Alam
persekolahan gua bermula pada umur 6 tahun, Pra Sekolah. Waktu
mula-mula nak masuk sekolah, bukan main liat lagi gua. Mana taknya, nak
kena bangun awal tiap-tiap pagi. Macam-macam alasan gua bagi kat mak
ayah gua tapi haram satu pon tak valid. Bangun ja dari tidur gua akan
masuk jamban dulu. Hari tak sekolah, perut gua tak pernah nak meragam
pagi-pagi. Mak ayah gua terpaksa siapkan segala minyak untuk perut gua.
Tak cukup bam gamat, bam serai, tiger balm pon ada.
Tiap-tiap pagi mak gua
akan sediakan air panas untuk gua mandi. Alasan gua, air telaga sejuk
sangat. Hakikatnya memang sejuk sungguh. Selesai mandi, gua pastinya
akan mengenakan pakaian sekolah. Kasut Spark dua prakk tak lupa. Lepas
tuh, masa untuk mengadap breakfast. Teh O panas memang wajib ada atas
meja makan. Breakfast macam-macam mak gua buat tapi gua jarang makan
pagi melainkan kalau nasi lemak. Siap semua, ayah gua akan hantar ke sekolah naik motor honda cup c70.
Masa
pra sekolah, attitude gua cemerlang. Biasa la. Noob mana berani nak
tunjuk tocang. Takat berkelahi dengan kawan-kawan sekelas tuh biasa la
zaman budak-budak. Cikgu Che Som tenang ja melayan perangai budak baik
macam gua. Bila masuk sekolah rendah, bila dah ramai kawan, perangai gua
mula berubah.
Gua dah tak skema macam dulu lagi. Pantang cikgu tak ada, mula la nak
buat bising. Untung sabut gua terlepas tapi kalau untung batu, gua kena
denda. Cikgu Mahat dengan Cikgu Rahman ni garang depa bukan
calang-calang. Kalau kena cubit perut, mau seminggu terasa.
Masuk
sekolah menengah, kenakalan tuh makin menjadi-jadi. Gua dah pandai
ponteng masa ni. Cikgu masuk pintu depan, gua keluar pintu belakang.
Masa sekolah keluar pergi main counter strike dekat CC. Kelas cikgu
garang-garang ja gua tak berani nak ponteng macam kelas cikgu geografi.
Tingkatan 4, gua masuk maktab. Kebebasan dah tersekat. Nak fly susah
sebab keliling kebun getah. Kedai terdekat nak sampai pon boleh tercabut
lutut dulu. Disiplin terpupuk dalam diri tapi dalam pada tuh pon, denda
tak lekang jugak. Ketua warden sampai kenal nama gua dan masih ingat
nama gua masa gua pergi reunion beberapa tahun lepas habis sekolah.
Tamat
SPM, gua sambung dekat matrik. Kat sini, perangai ponteng gua menjadi
balik. Pantang sikit nak ponteng, sikit-sikit nak ponteng. Lecturer
department account tuh boleh kata kesemuanya kenal nama gua dengan lagi
dua orang partner in crime gua. Hujung sem ja, langsung tak masuk kelas.
Takat sebulan tak masuk kelas tuh, normal la. Surat amaran sampai ke
rumah. Gua kena ceramah sivik dengan mak. Mak gua ni super sensitif,
sikit-sikit air mata dia mesti nak mengalir. Rasa bersalah bukan
kepalang tapi tak lama lepas tuh gua buat balik. Kali ni, gua lebih
berhati-hati untuk elakkan surat amaran seterusnya.
Habis
matrik, gua masuk pulak universiti. Ponteng tetap ponteng tapi dah
berjaya dibendung. Cuma satu yang gua susah nak tinggal; lambat. Dalam
beratus-ratus student, muka gua adalah muka yang dicam oleh khalayak
ramai sebagai orang paling last masuk. Nampak macam budak jahat tapi
sebenarnya niat gua mulia. Masuk awal tapi dok bersembang bising-bising
tak guna jugak. Masuk awal tapi time lecturer mengajar menyembang dengan
orang sebelah tak guna jugak. Lambat-lambat gua, gua tak kacau
kosentrasi lecturer masa mengajar. Bagus gua ni sebenarnya.
Sejak
tahun 1993 sampai tahun 2010, entah berapa ramai tenaga pengajar dah
membuang keringat nak mengajar gua sampai gua jadi macam apa yang gua
jadi pada hari ni. Tak terkira dengan jari. Gua sendiri dah tak berapa
nak ingat apa nama cikgu-cikgu gua melainkan cikgu tuh sangat baik atau
dia pernah denda gua secara zalim. Nakal gua dihabuankan dengan denda,
disulamkan dengan ceramah kesedaran sivik. Memang gua bengang bila kena
denda dulu. Tapi sekarang bila difikirkan balik, gua rasa beruntung
sebab cikgu denda gua. Kalau tak kena denda, memang gua akan lingkup,
tak jadi manusia.
16
May, tarikh hari guru. Kalau dekat sekolah, akan ada acara perhimpunan,
menyanyi lagu macam biasa. Tapi waktu hari guru, cikgu pulak akan
menyanyi dekat budak-budak. Lagu kami warga pendidikan la apa lagi.
Lepas tuh, semua student kena beratur salam dengan cikgu sorang-sorang
sambil ucap selamat hari guru. Kalau bawak hadiah, masa tuh la nak bagi.
Sekarang,
gua dah habis belajar, dah kerja. Tak ada lagi acara-acara macam tuh.
Cuma yang ada, alternative channel untuk mengucapkan selamat hari guru.
Bagi gua, tak adil kalau gua sebut guru sebab lecturer pon guru jugak.
Rasanya lebih sesuai kalau gua guna pakai selamat hari pendidik.
Kepada
semua pendidik-pendidik dalam dunia, tak kira yang pernah mengajar gua
ataupun tak, yang tengah mengajar, yang dah pencen mengajar, yang baru
nak start mengajar, gua ucapkan SELAMAT HARI PENDIDIK.
Terima kasih pendidik semua. Tanpa kalian saya tak mungkin akan menjadi siapa saya sekarang. Jasa kalian tersangat besar. Saya tak mungkin mampu membalas jasa kalian semua. Hanya ucapan terima kasih sebagai galang ganti.
No comments:
Post a Comment