Tak
lama dulu, gelombang ombak besar melanda kawasan pinggir pantai
Malaysia. Rakyat jelata yang tak pernah tengok tsunami dengan mata
kepala sendiri bukan main teruja lagi terpacak dekat tepi pantai.
Beberapa minit kemudian, masing-masing mula membuka langkah seribu,
bertempiran lari cuba selamatkan diri. Beberapa minit lepas tuh, semua
orang tepuk dahi, terduduk tak boleh nak bangun melihatkan hasil kerja
ombak besar yang diberi nama tsunami. Satu Malaya kecoh.
Kampung
gua jauh dari persisiran pantai. Paling cepat nak sampai pantai, 20
minit berkereta. So, gua dan family gua terselamat. Meskipun terselamat,
bahang dan tempias tetap terasa. Paling perit sekali nak hadap bila
mana sambutan tahun baru dibatalkan. Semangat berkobar-kobar gua nak
celebrate new year sambil tengok bunga api hancur musnah sama sekali.
Masa tuh gua masih muda remaja lagi. Kepala otak tak berapa nak waras
bila berfikir.
Pembangunan
semula ambil masa banyak tahun walaupun macam-macam pihak hulur
bantuan, tak kira kerajaan atau konglomerat swasta. Tapi itu cuma anak
ombak ja yang mendarat kat Malaysia.
Tanggal
11 Mac 2011, dunia lagi sekali dikejutkan dengan kemunculan semula
ombak bersaiz besar yang digelar tsunami. Tapi kali ini, negara
kelahiran Ultraman, Doraemon, Shin Chan dan Flashman yang menjadi
mangsa. Gempa bumi pada 8.9 skala richter menghasilkan ombak setinggi 10
meter dan memusnahkan apa saja yang berada di haluannya. Negara ninja
yang maju ni secara tak langsung dah berganjak lebih kurang 4 meter
mendekati negara yang mempopularkan Chuck Norris, Amerika Syarikat.
Walaupun
secanggih mana pon teknologi yang Jepun ada, ombak gergasi macam tuh
tetap depa tak boleh lawan. Walau segagah mana pon Ultraman depa ada,
lampu merah dekat dada tetap akan menyala. Cuma sekarang yang boleh kita
buat, bantu dari jauh. Google ada buat page Crisis Response
untuk bencana tsunami. Bagi yang nak menderma, boleh pergi kesana. Bagi
yang nak baca berita terbaru, pon boleh pergi dekat sana.
Kesannya,
satu dunia akan terasa. Lembab ekonomi Jepun, tempias akan terasa
kepada ekonomi dunia. Gua selaku orang akaun agak sensitif dengan
ekonomi yang lembab-lembab macam ni. Tak suka tauu..aww.. Nanti bila
lapang gua tulis perkaitan tsunami Jepun dengan perihal ekonomi duniawi.
No comments:
Post a Comment