Masa kat atas opis petang tadi, gua dah nampak kereta berderet dekat
church sebelah LDP tuh. Tapi gua tak berprasangka apa-apa la sebab
bukannya pelik sangat bila kereta banyak-banyak ni.
Pukul 7 lebih,
gua turun dari opis. Agak awal kalau menengok waktu gua masuk pagi tadi
dah 10 lebih. Disebabkan gua kemalasan nak buat kerja, tambah pulak
rokok dah habis, gua turun awal.
Gua pon tutup lampu, air-cond
semua, kunci pintu atas dan turun tangga. Sebaik saja gua bukak pintu
bawah, gua berasa begitu terkejut beruk sekali. Kereta banyak bukan
main. Baik dekat jalan dari LDP, mahupun dekat jalan dari belakang
church tuh. Ini situasi yang berada diluar norma-norma kehidupan.
Oleh
kerana terkejut beruk gua tak kekal lama, gua kembali kepada rutin gua.
Tarik shutter door turun dan kunci solex. Kemudian, gua bergerak ke
arah mapley yang berada lebih kurang selang 4 kedai dari pintu opis gua.
Lepas beli rokok, gua tanya aney tuh;
"Apa pasal jem?"
"aaa.." Aney tuh jawab sambil sengih-sengih.
Gua tenung dia sambil mengharapkan jawapan. Aney tuh kemudian sambung;
"Itu church raya..itu church belakang sana raya" Kata aney tuh.
Gua angguk dan beransur ke motor.
Malas gua nak layan aney tuh.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment