Bila aku tulis dekat blog, baru aku perasan tiap-tiap bulan aku ditimpa dugaan yang bukan calang-calang nak hadap.
Bulan
Julai - Masa ni aku nak keluarkan kereta dari kedai. Kerana kesilapan
si salesman yang tak baca agreement loan siang-siang, aku terduduk sebab
terpaksa mencari RM 2,000.00 dengan segera. Mujur dapat diselesaikan pada hari yang sama.
Bulan Ogos - Dugaan bulan Ramadhan.
Dekat-dekat nak raya, dengan bajet raya yang tak seberapa, motor
kesayangan aku buat hal. Bajet raya lari sebab terpaksa repair motor
tuh. RM 270.00 la jugak. Walaupun tak seberapa, tapi serius menjejaskan
bajet raya.
Bulan September - Dugaan bulan Syawal lagi brutal
rupanya. 18 September 2011 aku pergi buat medical check up dekat
Hospital Pakar Al Islam, Kampung Baru. Keputusan x-ray sangat
mengejutkan. Esoknya aku dirujuk ke Institut Perubatan Respiratori untuk
rawatan lanjut. Aku balik dengan MC 2 minggu dan stok ubat 2 minggu.
Start pada 19hb, bermulalah tempoh 6 bulan makan ubat tanpa skip.
Lepas satu, satu lagi. Hadap sajalah.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment