Pecah Tabung


Alarm henpon berbunyi tapi aku masih belum mahu bangun. Nikmat hujan lebat jarang aku mampu tolak. Lebih kurang 15 minit lepas rakan seopis mulakan kerja baru aku mengeliat dan seterusnya bangun.

Liat susah nak hilang, semua kerja jadi slow motion. Dalam keperlahanan itu, aku teringat tabung kepala Bear Brick aku. Duit syiling dalam tuh diperuntukkan untuk duit raya anak buah aku, 8 orang kesemuanya.

Sambil mengorek tabung, aku buat anggaran kasar. RM 10.00 didarab dengan 8 jumlahnya RM 80.00. Entah cukup entah tidak. Selepas dimasukkan dalam plastik, aku terus mandi, bersiap, dan memandu ke opis sambil syiling menjadi penumpang.

Dipendekkan cerita, aku sekarang di CIMB KJ. Menunggu turn untuk deposit syiling ini kedalam akaun. Berdebar rasanya duduk dekat sini lama-lama. Bukan berdebar pasal takut duit tak cukup, tapi pasal nombor giliran dari tadi tak berganjak-ganjak.

Sakit tulang belakang menunggu, akhirnya giliran aku sampai. Syiling yang aku bawak berjumlah RM 123.30 kesemuanya. Hahah. Seronoknya. RM 80.00 untuk anak buah, selebihnya untuk berpoya-poya.
Orang Akaun Web Developer

No comments:

Post a Comment