Parking Khas Untuk Wanita


Pengguna KTM komuter semua tahu ada koc khas untuk wanita. Ya, wanita sahaja. Kalau ada jantan-jantan yang masuk ke koc itu, para wanita akan memberikan jelingan baik punya yang membawa maksud "hang ni buta tak reti baca ka memang bangang tak paham bahasa?".

Semua itu adalah demi keselamatan para perempuan tanpa mengira umur, warna kulit, bangsa, agama, status perkahwinan dan sebagainya. Ramai yang merungut. Komuter dah la pendek, ada diskriminasi jantina pulak. Koc khas untuk lelaki tak dibuat. Mana aci!

Namun, gua percaya segala isu yang timbul dah pun diatasi sama ada secara bijak ataupun bangang. Pendapat peribadi gua, bagus benda ni walaupun pada waktu-waktu tertentu menyusahkan orang jugak. Setidak-tidaknya, kaum hawa yang naik komuter tak diraba oleh lelaki sangap gila sex. Bayangkan kalau awek gua yang naik. Dah tentu gua nak dia pakai koc wanita ni. Selamat sikit, lega sikit gua rasa.

Hari Sabtu lepas, 4 Disember 2011, gua ada pergi ke e@curve, Damansara sana nak tengok wayang cerita Seeking Justice lakonan Nicholas Cage. Masa tengah pusing-pusing cari parking di basement parking e@curve, gua terperasan beberapa kotak parking yang diletakkan signboard "reserved parking bay for single female driver" dan dengan pantas gua snap gambar untuk di-attach kat sini.

Koc wanita di train ada, memang bagus. Membudayakan ladies first, memang bagus. Menjadi lelaki yang gentleman, memang bagus. Tapi menyediakan kotak parking khas untuk pemandu wanita yang berseorangan, memang BANGANG!

Okeh, kita semua dah tahu macam mana keadaan di basement parking. Orang parking kereta dan masuk ke dalam bangunan melalui lif atau tangga. Kemudian, orang turun, naik kereta dan beredar. Pada kebanyakan masa, kawasan parking adalah sunyi. Lebih-lebih lagi lewat-lewat malam umpamanya lepas wayang midnight. Kutu jeans koyak lutut pun tak teringin nak melepak dekat kawasan macam tuh. Dah la panas.

Sunyi ya hadirin sekalian. Dengan menyediakan kotak parking sedemikian, secara tidak langsung telah mengumumkan kepada orang ramai yang mana kereta-kereta yang diletakkan di situ adalah merupakan kepunyaan perempuan-perempuan yang bersendirian. Maknanya, tak perlu susah-susah follow, stalk, spy whatsoever dan kita boleh tahu siapakah pemandunya.

Ini menjadi advantage kepada para penjenayah dimana papan tanda itu dah membantu sedikit sebanyak dalam bidang pekerjaan mereka. Yang tinggal sekarang, menyorok di mana-mana tempat sambil reekie line, dan bertindak pada masa yang tepat.

Ya, gua faham. perempuan adalah kaum yang lemah. Dalam bidang agak-mengagak juga lemah. Sebab itu banyak perempuan ambil masa nak parking. Ini akan menyusahkan pemandu lain. Dengan adanya parking ini, kononnya masalah itu dapat diatasi tapi bagi gua tak. Kaum yang lemah ini juga merupakan sasaran mudah. Bukan semua reti bawa pepper spray isi dalam handbag. Bukan semua ada black belt taek won do.

Gua tak pasti sama ada ini adalah inisiatif pihak e@curve untuk memudahkan pelanggan wanita mereka semata-mata ataupun memang dah jadi kewajipan untuk disediakan petak parking seperti ini di mana-mana saja. Yang pasti, kalau semua kompleks buat macam ni, abam-abam polis akan jadi sibuk. Sibuk melayan laporan jenayah di tempat parking. Rogol tak mustahil, samun tak mustahil, ragut handbag tak mustahil.

Macam mana sekalipun, gua nak pesan buat kaum-kaum hawa yang membaca. Walaupun kotak parking macam ni memudahkan saudari-saudari sekalian, sila ingat bahaya yang menanti anda semua. Malang itu tak berbau. Memang la kalau benda nak jadi, kat mana-mana pun boleh jadi. Tapi sekurang-kurangnya, kita berusaha untuk meminimakan risiko itu. Jadi la sikit pun. Maka, sila bazirkan sedikit masa dan petrol untuk mencari kotak parking lain supaya ke-ladies-first-an anda tidak diambil kesempatan oleh kutu berahak tak berhati perut.
Orang Akaun Web Developer

No comments:

Post a Comment