Tall, Dark And Handsome


Gua ada minat mendalam terhadap graphic design. Acapkali gua teruja bila gua tengok design cantik-cantik tak masuk akal dekat internet. Dari situ gua mula memendam hasrat nak jadi terer dalam kerja-kerja design mendesign ni. Disebabkan orang sekeliling gua tak berkongsi minat yang sama, gua terpaksa belajar sendiri melalui online tutorial. Bidang design ni sangat-sangat luas. Macam-macam ada. Jangan harap la nak terer dalam sebulan melainkan orang tuh super duper genius. Gua ingat dah bertahun dok belajar tapi gua rasa gua baru capture part basic-basic. Haha. Dalam banyak-banyak elemen dalam graphic design, yang paling gua jatuh cinta adalah typography.

Nak dijadikan cerita, hari apa tah minggu lepas, gua mencari-cari typefaces untuk kerja-kerja design gua yang tak seberapa. Gua spesifikkan carian gua kepada big and bold headline font. Cari punya cari, klik punya klik, sampailah gua kepada satu font ni. Tall, Dark And Handsome. Melihatkan beliau, gua terus rasa suka. Tanpa melengahkan masa, gua download, extract dan copy ke font dekat control panel tuh. Tall, Dark And Handsome ni sekarang secara automatik dah tergolong dalam font favorite gua selain Bebas dan Airstream.

Bercakap pasal Tall, Dark And Handsome, gua terkenang kata-kata lecturer Akaun Awalan gua masa gua 1st year kat universiti dulu. Masa tuh awal tahun 2007 kalau tak silap gua. Macam biasa, bosan-bosan mengajar lecturer mesti nak selit cerita-cerita lain sama dalam kelas. Nak pulak dapat student macam gua, mesti la nak cuba tarik minat. Masa tuh lecturer gua cakap, perempuan zaman sekarang suka lelaki yang tall, dark and handsome.

Katanya, spesis lelaki macam ni lebih dependent. Boleh dibuat pergantungan oleh kaum hawa, nampak jantan la senang cakap. Perempuan sukakan lelaki yang lebih tinggi dari depa, itu normal. Kalau laki tuh katik, bila perempuan tuh jalan dengan laki tuh, akan kelihatan janggal. Bercakap pasal dark pulak, perempuan kebanyakkannya sukakan lelaki yang berkulit gelap. Kalau berkulit cerah, nampak jambu sangat. Nak pulak yang bibir merah menyala, lagi la tak boleh blah. Macam gayboy pon ada. Hahaha. Handsome? Ini combo la senang cakap. Ada handsome, saham mencanak-canak la naik.

Tapi orang kata, cinta itu buta. Bila dah buta, tak nampak apa dah. Jodoh pertemuan ditangan tuhan orang tua-tua cakap. Kalau dah jodoh, jangan kata katik, kerdil macam dwarf pon dapat kawin jugak. Silap-silap dengan pompuan yang super duper hot. KehKeh..

Memetik istilah Tall, Dark And Handsome tadi, gua ada pernah cuba relate-kan dengan diri gua. Tipu la kalau tak pernah. Hahaha. Tall, gua dah ada sebab ketinggian gua average tinggi dalam kategori kaum lelaki tapi tak ada la sampai macam galah tuh. Dark, dari kecik lagi gua dah ada sebab gua tak dengar cakap mak gua kecik-kecik dulu bila dia marah main panas. Masa baby dulu bukan main cerah lagi kulit gua. Dah macam baby iklan pampers gua tengok. Tapi part handsome tuh gua kurang pasti sebab benda ni subjektif. Susah nak diukur tapi kalau nak diikut dengan perasan gua, gua rasa gua ni hensem. Hahahahha.

Jadi kesimpulannya, gua adalah hensem. Hahahahaha....
Orang Akaun Web Developer

No comments:

Post a Comment