E-Mail 1 Malaysia. De Fakk??
Rakyat
Malaysia sekali lagi digemparkan dengan idea tak berapa nak bijak
daripada kerajaan, email 1Malaysia untuk seluruh rakyat Malaysia. Projek
email ini akan menelan duit rakyat sebanyak RM 50 juta. Tak berapa lama
hari tuh, @najibrazak sembang pasal nak buat Menara Warisan tapi
sebahagian besar rakyat Malaysia boikot. Pasal Menara Warisan ni gua tak
mau sembang panjang pasal at certain point I agree with it but at
certain point I don't. Berbalik kepada projek email mega kerajaan ni,
macam biasa, ianya diboikot lebih-lebih lagi oleh kalangan rakyat celik
IT dan kali ni gua bangkang 100% kerajaan buat benda alah ni.
PUTRAJAYA, April 19 — Malaysians aged 18 and above will be given a secure 1 Malaysia email account for official purposes, said Prime Minister Datuk Seri Najib Razak today. SUMBER
Nampak
macam kerajaan tengah berusaha keras menuju ke arah IT, ICT and
whatsoever. Niat kerajaan tuh nampak mulia tapi perlaksanaan semestinya
dipersoalkan. Bila nak beremail, internet sudah semestinya diperlukan.
Kita bukak balik kitab sejarah internet Malaysia, berapa ramai rakyat
Malaysia yang ada akses internet dan berapa bagus kualiti internet
Malaysia ni? Dan kalau nak dibandingkan dengan negara luar, gua rasa
rate internet tempatan ni harganya bukan kepalang kalau nak dibandingkan
dengan servis yang tak setara mana. Tak ada internet, tak ada la email.
It's simple! Baiki mutu internet, turunkan harga supaya semua mampu,
pacak tiang kabel TM supaya sampai ke setiap rumah termasuk rumah
kampung kawasan pedalaman, then only you can talk about the "E" stuff.
Gua
dah hidup dalam dunia ni lebih kurang 24 tahun, secara tak langsung gua
juga dah menjadi rakyat Malaysia selama 24 tahun. Dalam tempoh ini,
cuma beberapa kali saja gua berurusan rasmi dengan mana-mana badan
kerajaan melalui email. Malangnya, tahap keefektifan email dalam
kerajaan adalah amat mendukacitakan. Daripada menunggu email yang tak
berbalas, gua selalunya akan cuba berhubung melalui telefon. Ibarat
jatuh ditimpa tangga, kena call 5,6 orang dulu baru boleh dapat pegawai
yang berkaitan. Birokrasi! Tapi part email dengan Lembaga Zakat Selangor
memang gua puji. Depa punya efektif sangat terbaik.
The email account will allow direct and secure communication between citizens and the government, and is part of a new one-stop web portal for government services. SUMBER
Persetankan
pasal birokrasi, kita berbalik kepada soal email. Direct and secure?
Gua tak rasa macam tuh dan gua percaya bahawasanya kebanyakan rakyat
Malaysia juga tak percaya. Bila kerajaan yang buat, of course benda ni
akan dibuat untuk berpihak kepada kerajaan. Pian Ka Liao dari Malaysian Today
mempersoalkan mengenai keselamatan email 1Malaysia ni dan gua sebulat
suara setuju dengan penulisan dia. Lagipun, website government sedia ada
ni pon selalu kena hack, lagi nak cakap pasal secure. Gila!
Stop
being an opposition sangat. Think positive. Jangan dok hentam kerajaan
sangat. Okeh, sekarang kita tengok soal 'kerajaan dan internet' secara
indipendent. Lupakan pasal kerajaan vs pembangkang buat sementara waktu.
Cuba bukak mana-mana laman web kerajaan sekarang. Cuba cakap laman web
kerajaan yang mana page load dia laju? Cuba cakap laman web kerajaan
yang mana user friendly, tak payah nak kecik-besar kecik-besar mata nak
cari apa yang kita nak. Cuba cakap laman web kerajaan yang mana tak ada
bling-bling 'baru','new' segala semua tuh. Cuba cakap laman web kerajaan
yang mana content dia disusun rapi. Sama macam berurusan face to face,
pakai website pon nak kena klik berpuluh kali baru nak dapat apa yang
kita nak. Dalam website pon nak ada birokrasi. What the hell?
Daripada
kerajaan buang RM 50 juta tuh ke projek yang sia-sia macam ni, baik
guna duit tuh untuk improve web service sedia ada. Perkemaskan yang ada,
bagi mantap baru la orang tak kata kot belakang. Tingkatkan useability
website sedia ada, bagi se-simple mungkin, lajukan page load, respond
email orang cepat, bagi service mantap, utamakan kepuasan pengguna. Bagi
ada semua ni dulu baru la bukak langkah besar sikit. Internet kat
Malaysia ni bukannya bagus sangat, kena pulak bukak web lembab, memang
menyulitkan orang la.
RM
50 juta is a very huge figure. Boleh buat macam-macam. Kos nak develop
and maintain tuh bukannya sampai 50 juta pon. Kebanyakan masuk poket
orang tertentu dan selebihnya akan digunakan untuk promosi. Macam
promosi MYEG, bukan main lagi depa iklan dekat Astro masa game bola EPL.
Tah berapa banyak la habis kat situ. Promosi tak padan dengan service
yang diberi. Gua ada member buat road tax dekat MYEG tuh. Daripada road
tax sedia ada ni hidup sampai la mati, road tax baru tak sampai-sampai
lagi. Bila member gua kontek pegawai MYEG tuh, dengan steady dia cakap
rekod tak ada padahal member gua dah siap bayar lagi. Apa ni? service
yang sedia ada pon macam haram, lagi nak tambah service yang merepek?
Facebook 1M Malaysians who don't want Najib's 1 Malaysia email
dah dapat 21k likes. Pagi tadi gua tengok baru 17k. 1k naik dalam masa
tak sampai sejam. Not bad. Bukak pulak twitter. Try search
#1Malaysiaemail tengok sikit betapa tak setujunya rakyat pasal usul
bangang ni.
Percaya
atau tidak tak lama lagi email 1Malaysia ni akan menjadi "Cakap-Cakap
Kotey" semata-mata. Akan dijadikan bahan oleh pembangkang nak bantai
kerajaan. Akan dijadikan pertimbangan untuk rakyat pangkah parti bukan
kerajaan. Kononya nak bergerak kearah kemodenan IT, tapiii....
No comments:
Post a Comment