.00

Saya seperti anda juga dahulunya berteman baik dengan Google untuk mencari segala macam cara untuk menjana wang daripada internet. Cuba untuk keluar dari kesempitan hidup. Dengan gaji yang tak seberapa, ditambah pula dengan kos hidup yang tinggi lebih-lebih lagi di Kuala Lumpur.

Tapi malangnya, kebanyakan cara yang saya cuba, kebanyakan e-book yang saya beli adalah AUTA semata-mata.

Semuanya memberi kesan yang hampeh meskipun saya follow sebijik demi sebijik apa yang diajarkan. Nescaya, semua e-book yang dijual hanyalah bertujuan untuk memanipulasi orang lain dan mencilok keuntungan buta-buta daripadanya.

Seperti sudah jatuh ditimpa tangga, kesesakan hidup menjadi lebih sesak apabila saya ditipu hidup-hidup oleh penjual e-book jahanam ini.

Baiklan, daripada saya membuang masa merepek dan membebel panjang-panjang, lebih baik saya singkatkan pembacaan tuan puan supaya anda lebih cepat menjadi kaya dan terus kaya.

 Panduan Ini Untuk Siapa?

Jika anda:
  • Sudah menjana pendapatan 4 angka sebulan
  • Selesa dengan kerja semasa anda
  • Tidak mahu mencuba
  • Pemalas
  • Tak percayakan sistem ini
  • Pengikut Ayah Pin
Sila gerakkan cursor mouse anda ke button pangkah dan berambus dari page ini. Panduan ini hanyalah untuk yang benar-benar serius dan bersungguh-sungguh ingin kaya tanpa modal.
Tapi jika anda;
  • Kesempitan wang
  • Ingin jana wang tanpa modal
  • Mahu goyang kaki dapat duit
  • Ingin menjadi boss
  • Ingin memiliki koleksi kereta macam Sultan Brunei
  • Ingin bela tenggiling
  • Ingin beli susu gred A untuk bayi anda
  • Gaji tak cukup
  • Hutang banyak
Masa yang anda akan habiskan di sini akan memberi kesedaran yang berbaloi-baloi.

Bukti Pembayaran

Saya bukan ingin berlagak, jauh sekali untuk menunjuk-nunjuk. Saya sedar, tanpa bukti yang kukuh, tak akan ada orang percaya dengan kata-kata saya.

Nah, lihat keterangan akaun saya yang saya peroleh dalam Maybank2u beberapa bulan lalu.

Banyak bukan?? Itu pendapatan yang saya dapat masa Google+ baru-baru dilancarkan dan tak ramai yang join lagi.

Tapi sekarang, cuba bayangkan sendiri berapa banyak wang yang ada dalam poket saya. Berjuta-juta lemon rasanya.

Lagi Bukti Pembayaran

Pastikan Anda Membaca Ikut Turutan!!

Mungkin masih ada sesetengah daripada anda yang rasakan saya kaki temberang. Tengok pulak gambar wang yang saya miliki di bawah.

Tak cukup poket untuk saya menyimpannya. Saya kini mampu membeli apa saja yang saya mahukan.

 Gambar diatas pula menunjukkan wang yang saya peroleh beberapa hari lepas. Kadang-kadang saya buntu apa nak dibuat dengan duit yang sebanyak ini.

Testimoni Peserta Log In Google+ Dapat RM100

Baharom Masod:
Saya dulu cuma seorang pomen workshop cabuk. Kerja makan gaji dengan tokei. Kerja penat hari-hari tapi yang semakin kaya adalah boss saya. Saya tetap pokai sepanjang masa. Ditambah pulak dengan bini yang tak berenti beranak kerana saya tak mampu beli sarung, hidup saya bertambah susah dengan bilangan anak yang ramai.

Saya sentiasa berfikir yang saya harus keluar dari kepompong ini. Sehinggalah pada suatu hari, saya menjumpai teknik ini di internet. Berpegang kepada falsafah tak cuba tak try tak tahu, saya mengambil keputusan untuk mencuba nasib.

Alangkah terkejutnya saya bila beberapa hari lepas tuh, akaun maybank saya dibanjiri dengan wang daripada Google+. Saya berasa sangat bersyukur pada ketika itu dan menggunakan sedikit wang untuk pergi ke dangdut, selebret dan menghiburkan diri yang telah lama tak terhibur. Saya juga telah membeli TV 42" Sony siap-siap walaupun rumah saya belum ada elektrik lagi. Kini segalanya lengkap dan saya hidup mewah.

Mat Lazim

Sebelum ini, saya adalah pemotong getah tetap di sebuah ladang getah peninggalan orang tua saya. Pendapatan saya tidaklah seberapa walaupun saya orang bujang selepas kematian bini tanpa anak sebab saya mandul.

Untuk mengubati kekecewaan saya, saya sering minum todi pada waktu tengah hari selepas motong getah. Disebabkan itu, kewangan saya menjadi goyah. Saya kemudiannya mencuri getah sekerap dan menjualnya untuk menyara bekalan todi saya. Hidup saya hancur.

Namun setelah saya direkemenkan program log in Google+ dapat RM100 ni, hidup saya berubah. Daripada kaki mabuk, saya kini ketagihan Google+. Saya kini adalah tuan punya ladang getah merangkap peraih getah sekerap peringkat daerah. Kalau dulu hari-hari saya tunggang todi, kini hidup saya sudah upgrade, saya tunggang Tiger pulak.

Tommy

Hidup saya susah sebelum ini, merempat. Makan minum tak terurus, sakit demam tak terubat. Saya tinggal di bawah jambatan dan hentian bas yang boleh mengelakkan saya kena hujan. Makanan saya hanyalah makanan lebihan yang dibuang di belakang kedai-kedai makan tempatan.

Cuma 2 hari selepas menyertai log in Google+ dapat RM 100, hidup saya berubah. saya kini mempunyai tempat tinggal yang selesa. Tak perlu lagi makan sisa-sisa buangan. Kini saya menjadikan whiskas dan friskies sebagai makanan ruji. Baek punya!

Bagaimana Menyertai Log In Google+ Dapat RM100??

Cuma Beberapa Minit Lagi Untuk Menjadi Kaya

Cuma beberapa langkah mudah dan anda bakal bersedia untuk menerima duit berkepuk-kepuk.

Langkah Pertama : Buat akaun Google+ dan hias secantik mungkin.

Kalau tak ada akaun Google+, macam mana nak log in dan dapat duit ribu-ribu kan?
Lihat contoh akaun Google+ yang saya miliki.
Berikut adalah Google+ Profile Orang Akaun.
Ini pula adalah Google+ Page LOL LOL LOL

Cantik bukan akaun-akaun saya?

Langkah Kedua : Dapatkan sebanyak 200 orang yang add anda dalam circle mereka.
Ini agak sukar dan memakan masa tapi percayalah, ianya sebenarnya tak sesusah mana
.
Langkah Ketiga : Sediakan akaun maybank2u
Pembayaran hanya akan dibuat melalui akaun maybank2u

Langkah Keempat : Hantarkan e-mel pendaftaran ke Google+
Pastikan anda meletakkan google+malaysia@gmail.com di ruangan penerima dan copy paste ayat berikut. Pastikan anda tidak edit mana-mana bahagian yang tidak sepatutnya kerana kesannya adalah penyertaan tidak akan diterima.
Kehadapan Tuan pentadbir Google yang arif lagi bijaksana,
Tujuan saya menulis e-mel ini adalah untuk menyertai program Log In Google+ Dapat RM100.00.
Saya sedia maklum bahawasanya Google adalah sebuah syarikat gergasi internet yang kaya raya. Bukan sahaja itu, malah, Google juga menjadi penerang kepada kegelapan, menyumbang ilmu yang tak putus-putus melalui sistem carian yang cool. Kadang-kadang, saya juga menggunakan Google untuk mencari laman-laman web porno untuk kegunaan luaran sahaja.
Tuan,
Dengan rendah diri, saya ingin memiliki sebahagian daripada kekayaan Google kerana saya percaya, keuntungan yang Google peroleh tiap-tiap kali saya mencari porno tidak terhingga nilainya. Apalah kiranya kalau dikongsikan dengan saya yang hina ini.
Selain itu, saya juga ingin menjadi kaya tanpa berusaha kerana bagi saya, kerja dan mengikut bontot boss adalah perkara karut dan tidak akan mengkayakan saya. Saya berpendapat bahawa duduk rumah mengadap laptop sambil log in log out Google+ lebih besar manfaatnya berbanding cium bontot boss saya. Sesungguhnya, menjadi kaya tanpa perlu berkerja adalah merupakan cita-cita saya sejak azali lagi inspirasi daripada kisah dongeng Mat Jenin yang selalu diceritakan oleh ibu saya semasa kecil.
Disamping itu, saya tidak mempercayai langsung program log in facebook dapat RM100 kerana saya mula membenci Mark Zuckerberg lepas tengok filem The Social Network sebab dia curi idea orang lain. Saya jugak tidak mempercayai apa yang diajar oleh Ayah Pin. Sehubungan dengan itu, Azwan Ali pon saya tak minat sangat.
Sebenarnya tuan, saya dah mencuba banyak tektik-tektik untuk menjana duit dari internet namun semuanya auta belaka. Haram jadah sungguh saya rasa. Betoi tuan, bukan saya nak reka cerita. Kasihankanlah saya ni tuan. bini tak berenti-berenti beranak. Puting, lampin, pin itik, susu macam-macam saya kena beli untuk menyara kehidupan keluarga. Kesian saya tuan.
Saya berjanji sekiranya saya kaya, saya tak akan menunjuk-nunjuk. Ya saya tahu bila saya ada duit nanti, saya mesti nak beli henset android HTC yang ada kamera tuh tapi saya berjanji yang saya tak akan tangkap gambar duit-duit tuh semua. Lagha semua tuh. Mintak simpang. Saya juga berjanji bila saya beli henset tuh, saya tak akan tangkap gambar camwhore mulut muncung macam itik serati milik jiran saya kerana ianya hudoh yo!
Berikut adalah maklumat ringkas saya;
Nama : (Nama Anda)
Umur : (Umur Anda)
Jantina : (Jantina Anda)
Pekerjaan : (Pekerjaan Anda)
No. IC : (No. IC Anda)
No. Akaun : (No. Akaun Anda)
Baki Bank : (Baki Wang Dalam Bank)
Saiz Seluar : (Saiz Seluar Anda)
Potongan Badan : (Potongan Badan Anda)
Makanan Kegemaran : (Makanan Kegemaran Anda)
Semoga permohonan saya yang hina ini akan dipertimbangkan oleh pihak tuan yang hensem, kacak dan tampan itu. Saya berjanji akan belanja tuan minum kopi abah sekiranya permohonan saya berjaya.
Sekian,
Terima Kasih Daun Keladi
Penafian

Log In Google+ Dapat RM 100.00 Tanpa Modal tak ada kena mengena secara langsung ataupun tidak langsung dengan Google ataupun Google+. Ini bukanlah skim menjana duit daripada internet dan tidak ada langsung arahan untuk anda memasukkan duit sebagai pendaftaran kepada mana-mana akaun.

Ini cumalah parodi kepada skim Log In Facebook Dapat RM100.00 yang tak lama dulu popular di Facebook sehinggakan ramai yang telah terpedaya dan dikencing hidup-hidup.

Google+ adalah laman sosial yang agak baru selepas Twitter dan sangat popular pada masa sekarang. Namun penerimaan rakyat Malaysia biasanya lambat kerana ramai yang masih dalam fasa perubahan dari Facebook ke Twitter pada masa ini. Nasib baik Twitter tak macam Facebook yang mana orang boleh upload gambar duit dan tag ramai-ramai dekat sana.

Macam mana pun, sedikit masa lagi akan ada lebih ramai rakyat Malaysia membanjiri Google+. Mengikut ramalan gua, kaki-kaki temberang skim cepat kaya macam ni akan mengambil kesempatan keatas kepopularan Google+ di kalangan rakyat Malaysia. Maka, tak mustahil akan ada lagi skim seakan-akan log in Facebook dapat seratus dan akan ada juga si bengap-bengap lain ataupun bangang-bangang yang sama akan melabur duit dalam skim kelentong ini dan tak lama lepas tuh semua akan update status berbaur "haram jadah" sebab dah kena kencing.

Cuba pakai logik tengok. Kalau aktiviti log in ni boleh mendatangkan duit macam tuh, kebanyakan orang akan berhenti kerja dan terus menerus log in log out. Misalnya seorang penjual goreng pisang dan gua join benda ni. Kedua-dua kami berjaya dapat duit. Penjual goreng pisang dan gua akan berhenti kerja dan fokus log in ni. Akhirnya, tak ada orang jual goreng pisang tepi jalan lagi dah. Gua pulak, ada duit berkepuk-kepeuk tapi bila nak beli goreng pisang, tak ada orang nak jual. Nampak? Itu baru penjual goreng pisang. Belum lagi kira penjual ayam, pekerja kilang, penoreh getah bla bla bla...

Tuan-Tuan dan Puan-Puan yang dikasihi sekalian,

Pada masa sekarang, ada bermacam-macam bersepah-sepah skim affiliate dan MLM yang ada di dunia. Dekat Malaysia saja pon boleh tahan banyak jugak. Sedarlah yang kebanyakannya adalah skim auta dan manipulasi oleh pihak yang tidak bertanggungjawab dan hanya sebahagian kecil yang betul-betul memberikan pulangan dan berjaya bertahan.

Gua bukan nak cakap yang semua skim adalah temberang. Cuma apa yang gua nak tekankan kat sini, sila lakukan sedikit kajian sebelum menyertai program seperti ini untuk mengelakkan wang anda dicuri. Website yang rekaannya professional tak memberikan jaminan yang anda tidak akan ditipu.Bukti pendaftaran syarikat juga tidak boleh dipercayai sangat sebab sapa pon boleh mendaftarkan syarikat dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) dan kos yang dilibatkan adalah kecil.

Ada sesetengah program affiliate dan MLM yang betul-betul menjadi. Mereka ini memberi pulangan sepadan dengan usaha yang anda jalankan. Bukan semuanya temberang. Jika anda ingin mencari wang tambahan melalui skim seperti ini, pastikan anda join syarikat yang betul-betul sahaja dan bersedia untuk ditemberang pada bila-bila masa saja sebab manusia zaman sekarang ni pandai-pandai belaka. Juga, MLM pada satu tahap akan tepu dan jangan hairan kalau sales tak jalan. Anda patut tahu bila anda harus berhenti.

Gua tak ada list mana-mana program affiliate atau MLM yang betul-betul boleh dipercayai ataupun yang temberang sebab gua tak pernah join mana-mana program pun. Cuma gua tengok pengalaman kawan-kawan yang pernah join masa belajar dulu. Tak ada seorang pun yang duitnya berkepuk-kepuk pakai BMW seperti mana apa yang depa cakap masa depa pancing gua join masuk dulu. Tapi, ada jugak gua dengar-dengar member gua yang betul-betul berjaya dalam bidang ini sampai pakai BMW dan baju seluar berjenama. Rezeki masing-masing orang kata.

Berhati-hatilah dalam memilih pelaburan anda. Wang anda, andalah yang tentukan mana arahnya. Kalau tersilap langkah, poket anda yang rabak bukan poket gua.

Sekali lagi gua nak tekankan, kalau nak join program seperti ini, pastikan;
  • Buat sedikit kajian
  • Pastikan syarikat berdaftar
  • Kenalpasti lokasi syarikat
  • Kenalpasti pengurusan syarikat
  • Kenalpasti individu yang rekemen masuk
  • Pastikan tentang pulangan secara detail
  • Pastikan hala tuju pelaburan
  • Dapatkan segala kontek nombor
  • Pastikan itu bukan skim temberang
  • Jalankan survey
  • Tanya orang sana sini
  • Sila bersikap curiga
Dengan Google pun boleh. Bukan susah nak buat research. Luangkan sedikit masa untuk mengelakkan anda dikencing hidup-hidup.

Gua tahu ada yang hangin baca blog post ni sebab gua baru kencing semua orang. Tapi kalau difikirkan secara rasional, baik kena kencing macam ni daripada kena kencing duit. Duit susah nak cari zaman sekarang ni, kos sara diri pun tinggi.

Gua harap blog post ini dapat memberi kesan dan peringatan kepada pembaca supaya sedar dan lebih berhati-hati sebelum membuat pelaburan. Jangan nanti masing-masing update status marah-mara kena kencing dan menangis siang malam lepas duit lesap.

Sesal dulu pendapatan, sesal kemudian tak guna beb!

Kalau ada nak suarakan pendapat, terasa macam nak berdebat, marah-marah sebab kena kencing, cerita pengalaman atau apa saja, boleh kongsikan dekat ruangan komen. Gua tak marah.

Nak release tensen? Ada channel gambar dan gif lawak;
Orang Akaun Web Developer

102 comments:

  1. http://WeeklyYouthPay.com/?ref=41896

    ReplyDelete
  2. https://www.globallshare.com/ms/2881862.html

    ReplyDelete
  3. http://earnwithinvite.com/index.php?ref=251448

    ReplyDelete
  4. http://earnwithinvite.com/index.php?ref=251448

    ReplyDelete
  5. tolong masukkan wang rm100 ke acc maybank sya:153010015597,penat ni duit xda langsung nii,,pls

    ReplyDelete
  6. Saya suka sertai jadi ahli orangakaun ini. Klu benar..ini adalah terbaik untuk orang miskin...tpi bagaimana cara nya tuan google..??

    ReplyDelete
  7. mcm best je nie..tapi mcm mna nk mula..

    ReplyDelete
  8. cakap banyak jer dia org ni..kalau banyak duit sesekah la...cuba bank in kat aku..tak banyak 100 jer...cubala kalau banyak sangat bekepuk kepuk duit tu...sembang nak tipulah tu.

    ReplyDelete
  9. cakap banyak jer dia org ni..kalau banyak duit sesekah la...cuba bank in kat aku..tak banyak 100 jer...cubala kalau banyak sangat bekepuk kepuk duit tu...sembang nak tipulah tu.

    ReplyDelete
  10. masukkan duit RM100 dalam acc saya:7068685244

    ReplyDelete
  11. Semua bongok...x baca sampai habis...hahaha....wkwkwkwk

    ReplyDelete
  12. Betul kah saya mau perlu kan duit ni

    ReplyDelete
  13. Ia ada untuk memberikan kebebasan kepada Kemanusiaan. Organisasi ini aman. Illumminati berada di semua bahagian dunia. Organisasi ini mengalu-alukan setiap orang untuk menyertai. Tidak ada pengorbanan manusia dalam bentuk apapun di Illuminati.

    Kami mengambil orang, semua jenis, lelaki, wanita dan orang muda. Untuk menyertai Illuminati, hanya mengambil masa 30 minit, menjadi kaya hanya boleh mengambil 2 jam. Kami mempunyai banyak kelebihan dalam Illuminati.
    Kami memberi ahli kami $ 3,000 setiap minggu.
    Kami memberi ahli kami $ 2,000,000 / = setiap bulan.
    Ahli kami bebas untuk pergi ke mana-mana negara pilihan mereka pada bila-bila masa.
    Sekiranya seseorang memberi kami ahli, kami memberi orang itu dengan segera $ 1000 US Dollar setiap orang yang dia bawa untuk menyertai kami.
    Ramai orang telah menyertai kami, Pastors, Pemuzik, Usahawan, Guru, Selebriti, Peladang, Pelakon Filem. NGO dan lain-lain yang tidak dapat kami jelaskan di halaman ini.

    Sertai kami hari ini dan menjadi kaya, hantar e-mel ke: illuminatisupreme01@gmail.com
    Anda boleh menyertai hari ini dan mengubah hidup anda. atau hubungi kami di whatsapp +2349038521315

    ReplyDelete
  14. Ia ada untuk memberikan kebebasan kepada Kemanusiaan. Organisasi ini aman. Illumminati berada di semua bahagian dunia. Organisasi ini mengalu-alukan setiap orang untuk menyertai. Tidak ada pengorbanan manusia dalam bentuk apapun di Illuminati.

    Kami mengambil orang, semua jenis, lelaki, wanita dan orang muda. Untuk menyertai Illuminati, hanya mengambil masa 30 minit, menjadi kaya hanya boleh mengambil 2 jam. Kami mempunyai banyak kelebihan dalam Illuminati.
    Kami memberi ahli kami $ 3,000 setiap minggu.
    Kami memberi ahli kami $ 2,000,000 / = setiap bulan.
    Ahli kami bebas untuk pergi ke mana-mana negara pilihan mereka pada bila-bila masa.
    Sekiranya seseorang memberi kami ahli, kami memberi orang itu dengan segera $ 1000 US Dollar setiap orang yang dia bawa untuk menyertai kami.
    Ramai orang telah menyertai kami, Pastors, Pemuzik, Usahawan, Guru, Selebriti, Peladang, Pelakon Filem. NGO dan lain-lain yang tidak dapat kami jelaskan di halaman ini.

    Sertai kami hari ini dan menjadi kaya, hantar e-mel ke: illuminatisupreme01@gmail.com
    Anda boleh menyertai hari ini dan mengubah hidup anda. atau hubungi kami di whatsapp +2349038521315

    ReplyDelete
  15. Macam mana nk dapat duit... 😩

    ReplyDelete
  16. HELLO BERGABUNG DENGAN KAMAR ILLUMINATI BROTHER HOOD HARI INI DAN LIVE

    A BERSIH DAN HAPPIN HIDUP. SELAMAT DATANG KE TEMPLE BESAR

    OF RICHES AND FAME. Adakah anda perniagaan, Man / wanita, ahli politik,

    muzik, pelajar dan anda ingin menjadi kaya, berkuasa dan terkenal

    dalam kehidupan. Anda boleh mencapai impian anda dengan menjadi ahli

    Khemah saudara besar yang menerangi. Dengan ini semua impian dan hati anda

    keinginan dapat dicapai sepenuhnya, jika anda benar-benar ingin menjadi ahli

    daripada kudung saudara yang sangat terang, hubungi Tuhan menerangi sekarang,

    Nota: ahli yang baru diambil adalah berhak dengan $ 800,000'00 $ Dolar AS, Dan Cincin Emas keabadian dan Kekayaan, yang akan melindungi dan menyatukan anda dari

    musuh, dan visa percuma ke United State Of America.

    Tolong jangan berkongsi darah atau pengorbanan Manusia.

    E-mel :: join.combrotherhood@gmail.com Jangan terlepas peluang ini. Panggil dan menjadi kaya Sekarang Lordmarshall: AS +19149087408 ATAU kami untuk Pengambilan cepat Sekarang di Jerman +4915735992414 Australia +614888917117

    Coleman Sansx: MOBILE :: us on WHATSAPP :: + 2347011770898 Motto;

    kita berada di sini untuk mengurangkan kemiskinan dari dunia hari ini. mesej sekarang dan menjadi kaya $$$

    ReplyDelete
  17. Macam mana nak join. Saya nak join

    ReplyDelete
  18. Macam mana join.saya nak tahu

    ReplyDelete
  19. Cara terbaru untuk buat duit dengan handphone sila baca di Cara Buat Duit Dengan Aplikasi ReadWard

    ReplyDelete
  20. ToneWow Terengganu4 February 2019 at 10:12

    Rakyat Malaysia yang nak join bisnes TONE WOW bermodalkan RM10 boleh WhatsApp saya 0139228492..
    Rakyat Malaysia Sahaja

    ReplyDelete
  21. Sertai illuminati hari ini dan dapatkan cahaya. Wang, kuasa, Ketenaran dan kekayaan menjadi tajuk anda di seluruh generasi anda dan melihat impian anda menjadi kenyataan. Jika anda berminat untuk menyertai Illuminati di seluruh dunia Pesanan Pesuruhjaya di (USA) email kami hari ini E-mel: illuminatiworldwideorder@gmail.com
    Atau apa-app kami .. +19292811087

    Untuk permulaan dalam talian anda.
    Tidak kira di mana anda berada. Tiada jarak boleh menjejaskan kerja baphomet kami.



    Perhatikan .. Kami tidak menerima panggilan whatsap.


    https://www.gaia.com/article/what-is-the-illuminati

    ReplyDelete
  22. Hello kawan ......

    Di sini anda mempunyai peluang untuk menyertai lelaki kaya ini di Amerika
    United, di mana anda akan menjadi dan berkuasa. Apa yang perlu anda lakukan ialah
    menjadi hubungan yang setia, dan di seluruh dunia, menjadi
    sebahagian daripada kami dan menjadi kaya apa-apa +12604525553 illuminatibrotherhoodtample666@gmail.com

     Anda juga boleh menghubungi kami
    untuk maklumat lanjut dan proses keahlian supaya anda boleh
    menjadi ahli persaudaraan.

    NOTA: semua ahli baru akan diberi bayaran separa untuk
    memproses visa untuk bersama kami pada hari penobatan di dalam
    telah bersatu dengan mereka
    Faedah tahniah. Kemudian, anda boleh mula mempunyai anda
    faedah persaudaraan tahunan biasa. bulanan dan mingguan

    MANFAAT BARU ILLUMINATI KEAHLIAN.

    1. 550,000 USD USD Ganjaran tunai
    2. Mimpi baru $ 134,000 CAR
    3. Beli rumah impian mengikut pilihan anda
    4. Percutian pelancongan bulanan anda (dibayar penuh).
    5. Pakej keahlian golf setahun
    6.A V.I.P Rawatan di semua lapangan terbang di dunia 7. Perubahan
    gaya hidup 8. Akses ke Bohemian Grove
    $ 100,000,000 sebulan untuk setiap bulan ke akaun bank anda
    10. Tiga bulan pelantikan dengan 5 pemimpin dunia yang paling penting
    dari dunia dan keluarga terbaik dari persaudaraan Illuminati yang hebat.
    Apa yang anda perlu lakukan adalah menghubungi kami melalui illuminatibrotherhoodtample666@gmail.com

    ReplyDelete
  23. GABUNGLAH E-MAIL ILLUMINATI HARI INI: illuminatiorganizationorder@gmail.com
    BERGABUNGLAH DENGAN ILLUMINATI DI KERAJAAN YANG BERSAMA, AUSTRALIA, AS ATAU
    SETIAP BAGIAN DARI DUNIA HARI INI KAYA,
    TERKENAL, dan kekayaan memiliki POWER.EMAIL DI: illuminatiorganizationorder@gmail.com UNTUK segera
    Inisiasi Anggota pendaftaran baru sekarang terbuka
    sekarang online !!!!!
    MANFAAT YANG DIBERIKAN UNTUK ANGGOTA BARU yang bergabung
    ILUMINATI.
    Hadiah uang tunai sebesar USD $ 3.000.000 USD untuk keanggotaan berkat Anda sebagai anggota baru
    MOBIL Sleek Dream BARU bernilai USD $ 1.200.000 USD
    Rumah Impian dibeli di negara pilihan Anda
    Liburan satu bulan (dibayar penuh) ke tujuan impian Anda.
    Keanggotaan paket Golf satu tahun
    Perawatan V.I.P di semua bandara di dunia
    Perubahan total gaya hidup
    Akses ke negara mana saja pilihan Anda selama satu tahun
    pembayaran $ 1.000.000 USD di Anda
    rekening bank sebagai anggota
    World, kirim alamat email Anda ke
    illuminatiorganizationorder@gmail.com atau hubungi kami sekarang di aplikasi apa +13072132310
    anggota segera inisiasi. Baru
    Registrasi sekarang terbuka online.
    Satu bulan memesan Janji dengan Top 5
    Pemimpin dunia dan Top 5 di dunia.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alrite...i'm ready to be one of the illuminati members

      Delete
  24. I like to be one of the great illuminati members

    ReplyDelete
  25. Macam mana nak dapat 100 tu... saya nak jigak

    ReplyDelete
  26. Macam mana nak dapat 100 tu... saya nak juga bagaimana caranya

    ReplyDelete
  27. Nak cari pendapatan sampingan,terbukti paling bagus..klik link ini untuk pemahaman..http://bit.ly/2UDx1qV

    ReplyDelete
  28. Bro, memang baca artikel ni pun aku dah kena kencing dah. Nasib baek last ngko bgtau. Hahaha. Caish betul la ayat power tu.

    ReplyDelete
  29. Salam dari ULASAN ILLUMINATI BESAR ke Amerika Syarikat dan di seluruh dunia, ini adalah kesempatan terbuka untuk bergabung dengan persaudaraan ILLUMINATI ORDER di mana anda dapat memulihkan impian anda yang hilang, dan juga di mana anda dapat melihat cahaya kekayaan dan kebahagiaan tanpa sebarang pengorbanan darah. Dan selama bertahun-tahun kami mempunyai pemimpin dunia, MILLIONAIRES, BILLIONAIRES, SCIENTIST, SUPERSTARS dan semua kerja-kerja kehidupan, anda dialu-alukan di seluruh dunia dalam masing-masing Perlumbaan, Agama dan Etnik SELAMAT Anda ke HALL of FAME and WEALTH.
    Sila tulis kami di surat peribadi kami: greatilluminate99@gmail.com

    Salam KEMUDAHAN ILLUMINATI UNITED TEMPLE.

    ReplyDelete
  30. Macamane nak join illuminati

    ReplyDelete
  31. Ingin join Tapi macam mana caranya

    ReplyDelete
  32. Plis call me 0144004920

    ReplyDelete
  33. McmM mana cara syaa mau.skg pkp saya betul2 ssh. Tiada kerja

    ReplyDelete
  34. Nk duit masukkan dalam akaun ni CIMB bank Muhammad fadhil ni akaun 7630024894

    ReplyDelete
  35. SALAM DARI GRAND MASTER! SEBAGAI ANDA MENJADI AHLI ILLUMINATI BESAR, KAMI SELAMAT MENYAMBUT ANDA. Jadilah sebahagian daripada sesuatu yang menguntungkan dan istimewa (SELAMAT DATANG KE DUNIA ILMU) Adakah anda seorang POLITIK, JURUTERA, DOKTOR, ENTERTAINER, MOD EL, GRADUATE / MAHASISWA, ATAU ANDA MEMILIKI UNTUK MEMPERINGKAT PERNIAGAAN ANDA UNTUK MENJADI MINDA BESAR. Juga relevan untuk mengetahui bahawa untuk menjadi ahli, dan memperoleh jumlah $ 100,000,000, sebagai gaji keahlian Illuminati bulanan. "PELUANG" Organisasi Illuminati yang hebat menjadikan anda kaya dan beberapa EMAS terkenal di dunia, ia akan mengangkat anda dari akar rumput dan membawa anda ke tahap yang lebih tinggi jika anda sudah lama bercita-cita untuk menjadi dan bersama-sama kita akan memerintah dunia dengan kekuatan Illuminati yang hebat dan hebat, umur panjang dan kemakmuran di bumi ini dengan kehidupan dan kegembiraan yang kekal. hubungi kami dengan mel rasmi: illuminatieuropeheadquarter@gmail.com atau wahtsapp kami +34632600778.
    Kami menunggu untuk membawa anda ke takdir anda

    ReplyDelete
  36. SALAM DARI GRAND MASTER! SEBAGAI ANDA MENJADI AHLI ILLUMINATI BESAR, KAMI SELAMAT MENYAMBUT ANDA. Jadilah sebahagian daripada sesuatu yang menguntungkan dan istimewa (SELAMAT DATANG KE DUNIA ILMU) Adakah anda seorang POLITIK, JURUTERA, DOKTOR, ENTERTAINER, MOD EL, GRADUATE / MAHASISWA, ATAU ANDA MEMILIKI UNTUK MEMPERINGKAT PERNIAGAAN ANDA UNTUK MENJADI MINDA BESAR. Juga relevan untuk mengetahui bahawa untuk menjadi ahli, dan memperoleh jumlah $ 100,000,000, sebagai gaji keahlian Illuminati bulanan. "PELUANG" Organisasi Illuminati yang hebat menjadikan anda kaya dan beberapa EMAS terkenal di dunia, ia akan mengangkat anda dari akar rumput dan membawa anda ke tahap yang lebih tinggi jika anda sudah lama bercita-cita untuk menjadi dan bersama-sama kita akan memerintah dunia dengan kekuatan Illuminati yang hebat dan hebat, umur panjang dan kemakmuran di bumi ini dengan kehidupan dan kegembiraan yang kekal. hubungi kami dengan mel rasmi: illuminatieuropeheadquarter@gmail.com atau wahtsapp kami +34632600778.

    ReplyDelete