Gua nak mengeluh sikit malam ni. Nak kurangkan sikit beban gua ni..
Dua
bulan lepas gua disahkan mengidap satu penyakit. Gua dikehendaki makan
ubat setiap hari selama 6 bulan tanpa miss walaupun sehari. Appointment
dengan doktor setiap bulan dan top-up ubat setiap 2 minggu. Lepas tempoh
6 bulan tuh, gua masih kena pergi follow up check up setiap 3 bulan
selama setahun. Batuk dua bulan lebih sebelum tuh dah hilang lepas
rawatan bermula. Berat pon dah makin bertambah lepas susut 10kg. Tapi
still dalam proses recovery.
Badan gua sekarang dah kondem. Antibodi lemah. Sikit-sikit nak demam. Sikit-sikit selesema. Sikit-sikit rasa lemah badan.
15
November 2011 - Gua kena himpit dengan seorang India masa balik kerja
dekat-dekat dengan tol Sungai Besi. Gaya macam dia nak balas balik kena
himpit dengan gua sebelum tuh tapi sumpah gua tak perasan langsung bila
masa gua himpit dia. 5-6 kali jugak dia buat. Gua buat bodo ja. Ikutkan
hati, nak ja gua tendang moto dia.
Company tak ada duit. Hari-hari
supplier telefon gua mintak hutang. Hari-hari jugak gua temberang. Hari
gua MC pon depa call jugak. Celaka betoi mana depa dapat nombor henset
gua tah. Gua jaga account company tuh stand alone. Tak ada orang lain
yang gua boleh tala melainkan menanggung sendirian.
Company tak
ada duit. Awal bulan depan, ada LIMA airshow dekat Langkawi sana.
Company gua akan bukak booth dekat sana. Tapak saja 67k. Booth pulak
44k. Belum masuk lain-lain. Costing keseluruhan 200k+. Gua pening. Tak
berapa hari lagi tapi banyak payment masih pending. Tah macam mana nak
bayar gua pon tak tau.
Company tak ada duit. Biasanya, bila sampai
15hb gua akan bising-bising suruh semua orang submit claim sebab gua
nak prepare payroll. Tapi bulan ni, gua rasa macam tak ada mood nak buat
gaji. Langsung. Tah mana gua nak korek duit gaji gua pon tak tau. Claim
bulan lepas pon tak dapat-dapat lagi.
Company tak ada duit. Nak
dapatkan tander dengan gomen, company gua kena prepare Bank Guarantee
333k. Nak pakai duit sendiri dulu tak mampu. Kena apply dekat bank
facilities. Dah banyak bulan apply. Cash flow dah berbelas-belas kali
modified. Still tak settle lagi. Still ada dokumen yang gua perlu bagi
dekat bank dan selalunya request last-last minit. Kerja gua jadi caca
merba.
Still pasal Bank Guarantee. Hari isnin nak dokumen, hari
Jumaat dekat pukul 6 baru dia nak cakap dekat gua. Pantat betoi. Dah la
gua input tak habis lagi waktu tuh. Terpaksa gua buat ageing secara
manual. Kalau ada soalan pasal tuh, jenuh jugak gua nak menjawab.
Financial
Reporting Audit 2010 baru tak berapa lama settle. Banyak bulan jugak la
gua bertapa dengan auditor tuh. Banyak issue. Ini la masalahnya bila
boss campur aduk personal dengan syarikat. Caca marba akaun jadinya.
Yang nak kena menjawab dengan auditor tuh bukan dia, tapi gua. Barua
betoi. Banyak gila babi issue, macam-macam gua kena edjas. Tambah dengan
orang akaun yang sebelum gua take over yang memandai-mandai ikut kepala
sendiri, draft yang gua submit manjang kena edit. Penat tak hilang lagi
dan sekarang gua kena prepare audit untuk 2011 pulak. Si boss ni dengan
celakanya nak issue NCR kat gua sebab lambat buat kerja padahal dia
yang jadi punca segala benda.
Dua tiga hari lepas mak gua telefon
cakap ada surat sampai rumah. Road tax moto dah tak lama nak mati. Gua
dah lupa langsung pasal road tax ni. Duit pon tak berapa nak berkepuk.
Nasib baik geran kat kampung sana. Ayah gua dah pergi renew, sikit hari
lagi akan sampai melalui pos. Macam mana pon gua rasa gua kena ganti
duit tuh.
Belanjawan bulan ni dah jadi caca merba. Kad kredit
sikit masa lagi akan kantoi. Gua tunggu gaji bulan ni nak bayar kad
kredit. Minimum payment sudah. Nanti-nanti la gua settle semua. Sekarang
tak mampu. Gaji pon belum tentu dapat.
Kasut hitam gua, tapak dah
botak dan berlubang. Asyik berhujan berpanas, mana dia nak tahan. Sikit
hari lagi gua nak kena cari ganti. Rabak poket.
Motor dah semakin
tua. Dah lama dia tunjuk tanda-tanda lanjut usia. Gua harap motor gua
tak buat hal lagi dalam masa terdekat ni. Relax sulu brader. Tayar pon
nak botak dah tapi boleh pakai lagi.
Kucing comot jiran sebelah ni
makin rajin main cakar-cakar seat motor gua. Parking tak ada bumbung.
Dekat rumah sama, dekat opis pon sama. Bila hujan, air hujan span seat
moto tuh akan serap baik punya. Perjalanan gua ke tempat kerja 45km
sehala. Lebih kurang 35-45 minit dengan motor. Tempoh yang lebih dari
cukup untuk membuatkan bukan saja seluar dengan boxer basah tapi sekali
dengan telur. Celaka punya kucing. Tak lolcat langsung. Kalau gua tukar
sarung seat belum tentu dia tak cakar lagi. Serabut.
Kereta gua
tak lama lagi akan mengadap major service 10000 km. Tah berapa la gua
nak kena prepare. Minor service pon dekat 200 dah.
19 November
2011 - Jalan jem teruk dekat dengan traffic light kat Times Square tuh.
Lampu merah dan ramai orang buat tak nampak. Gua pon ikut sekali redah.
Tak perasan ada polis traffik naik moto lalu dekat situ. Dia jerkah gua.
Kemudian dia bawak motor dia dekat dengan pintu kereta gua sambil sound
dengan nada tinggi. Dia ambil nombor plet kereta dan tulis dekat tapak
tangan dan suruh gua berenti dekat depan sebab situ jem. Sampai depan,
tak ada orang tahan dan gua terus blah. Bodo punya polis. Cakap
elok-elok tak reti ka? Dok buat KL Gangster apahal? Tak boleh tolerate
saman ja la yang dok cakap gaya celaka tuh apahal..Pelaq! Habis spoil
mood gua hari ni. Tak pasal-pasal awek gua kena tempias sama. Babi
betoi..
Semua ni membuatkan misi berhenti merokok gua menjadi
semakin mustahil. Gua makin kuat merokok. Even gua merokok kuat, gua tak
boleh buang rasa tak sedap yang gua tengah rasa sekarang. Kalau rasa
dekat otak, gua tak ada hal sangat. Tapi kalau dah rasa dekat hati,
macam cibai perginya.
Banyak lagi la kalau nak disenaraikan. Beban
gila babi gua rasa sekarang ni. Nak senyum pon tak berapa nak stim. Gua
harap gua tabah. Gua harap esok akan jadi lebih baik dari hari ni. Dah,
gua nak tidur. 930 dah. Gila apa tidur awal macam ni. Tak pernah-pernah
gua buat. Gua tak rasa nak buat apa-apa melainkan menidurkan diri.
Semoga bila gua bangun esok pagi, hati gua akan rasa tenang sikit.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment