Petang
kelmarin, masa gua tengah on the way nak balik rumah dari opis, gua
ditayangkan satu pemandangan yang langsung gua tak duga nak tengok. Satu
pemandangan yang gua langsung tak pernah tengok sepanjang lebih 9 bulan
berulang-alik jalan yang sama. Masa gua lalu bawah jambatan tempat gua
berteduh hujan sehari sebelum tuh, gua ternampak kelibat seorang pejalan
kaki yang pelik dari orang kebanyakan. Semakin gua mendekati lelaki
tuh, semakin pelik gua rasa. Dia berjalan sebelah highway tuh sambil
bertelanjang bulat. Secara terang-terangan semua orang boleh nampak
belalai gajah tuh berjuntai berayunan kekiri dan kekanan. Gua macam tak
percaya dengan apa yang gua nampak. Tak senonoh betoi perangai. Nak
muntah pulak gua. Dajei!
Gua
syak yang dia tuh tak berapa nak siuman. Kalau tak gila, takkan la dia
nak buat perangai macam tuh sebelah highway. Kalau dekat nude beach di
negara kapir sana boleh diterima akal lagi. Bila difikirkan semula, gua
jadi kesian pulak dekat kaum-kaum perempuan yang lalu jalan yang sama.
Kompom terbeliak mata, meloya tekak dan hilang kosentrasi terhadap
pemanduan. Risiko mati eksiden boleh meningkat berkali-kali ganda.
Sedikit
nasihat untuk kaum hawa. Apabila anda mengalami situasi sebegini, sila
tetapkan mindset anda sebagai "eeewwww grossss" dan kekalkan kosentrasi
anda terhadap pemanduan. Elakkan memandang untuk kali kedua dan juga
elakkan untuk menggunakan imaginasi anda mengenai belalai gajah itu at
least sehingga sampai rumah.
Kehkehkeh.
No comments:
Post a Comment