Apabila Khatib Membaca Khutbah


Hadirin Jumaat yang dirahmati sekalian, apabila khatib membaca khutbah, janganlah kamu berkata-kata kerana berkata-kata itu boleh mengurangkan pahala Jumaat kamu.
Ayat ni, tiap-tiap kali gua pergi sembahyang jumaat gua mesti dengar dari corong-corong speaker. Mesti punya. Tak pernah miss orang tuh ulang dari gua kecil sampai gua besar. Kalau gua pergi sembahyang tapi tak dengar, itu maknanya gua dah lambat.

Masa gua kecil dulu, kehadiran gua ke masjid waktu sembahyang jumaat berada pada paras yang harus dipuji. Tak miss sama lari dengan khatib baca khutbah. Tapi masa kecil dulu, misi gua bukan nak sembahyang sangat. Tapi nak rembat pisang atau apa saja kuih muih yang disajikan untuk jemaah. Itu belum kira sirap limau atau oren bancuh lagi.

Masa gua kecil dulu, sembahyang jumaat adalah aktiviti yang menyeronokkan. Sebab itu gua selalu datang awal ke masjid. Sebelum masuk masjid, sembang-sembang dengan kawan-kawan. Lepas tuh naik cari port dan acara sembang-menyembang terus berjalan. Sekali sekala orang besar-besar tegur suruh diam. Selaku budak kecil yang taat, kami ikut. Tapi tak lama lepas tuh suasana jadi riuh balik.

Masa gua kecil dulu, gua buas. Tapi itu dulu, masa gua belum berkhatan, masa gua belum akhil baligh, masa orang kata kalau gua mati gua akan straight masuk syurga.

Lepas gua berkhatan, lepas gua bersunat, aktiviti riuh rendah dalam masjid berjaya dikurangkan. Masa ni, gua dah pandai lepak atas seat moto orang masa khatib baca khutbah. Bila iqamat baru gua naik masjid untuk sembahyang. Kadang-kadang langsung tak ke masjid. Keluar rumah pakai baju melayu, singgah beli laksa lima kupang dan terus shoot ke sungai. Itu jam sungai macam fun fair bukan main meriah lagi dengan kaum-kaum gua.

Semakin umur gua meningkat, semakin gua tak buat riuh rendah dalam masjid. Dah semakin matang orang kata, kepala otak pon dah boleh fikir baik buruk. Tapi malangnya, lokasi gua semakin menjauhi masjid. Datang lepak bawah pokok dengan kawan-kawan sebaya. Semakin gua membesar, semakin gua berubah jadi lebih baik sikit. Tapi itu pon kadang-kadang.

Biasa la manusia. Kadang-kadang kita lupa. Kadang-kadang kita alpa. Kadang-kadang kita uzur. Kadang-kadang kita malas. Kadang-kadang kita bermusafir. Kadang-kadang kita ada perkara yang lebih penting untuk diselesaikan dan ponteng jumaat sebab sembahyang jumaat ni fardhu kifayah.

Kadang-kadang yang selebihnya, kalau gua tak ke masjid, maknanya gua kena rasuk syaiton nirrojimm. Bila dah kena rasuk, gua pon apa lagi kalau bukan menyetan. Setan mana pergi masjid. Kehkehkeh.

Tapi sekarang gua dah besar.Besar panjang. Gua dah lain gua rasa. Rasa gua la.
Orang Akaun Web Developer

No comments:

Post a Comment