Boss
are always right adalah satu fahaman yang telah diterapkan secara
turun-temurun dan dijadikan sebagai mindset untuk setiap pekerja. Untuk
sesetengah orang, boss are always right adalah satu pegangan. Mereka
percaya bahawasanya boss yang mereka miliki adalah seorang yang
berkredibiliti, berkaliber, berdedikasi dan segala jenis ber lagi.
Hakikatnya, kebanyakan golongan pekerja terpedaya dan taksub dengan
status boss itu sendiri.
Menjadi
boss adalah seronok. Semua orang teringin nak menjadi boss. Ini kerana
apa yang boss cakap akan dituruti oleh anak buah. Kebanyakan daripadanya
adalah secara membuta tuli tanpa timbul sebarang keraguan kerana
kepercayaan penuh yang diberikan kepada boss dek kerana ber yang
macam-macam ber kat atas.
Menjadi
pengurus adalah mudah tapi nak menjadi pemimpin bukannya senang.
Seorang boss yang bagus mestilah merupakan individu yang memiliki
sifat-sifat seorang pengurus dan pemimpin. Setiap tindak tanduk atau
keputusan yang dibuat hendaklah mengambil kira kesan dan akibat untuk
masa semasa dan masa akan datang.
Seorang
boss yang bagus juga tak boleh bersifat self-centered. Kebanyakan
perniagaan yang diusahakan oleh orang melayu musnah adalah berpunca
daripada sifat keji ini. Perniagaan dan personal adalah dua entiti yang
berbeza. Boss yang kurang bagus akan mencampur adukkan perniagaan dengan
personal. Memanglah pada dasarnya perniagaan itu dimiliki oleh boss itu
tetapi adalah penting untuk membezakan dan mengasingkan antara
perniagaan dan hal peribadi boss.
Berpunca
daripada sifat self-centered, boss yang kurang bagus ini akan
mengeksploitasi wang milik syarikat untuk kegunaan peribadinya. Lebih
kurang bagus jika pekerja yang dibayar gaji untuk bekerja dengan
syarikat perlu menyediakan bayaran untuk bil api, air telefon dan segala
macam bil peribadi boss. Lebih teruk lagi jika boss cuma pandai memberi
arahan untuk membuat pembayaran (transaksi syarikat atau peribadi)
tanpa mengambil kira projection cash flow atau pendapat orang akaun.
Kesannya,
boss tak akan rasa. Tetapi tekanan hanya akan dirasai oleh orang akaun
atau orang yang menjaga kewangan syarikat. Orang-orang akaun yang akan
sengsara untuk menyediakan allocation untuk pembayaran seterusnya.
Keadaan akan menjadi buruk jika pembayaran tidak dibuat, barang tidak
dapat dibeli dan kelangsungan projek akan terganggu. Sedangkan pada
awalnya alocation untuk semua itu telah dibuat dengan cemerlang, oleh
kerana boss are always right, segalanya jahanam pada akhirnya. Boss
maintain relax, anak buah serabut kepala.
Boss
are always right bagi gua secara peribadi adalah satu pegangan yang
mengarut. Jujurnya, gua tak pernah percaya yang boss are always right.
Apa yang betul adalah betul dan apa yang salah adalah salah. Jika arahan
diberikan oleh boss, tak bermakna semuanya adalah betul dan tak
bermakna orang bawah tak boleh persoalkan. Kadang-kadang, cakap orang
bawah, boss kena dengar jugak sebab kadang-kadang, boss lagi bodoh dari
orang bawah.
Boss
are always right bukan satu alasan yang baik untuk gua hormat kepada
boss gua. Boss yang deserve penghormatan daripada gua, dia akan dapat.
Bagi yang tak layak, jangan mimpi gua nak hormat. Memang gua makan gaji
dengan dia tapi hormat gua tak mungkin dapat dijual beli.
Kata
orang (Cewah Blook), anak muda ini datang dengan dreams. Orang tua pula
punyai vision. Jika kedua-dua dreams dan vision ini bersatu, hasilnya
sangat tidak terduga bagusnya. Gua punya dreams. Boss gua punya vision.
Gua rasa dreams gua dan vision boss gua tak mungkin akan bersatu. Gua
kena cari boss baru.
No comments:
Post a Comment