Makan-Makan - Cendol & Laksa Utara Jitra Mai


Gua adalah seorang penggemar laksa yang begitu menggemari laksa tanpa mengenal erti penat lelah. Kalau mak gua masak laksa kat rumah, biasanya gua tak akan makan dalam kapasiti biasa. Selalunya gua akan guna tupperware yang muat untuk isi laksa pada perkadaran 3 orang makan. Jarang gua nak ulang alik dari depan TV ke dapur nak topap dua tiga kali. Perihal kegemaran terhadap laksa ni gua syak ada kena mengena dengan arwah tok wan belah ayah gua. Ayah gua cakap, arwah ayah dia dulu adalah seorang pembuat laksa yang berjaya.

Laksa ada macam-macam spesis laksa. Ada laksa johor, laksa penang, laksa kedah dan laksa blablabla. Bagi gua, laksa ni sedapnya bukan pada nama tapi pada kuahnya. Kalau nama power tapi kuahnya cheroi, perginya tak berapa nak padu jugak. Harus gua tekankan kat sini yang gua adalah penggila laksa utara bukan laksa johor yang macam spagetthi kuah pekat tuh.

Sebagai seorang penggemar laksa, lama-lama sekali tentunya lidah akan meronta-ronta untuk menjamah laksa. Kalau hari-hari makan laksa, jemu jugak ye dok? Makanya, apabila lidah mengkehendaki laksa, maka anggota badan yang lain pastinya akan berkerja keras mencari laksa yang padu, jitu, sedap dan menggembirakan hati.

Bercerita tentang pencarian laksa, gua diperkenalkan dengan laksa utara jitra mai ni melalui pembacaan blog akulinglung.com. Katanya laksa kat sini sangat power dimakan bawah pokok sambil menikmati angin meniup sepoi-sepoi bahasa. Sejurus selepas pembacaan itu jugalah kepala otak gua berkata yang gua harus mencuba kerana kalau tak cuba kita tak try dan kalau tak try kita tak tahu.

Nak dipendekkan cerita, pada suatu hari yang gua tak ingat bila, gua dengan Orang Dana yang juga merupakan seorang penggemar laksa telah bersepakat untuk menjamah laksa utara jitra mai seperti yang tersebut. Maka, dari pinggiran KL gua pon merempit dengan Orang Dana dengan kriss biru cabok gua ke arah Kota Damansara. Oleh kerana betapa tak terernya gua jalan Kota Damansara, melilau jugaklah kami memusing mencari mana dia tempat makan laksa ni. Sampai satu tahap gua dah tak berapa percaya dengan signboard dan memaksa Orang Dana bukak GPS henset tengok peta.

Pusing-punya pusing, akhirnya berjumpalah kami dengan laksa utara jitra mai ni. Tak cakap banyak, gua terus order laksa 2 cendol 2 dan duduk dekat-dekat situ. Gua mendapati susana kat situ begitu nyaman sekali dimana orang kebanyakan menikmati laksa dibawah redup pokok sambil ditiup angin sepoi-sepoi bahasa.

Tak ada meja, cuma kerusi, pokok, dan khemah kecil serta sebijik motor EX5 3 roda yang beroperasi sebagai warung boleh rempit. Namun begitu, gua mendapati kerusinya tak berapa nak cukup oleh kerana banyaknya punggung-punggung yang bertenggek di atas kerusi-kerusi sedia ada. Ada yang datang naik kapcai, ada yang datang naik kereta buatan Malaysia macam Proton Saga FL dan ada jugak yang naik kereta import mahal macam BMW dan Porche. Terkesima jugak gua menengok perihal manusia yang bertandang kesitu.

Laksa yang dihidangkan kepada gua amatlah tidak mengecewakan sekali. Ya tuan-tuan dan puan-puan, ianya tidak mengecewakan malahan menggembirakan hati. Kuahnya begitu padu sekali ditambah dengan dedaun hijau pelbagai jenis menjadi pelengkap semangkuk laksa tuh. Entah apa spesis ikan dia pakai nak buat kuah gua pon tak tahu. Yang gua tahu, tangan gua tak henti-henti menyuap laksa masuk kemulut sampai habis. Sedar-sedar perut dah kenyang dek kerana kegemukan isi laksa utara jitra mai yang power ni.

Settle laksa, gua kona baring mengadap cendol pulak. Cendol brader ni tak kurang jugak padunya. Lemaknya santan dan lembutnya cendol menambahkan lagi seri cendol tersebut. Harus gua highlight kat sini yang pulut dalam cendol brader ni adalah antara yang terbanyak kalau nak dibandingkan dengan cendol-cendol kat tempat lain.

Sabtu lepas (15 Jan 2012), gua sekali lagi ke Kota Damansara semata-mata nak menghadap laksa ni dengan Orang Dana buat kali kedua. Kali ni gua datang naik kereta pulak sebab hidup gua dah upgrade sikit. Situasi yang sama berulang semula dimana gua melantak sampai habis tanpa menghiraukan keadaan sekeliling.

Dua mangkuk laksa, satu cendol biasa dan satu cendol pulut harganya cuma RM10.30 total. Harga ni gua kira adalah harga stended untuk orang-orang kebanyakan dan boleh dikatakan murah kalau nak dikira dengan status urban lagi bandar Kota Damansara. Gua tak pasti bila lagi gua akan pergi melantak laksa utara jitra mai ni tapi yang gua pasti, gua akan datang lagi.

Power, padu, jitu dan bermutu. Itulah dia Laksa Utara Jirta Mai.
Orang Akaun Web Developer

No comments:

Post a Comment