#klGangster Melayu Tikam Belakang, Cina Untung Juga


Ahad - 12 Mac 2011 - GSC Pavillion KL - Gua dengan Orang Dana pergi tengok cerita KL Gangster, satu lagi filem melayu yang gua rasa nak tengok selepas Hantu Kak Limah Balik Rumah. Sejujurnya, gua tak berapa suka sangat cerita Syamsul Yusof Haslam ni. Bagi gua, dia hero poyo sebab dia lah director dia lah hero. Tapi KL Gangster ni lain sikit. Ini filem melayu yang gua rasa betul-betul kena dengan realiti melayu zaman berzaman. Langsi, tikam belakang, makan suap. Baik punya ohh.

Gua tak nak ulas pasal isu PEKIDA nak saman-menyaman sebab gua tak rasa ilmu gua cukup nak ulas pasal tuh. Gua tak nak buat sinopsis cerita tuh kat sini sebab gua rasa kebanyakan orang semua dah tengok. Cuma gua rasa filem ni memang menjadi. Cerita aksi samseng-samseng pukul orang ni boleh kata semua budak-budak muda dari spesis jantan suka walaupun tak ada Maya Karin, Fasha Sendat ataupun Diana Danielle. Bagi yang perempuan pulak, Aaron Aziz sorang dah cukup nak tapau gadis-gadis dalam panggung. Letak pulak 5 jantan bajet gagah perkasa dalam poster, tiket memang boleh jadi laris.

Secara keseluruhan, filem KL Gangter ni menunjukkan realiti apa yang berlaku dekat kaum melayu zaman sekarang.

Langsi - Boleh dikatakan semua orang pon sama. Gua sendiri pon jenis cakap lepas, tak reti nak tapis-tapis. Jujur orang kataaa.. Kadang-kadang orang tuh sopan santun tapi bila naik darah, lagi terer dia maki-maki mencarut-carut.

Tikam belakang - Adik beradik ka, ada jasa ka, tarak jasa ka, ada budi ka, dia peduli apa. Janji dia dapat apa yang dia nak.

Makan suap - Tarak suap, kerja tarak jalan maa. Kalau dalam bisnes, nak pulak jenis deal kontrak besar-besar, kalau tak ada adegan suap-menyuap, itu bukan bisnes namanya. Kalau tidak, BPR tak akan jadi SPRM dan rasuah tak akan jadi isu yang diperkatakan oleh pembesar-pembesar negara.

Tamak & gila kuasa - Bagi betis nak paha. Bagi paha nak punggung. Damn it. Sikit-sikit tarak cukup. Kufur nikmat ini worang.

Di pengakhiran cerita, King kena bunuh dengan Shark. Shark pulak kena bunuh dengan Dragon. Bila satu puak dah jahanam, maka satu lagi puak akan mendapat untung. Dalam cerita ni, Dragon la yang paling untung dan dia cina. Nampak dak perangai melayu ni la yang sebenarnya memberikan manfaat kepada cina. Sebab tuh cina kaya. Kehkehkeh.
Orang Akaun Web Developer

No comments:

Post a Comment