Last Day 2012


Diam tak diam, hari ni dah last day dalam tahun 2012 rupanya.

Diam tak diam, berlambak-lambak lagi angan-angan yang belum berjaya aku gapai rupanya.

Orang Akaun Web Developer

Seluar Ketat


Sebenarnya, dulu kalau aku pakai seluar saiz 29, dia punya sedap tuh sedang-sedang elok saja.

Tapi, sejak terjangkit penyakit TB dulu, seluar saiz 29 pon boleh jadi senang nak terlondeh. Mana taknya, berat dari average 57 kg jadi 47 kg. Punya la keding.

Sejak makan ubat-ubatan, berat badan aku dah naik balik. Tak lama lepas tuh, kahwin pulak aku. Maka mendadak lagi la naik. Sekarang dah average 66 kg.

Seluar saiz 30 dulu dah ketat gila. Maka aku up saiz 31. Tak sampai dua tiga bulan, sekarang ni dah sendat pulal dah.

Sekarang baru aku paham dilema kaum-kaum yang suka diet. Seksa jugak bila pakaian jadi ketat rupanya.

Orang Akaun Web Developer

Wish List 2013


Sebenarnya, kalau diikut-ikutkan, aku ada banyak benda yang diangan-angankan masih lagi tertangguh dan mungkin tak dapat diselesaikan dalam tahun ini jugak. Hal ini kerana faktor ketidakmampuan dan juga sifat malas semulajadi yang menetap dalam kepala serta badan aku ini.

Namun begitu, ianya tidak menjadi penghalang untuk aku terus berangan-angan apa yang nak dicapai tahun depan. Tak berapa hari lagi dah nak masuk tahun depan.

Ya! Kita semua mesti tanam azam. Kita buat wishlist. Kita buat azam baru. Dan lepas 1 minggu tahun baru, kita lupakan semuanya. Macam selalu kita buat tahun-tahun lepas.

Okeh. Cukup merepek. Maka dipersembahkan keinginan aku untuk tahun 2013;
  1. Menjadi rajin serba serbi perihal
  2. Bangun pagi dengan mudah
  3. Tidur malam awal dengan mudah
  4. Mengawal diri dari rasukan internet
  5. Menjadi seorang suami yang berkaliber
  6. Mendapat anak
  7. Menyiapkan website online store
  8. Menjual produk secara online dengan jayanya
  9. Menjadi full-time businessman online
  10. Memberhentikan diri dari kerja sekarang. Kerja tempat baru atau full time bisnes terus kalau mampu.
  11. Mengawal aliran tunai dengan jayanya
  12. Membeli sebuah rumah tak kira harga
  13. Menjayakan blog wordpress 1 sampai boleh mendatangkan hasil.
  14. Menjayakan blog wordpress 2 sampai boleh mendatangkan hasil.
  15. Menjayakan website classified sampai boleh mendatangkan hasil.
  16. Melakukan cross promotion antara 4 domain yang aku ada secara berkesan untuk meningkatkan sales kedai online aku tuh.
  17. Register & setup enterprise setelah mengkaji teliti sudut akaun dan pelaksanaan sampai puas hati.
  18. Berkerja pada flexible working hours
  19. Menambah pendapatan keluarga
  20. Tukar henpon baru sebab henpon sekarang memori low memanjang
  21. Membeli kamera DSLR untuk gambar sharp walaupun indoor
  22. Melanggan Astro bila pendapatan mengizinkan.
  23. Melanggan unify bila pendapatan mengizinkan
  24. Menyiapkan projek DIY hiasan dinding aku tuh
  25. Membuat kenduri dekat rumah aku sekarang
  26. Melengkapkan peralatan dalam rumah aku sekarang
  27. Melangsaikan hutang kredit kad
  28. Melangsaikan segala hutang piutang dengan bank dan PTPTN
  29. Menjaga saiz perut agar tidak keterlaluan
  30. Menjadikan sukan atau senaman sebagai rutin
  31. Dan lain-lain lagi.
Sebenarnya, panjang lagi kalau nak disenaraikan sampai aku sendiri tak ingat apa yang nak disenaraikan.

Itulah manusia. Kehendak melebihi keperluan.

Tapi tak apa. Walaupun begitu, segala wish list aku tuh semuanya akan memberikan impak yang positif dalam hidup. Mungkin juga boleh menjahanamkan hidup, tapi kalau tune cantik punya, kompom la mencemerlangkan hidup.
Orang Akaun Web Developer

Blogger Android Tak Sedap Langsung


Sebenarnya, setelah di-test serta di kaji teliti, tak sedap mana pon nak menulis blog blogspot pakai apps Blogger ni. Sebab utamanya adalah limitasi. Tak serupa langsung macam wordpress punya apps yang advance berganda-ganda.

Hal ini kerana;
  1. Tak ada read more
  2. Labels kena taip sendiri. Silap taip jadi label baru.
  3. Upload gambar tak boleh placing
  4. Upload gambar saiz jadi 240px saja
  5. Tak ada read more
  6. Dan lain-lain lagi
Kecewa jugak la memandangkan Blogger ni anak buah Google yang terer tuh. Tapi tak heran jugak la sebab apps blogger ni hanya wujud lepas sekian lama Google launch android.

Gamaknya, blogspot ni tak berbaloi sangat bagi Google untuk depa invest dalam perihal apps android kot.
Orang Akaun Web Developer

Attach gambar


Sebenarnya gua cuma nak menge-test attach gambar ke android blogger ni macam mana pergi dia.
Tang mana pulak nak tekan read more ni??

Orang Akaun Web Developer

KLCC


Sebenarnya, gua cuma nak menge-test share gambar dari gallery phone terus ke henpon macam mana rupa dia..

Orang Akaun Web Developer

Mobile test


Sebenarnya, gua cuma nak menge-test blogger android ni. Tah jadi tah tidak.
Orang Akaun Web Developer

Gambar Gembira Gambar Sedih


Menjadi persoalan dalam benak fikiran kepala otak aku;

Kenapa orang ambil gambar bila tengah gembira saja. Bila seronok, ada saja adegan-adegan bangang yang kononnya untuk diabadikan. Contohnya gambar tengah lompat katak sambil sengih. Gambar mulut itik 8 kali snap. Gambar jari buat peace dekat sebelah mata. Macam-macam pesyen gambar lagi la.

Tapi bila sedih, tak pulak orang teringat dekat kamera canggih masing-masing. Entah apa sebab. Takut ter-naik angin dan lempar kamera tuh ke dinding gamaknya.

Haih la dunia!
Orang Akaun Web Developer

Internet & Google


Internet ni pada hakikatnya adalah sesuatu yang lagha. Lagha tak ingat dunia. Dia punya bahaya, mengalahkan bahaya rakyat Palestin mengelak peluru kutu-kutu Israel.

Google pulak lagi 1 hal. Tak jemu-jemu jawab soalan aku. Apa saja yang aku tanya, semua dia bagi jawapan. Klik, klik dan klik lagi.

Sudahnya, waktu kerja dah diambil alih oleh Internet.

Memang la kita yang kontrol segala benda internet ni. Memang la kita yang pegang mouse.

Tapi ingat senang ka nak meloloskan diri?
Orang Akaun Web Developer