Masalah Yang Payah Nak Selesai


Sebenarnya, merokok ni pada mulanya adalah aktiviti yang diklasifikasikan sebagai ingin mencuba.

Kemudian, ianya menjadi sebuah tabiat bila mana kekerapan merokok itu menjadi aktiviti rutin.

Selanjutnya, bila tabiat itu berterusan, merokok ni seterusnya menjadi satu masalah. Sebuah masalah yang susah nak diselesaikan. Sebuah masalah bukan saja kepada diri sendiri, tapi jugak kepada orang sekeliling, terutama sekali bini.

Malangnya, nak stop merokok ni bukan main payah lagi.

Semuanya dari diri kita sendiri. Kalau kita nak berhenti, kita akan berhenti. Tuh orang kata. Kata orang la. Depa tak tau yang nak membebaskan diri dari masalah merokok ni payahnya macam haram jadah.

Tu la.. Dulu masa muda remaja gatal nak try. Sekarang sapa yang susah???

Aku harap satu hari nanti aku akan berjaya berhenti. Semoga aku berjaya sebelum mati.


Orang Akaun Web Developer

Buruh Paksa


Hari ni mandi peluh kat opis. Ada restructure. Penat nak mampoih angkat barang ke sana sini. Gila!

Orang Akaun Web Developer

Income Adsense Mula Berkumandang




Tadi aku bukak akaun adsense. Saja nak tengok la. Nampak dah ada earning dah. Kembang kempis jugak la bontot aku tadi. Hati berbunga-bunga.

Berdasarkan pengamatan aku tadi, income datang daripada text ads, dalam post. Yang kat sidebar tuh yang top ja ada earning. Tuh pon sikit. Yang kat sidebar bahagian bawah langsung tak bagi hasil.

Maka aku pon tweak la sikit. Buang ads kat sidebar bawah. Ganti dengan large rectangle kat bawah post title. Tengok la nanti macam mana dia punya blah.

Anyway, tak sia-sia jugak la aku mengharap. Kalau nak dibandingkan dengan nuffnang, tunggu setengah tahun baru dapat dua kupang. Choih!
Orang Akaun Web Developer

Seluar Slack Saiz 34


Rentetan kepada isu keketatan seluar yang aku alami, untuk menyelesaikan masalah, minggu lepas aku beli seluar slack baru. Seluar kerja. Bukan sehelai, tapi dua terus.

Ceritanya macam ni, minggu lepas, lepas balik dari Klang, aku singgah kat Paradigm Mall. Adik ipar aku nak beli T-shirt hitam untuk lapor diri kerja pertama dia. Disebabkan malas jalan, masuklah kami ke kedai Brands Outlet. Tengok punya tengok, ternampak offee seluar slack 2 helai RM100.

Oleh kerana harga dia boleh tahan murah, aku pon luangkan sedikit masa untuk membelek. Bila tengok cutting dia slim fit, makin berminat la aku nak beli.

Pilih punya pilih, 5 helai aku bawak masuk fitting room. Dengan orang rumah aku jadi consultant fesyen, tinggal saiz 34 ja yang boleh dibeli. 32 ketat. 33 ngam-ngan takut tak tahan lama. 34 ja yang elok pakai. Maka beli la aku seluar slack saiz 34 2 helai pada harga RM100.

Dipendekkan cerita, kaki dah potong dan hari ni hari pertama aku pakai. Rasanya lain macam punya selesa. Rasa lega sebab sebelum ni aku tersiksa azab.

Tadi aku save as draft. Sekarang ni aku dah tak tau nak sambung macam mana. Nanti pulak la aku cerita lagi. Hahaha.

Orang Akaun Web Developer

Inai Kahwin


Diam tak diam, dah 4 bulan setengah aku menikah. Dah dua bulan lebih kurang jugak inai ni melekat kat jari. Sampai ke hari ni tak hilang abeh lagi inai ni. Tah bila nak hilang tah la. Kalau tak silap perkiraan aku, dalam sebulan lagi hilang abeh la kot.

Sebenarnya, masa mula-mula nak kena pakai inai ni, segan-segan jugak aku rasa. Tapi bila lepas kenduri, rasa syok pulak. Rasa bangga pulak bila tengok para awek-awek buat muka kecewa bila tengok jari aku merah pakai inai.

Kehkehkeh...


Orang Akaun Web Developer

Google Adsense Application Dah Approved


Baru-baru ini, untuk kesekian kalinya aku mencuba untuk apply google adsense. Sebenarnya, sebelum ni dah banyak kali aku try. Malangnya semua percubaan aku gagal.

Kalau tak silap aku, kali pertama aku apply masa tahun 2009 ka 2010 tah aku tak ingat. Pernah lepas 1st stage, letak ads code dan kemudian kena reject. Pernah jugak kena reject mentah-mentah.

Kadang-kadang, rasa bebal pon ada sampai aku cuba apply dengan company advertising yang lain. Tapi, macam celaka jugak rasa bila masing-masing bo layan.

Ada yang aku cuba ads yang tak ada requirement. Tak sedap hakikatnya. Ada yang keluar auto play video, ada yang pesyen pop up dan pop under. Benda-benda macam ni boleh membuatkan visitor benci dengan blog aku. Tanpa visitor siapalah blog. Baik tak ada income daripada hilang visitor.

Berbalik kepada cerita application aku hari tuh, aku saja ja cuba nasib, kalau-kalau ada rezeki. Disebabkan banyak e-mail yang aku dah pernah pakai, maka terpaksalah aku pakai e-mail formal aku. E-mail formal aku ni aku pakai untuk tujuan rasmi ja. Contohnya pakai apply kerja dan apply loan. Juga dipalai untuk kad kredit dan bil utilities. Bila diguna untuk tujuan ni, maka aku pon authorize la account ni, verify sms apa lembu la sebelum ni.

Tak lama lepas tuh, aku dapat e-mail mengatakan akaun adsense aku dah approved. Welcome to adsense kata dia. Maka aku perlu pasang code dekat blog dan iklan kosong akan keluar, membazirkan space. Dah itu kehendaknya, aku turutkan saja.

Kata e-mail tuh lagi, kalau dah approved, aku akan dapat tengok live ads kat situ. Dekat dashboard pon ada remark merah yang account adsense aku masih lagi dalam evaluation stage.

Malam tadi, aku bukak PC dan online. Dah menjadi kebiasaan aku bukak blog aku tuh, kakuleter.com. Terkejut jugak aku bila aku nampak ads keluar dari celah-celah code adsense tuh. Macam tak percaya.

Pagi tadi aku bukak pulak dashboard adsense. Remark merah tuh dah tak ada. Akan tetapi, aku masih belum dapat apa-apa e-mail dari team adsense pasal status rasmi akaun aku ni

Merujuk kepada email sebelum ni, jika approve maka akan ada live ads, aku membuat kesimpulan bahawasanya application aku ni dah approved.

Untuk itu, aku harus bersyukur dan bergembira kerana apa yabg aku usahakan semakin membuahkan hasil. Walaupun aku tak sehandal otai-otai lain, walaupun makan tahun baru dapat, aku tetap rasa seronok.

Harapnya nanti aku dapat cash out earning adsense ni. Dapat cover duit minyak motor pon jadi la. At least ada reward jugak la usaha aku. Boleh jugak aku tunjuk dekat bini dan cakap "abang bukan buat kerja bangang". Kehkehkeh.

Orang Akaun Web Developer