About


Kakuleter.com
Tanggal 18 Februari 2011, tarikh keramat untuk dunia blogging dimana sebijik lagi blog naik ke internet. Pada hari ini gua memperjudikan duit gaji yang tak seberapa neh melalui pembelian hosting dengan domain. Disebabkan hanya dan cuma terer bermain-main dengan blogspot, self hosting wordpress ni ibarat dunia asing bagi gua. Dan disebabkan jugak dengan tak ada masa, konon-konon sibuk, tak la jugak gua berkesempatan nak menggodek-godek satu persatu perihal wordpress ni.
Gua ambil langkah mudah, roger member sekolah gua mintak dia tolong buat. Dengan kerjasama penuh Sang Ceghap, maka live la wordpress gua di mata dunia. Tapi still banyak lagi benda yang gua nak kena buat, touch up sana sini, make up sana sini. Apa pun, thanks to Ceghap sebab tolong. Kalau nak harap diri sendiri, tua la baru boleh live blog ni.

Orang Akaun
Orang Akaun cuma sebagai nama pena macam sasterawan selalu dok guna tuh. Gua pon nak jugak satu. Bersesuaian dengan domain blog ni, ‘kakuleter dot com’ dan jugak tagline ‘leteran si penjaga akaun’. Gua seorang penjawat swasta dalam arena perakaunan. Hari-hari gua mengadap akaun sampai kadang-kadang  tuh  nak muntah, kadang-kadang nak mengamuk pon ada. Tapi apa boleh buat, dah rezeki gua kot situ. Kena hadap jugak la walaupun kadang-kadang pahit gua nak telan. Tapi dengan adanya blog yang bertemakan diri gua sendiri neh, boleh la gua merapu, merepek, meraban dan melabon sesuka hati gua. Walau tak banyak ada la jugak channel untuk gua shout out apa yang gua rasa.

Pengalaman Blogging
Gua pernah menggunakan blogspot sebelum ni. Berbekalkan hosting dan domain percuma, gua menulis blog. Tapi dulu gua menulis untuk sedap dibaca orang, bukan kepuasan diri sendiri. Disebabkan itu, setelah sekian lama blog tuh live sejak dari 25 Ogos 2009, blog tuh akhirnya terbengkalai. Dalam tempoh 1 tahun, 5 bulan 23 hari sampai hari gua beli domain blog ni, gua baru tulis 68 blog post. Angka yang kecil kalau nak dibandingkan dengan tempoh. Itu semua pasal menulis bukan untuk kepuasan diri, skema gila babi dan akhirnya, ending menjadi sangat tak hensem. Padan muka gua.

Salah satu sebab terbengkalai tuh selain daripada sifat semulajadi pemalas neh, gua berfikiran kalau gua terus menulis kat situ pon tak guna. Kalau gua terus menulis dan kemudian berpindah ke dot com macam sekarang, usaha yang gua kena letak sama saja. Start over from scratch. Baik gua stop sana, cari feel balik dan terus dengan self hosted macam sekarang ni. Blog lama gua masih lagi live dan menerima 7-10 pelawat setiap hari walau dah 6 bulan tak update. Gua nak biar dulu. Nanti sampai masa akan gua kebumikan beliau dan gua akan buat kenduri arwah tiga hari tiga malam. Lu orang tak payah runsing tanya apa nama blog lama gua, biar gua kenang sorang-sorang. Lu cuma perlu baca penulisan baru gua saja, tapi macam mana pon gua tak paksa. Up to you.
Orang Akaun Web Developer