Haram Jadah


Haram jadah ni kalau sapa-sapa yang rasa diri dia jenis baik tak pernah mencarut nak tahu, ianya adalah merupakan perkataan maki-maki yang sangat sedap diucapkan mulut. Haram jadah ni lebih popular dikalangan orang utara berbanding dengan orang-orang area lain. Sedap kemain bila maki orang cakap haram jadah ni. Dia punya blah boleh menyayat hati dan meruntun jiwa pihak lagi satu.

Bercakap tentang haram jadah, gua teringat pesan ustaz gua masa zaman SPM dulu. Ustaz Roslin nama dia. Orang Perlis dia ni. Sempoi kemain. Ayat dia pon boleh tahan power jugak. Mengaji pon sedap.
Kata ustaz gua, jadah ni kalau dalam bahasa arab maksudnya tokwan. Tokwan tuh kiranya atok lu la. Haram dalam bahasa arab maksudnya haram jugak. Bila haram dan jadah dikombinasikan, hasilnya membawa kepada haram tokwan.
Yang dok pi sebut haram tokwan haram towan tuh pasai apaaa…Orang tua tuh dah la tua, kulit berkedut, gigi berteraboq, dah tak lama nak masuk kuboq. Hangpa kesian la kat dia samaaa. Toksah la dok sebut haram tokwan tuh. Kesiannn dekat dia.
Masa tuh gua dengan kawan-kawan gua bukan main suka lagi gelak. Lawak la konon. Lama lepas tuh baru gua faham. Tak elok mencarut-mencarut ni.
Orang Akaun Web Developer

No comments:

Post a Comment