Selaku
seorang champion makan ubat yang agak berjaya, saya perlu menguruskan
para ubat-ubatan saya dengan sebaiknya. Untuk itu, saya membuat
keputusan membeli pill organizer box seperti yang tertera dalam gambar
diatas. Itu pun atas saranan orang klinik kesihatan. Kalau tak, mungkin
saya masih lagi menggunakan kaedah tradisional makan ubat dari dalam
plastik ubat yang disegani masyarakat itu.
Ahad lepas (11 Dec
2011) saya pergi ke Sunway Piramid dengan Orang Dana jalan-jalan makan
angin tengok-tengok wayang. Sambil berjalan-jalan, kami mencari-cari 7
Days Pill Organizer ini. Watson kami selongkar, Guardian kami geledah,
Giant pun kami terjah. Setelah dianalisa cost-benefit, kami membuat
keputusan untuk membeli di Guardian. Harganya tak sampai 12 ringgit pun
untuk dua 7 Days Pill Organizer saiz medium.
Isnin lepas (12
December 2011) adalah merupakan hari ke 75 saya memakan ubat. Itu
bermakna, dah dua bulan setengah dah. Sekarang tinggal tiga bulan
setengah ja lagi.
Pagi ini (13 December 2011), saya ke klinik
kesihatan untuk refill stok ubat saya selama lagi dua minggu punya stok.
Kotak 7 Days Pill Organizer saya dah penuh. Saya berasa sungguh
bahagia. Hahahaha.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment