Blook Sperma Cinta @akulinglung Sudah Sampai


Hari tuh, masa gua dok berleter dekat Twitter kata gua nak memupuk dan menanam sifat rajin membaca buku dalam diri, gua tak main-main. Bila gua tak main-main, maknanya gua bersungguh-sungguh. Bila gua bersungguh-sungguh, gua akan usahakan sampai gua dapat. Bila gua dapat, gua rasa puas hati. Bila gua puas hati, gua rasa seronok. Bila gua seronok, gua rasa best. Bila gua rasa best, gua tak tahu macam mana nak describe perasaan ni. Tak terucap dengan kata-kata.

Sebenarnya, gua dah lama nak beli blook ni. Tapi keadaan sistem kewangan gua bulan lepas sedikit goyah. Maka gua tangguh niat gua sampai semalam, 31 May 2011. Semalam gua buat payment dekat dua akaun maybank2u, gua nak beli dua bijik blook. Pertama, Sperma Cinta penulisan @akulinglung. Kedua, Cewah penulisan @pipiyapong. Tak lama lepas gua email bukti pembayaran, gua dapat reply dari @akulinglung. Dia kata dia nak COD by hand sebab area opis gua berada dalam kawasan jajahan beliau. Makanya, gua mengiakan saja.

Lebih kurang pukul 12.38 tadi bertarikh 1 Jun 2011 waktu tempatan, gua dapat call daripada strangers. Selepas gua membuat analisis berprasangka selama kira-kira 4 saat, gua mendapati bahawasanya mamat @akulinglung ni yang call. Ini bermakna, blook Sperma Cinta cuma berada pada jarak tak sampai 100 tapak daripada lokasi gua berada. Gua bergegas turun opis dan menghala kearah beliau. Lepas bersalam, Sperma Cinta bertukar tangan. Sembang tak banyak, biasalah gua ni kan pemalu. Kehkehkeh.

Menilai daripada luaran, gua dapat simpulkan bahawasanya @akulinglung ni berseni orangnya. Spek RayBan hitam ditambah pulak dengan jambang yang tak berapa nak dicukur kemas memantapkan teori gua. Menilai daripada dalaman, bab customer service harus dipuji tapi bab isi blook tuh gua rasa masanya belum tiba. Bagi gua baca habis dulu Sperma Cinta ni. Nanti lapang-lapang gua buat review. Tunggu!

P/S : Gua masih menunggu reply email daripada sindiket sol-jah pasal blook cewah. Tak sabar rasanya. Nak pulak bila duit dah bayar. Kehkehkeh.

Kalau nak beli Sperma Cinta klik SINI

Kalau nak beli Cewah klik SINI
Orang Akaun Web Developer

No comments:

Post a Comment