Macam yang gua war-warkan seorang diri dekat twitter malam
tadi, tengah hari tadi lepas pekena Nasi Briyani Gam Anje, gua pon
drive la ke South City Plaza, Serdang untuk Big Bad Wolf Aftermath Sale
ni. Sebenarnya gua tertarik dengan update FIXI dekat facebook yang mengatakan 4 buah novel keluaran FIXI akan dijual pada harga RM5.00 sahaja sebuah.
Matlamat
utama gua ke sana tak lain tak bukan nak borong novel PECAH, DENDAM dan
KOUGAR. KASINO gua dah ada. Bermodalkan RM 5.00, gua boleh dapat 3 buah
novel yang bernilai paling koman RM 50.00. Ini satu penjimatan yang
hebat.
Sesampainya
dekat sana, gua tengok semuanya buku-buku dan novel-novel bahasa
inggeris. Orang yang datang pulak boleh tahan ramai. Kebanyakannya bukan
berbangsa Melayu dan masing-masing memborong bukan main banyak buku.
Ada yang bawak dalam beg, ada yang bawak troli, ada yang isi dalam
kotak. Gua tak pasti sama ada derang ni betul-betul kaki buku, atau
terdorong dengan nafsu, atau memang pesyen suka beli buku buat hiasan
rumah.
Gua
memang tak minat nak baca buku-buku dan novel bahasa inggeris ni.
Sebabnya otak gua susah nak hadam dan terjemah hasil pembacaan. Bila
susah, proses akan menjadi lambat. Bila lambat, mata cepat mengantuk.
Bila mata cepat mengantuk, pembacaan tertangguh. Bila pembacaan
tertangguh, buku itu akan jadi hiasan semata-mata.
Untuk
mengelakkan perkara tak diingini tu berlaku, gua kosentret pencarian
kepada buku FIXI semata-mata. Yang lain-lain cuma dijadikan halwa mata,
tangkap gambar sekali sekala. Beratus ribu buku dijual. Daripada buku
kanak-kanak, komik, mangga, novel, biografi, yellow book for dummies dan
macam-macam lagi. Malangnya buku FIXI gagal ditemui.
Hampir give
up dan terpaksa pulang dengan tangan kosong, gua teringat conversation
dekat facebook semalam. Sejurus kemudian gua pon bukak la facebook.
Katanya buku FIXI diletak dekat dengan segmen young adult. Gua pon
meneruskan pencarian dengan penuh pengharapan.
Banyak juga masa
terbazir dan akhirnya gua jumpa jugak. Yang tak bestnya, tinggal PECAH
dan KASINO sahaja. DENDAM dan KOUGAR tak ada stok dah. KASINO pulak gua
dah beli dulu dekat MPH Alamanda. Maknanya, gua akan pulang dengan PECAH
semata-mata.
Tak
berputus asa lagi, gua meronda-ronda keliling kawasan mencuba nasib
mencari lagi. Kononnya ada yang tak jadi beli dan tinggal DENDAM dan
KOUGAR merata-rata. Hasilnya, hampa. Maka gua pon bergerak ke cashier,
bayar RM5 dan pulang dengan PECAH dan 3 keping kupon tak kupon pamplet
tak pamplet tuh.
At least ada la jugak yang dapat gua bawak balik
rumah walaupun agak kecewa. Bagi yang berminat dengan buku-buku
macam-macam jenis, esok ada sehari lagi. Silakan memborong buku kesukaan
anda di South City Plaza, Ground Floor. Semoga berhasil!
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment