27 April 2011 – 11.00 Malam – TV3 – Soal Jawab
Malam
tadi, dalam segmen Soal Jawab di TV3 berlakunya satu sesi soal jawab
mengenai obesiti di kalangan budak sekolah. Sejak dua menjak ni isu
budak sekolah obes makin menjadi-jadi, baik kat surat khabar ataupun kat
TV. Ringkasnya, budak sekolah zaman sekarang ni kadar kegemukan depa
berkali-kali ganda lagi tinggi kalau nak dibandingkan dengan budak
sekolah zaman dulu-dulu. Sifat gemuk macam belon ni mencetuskan
kerisauan banyak pihak dan masing-masing pakat tuding jari kepada satu
sama lain.Yang tak tahan, nasi lemak yang sedap bukan main tuh pulak
dijadikan kambing hitam.
Berbalik
kepada Soal Jawab TV3, ahli panel terdiri daripada tiga orang. Seorang
datin pakar pemakanan, seorang wakil PIBG dan seorang lagi wakil
pengusaha kantin.Perbincangan pada hemat gua amat hambar dan
membosankan. Diringkaskan, nasi lemak dan pengusaha kantin yang suka
jual nasi lemak kena bantai teruk. Ini menyebabkan perasaan tak puas
hati tercetus dalam diri gua dan gua menulis untuk retaliate pasal isu
ini.
Tolak
tepi pasal Soal Jawab TV3, gua nak ulas isu nasi lemak ni dengan
pandangan gua sendiri. Kita terpaksa gunakan time machine dan pulang ke
zaman lampau untuk buat perbandingan. Gua mula bersekolah ketika umur 6
tahun, pra sekolah pada tahun 1993. Tahun 1999 gua ambil UPSR, 2002 PMR
dan 2004 SPM. Sejak dari kecil sebelum mula bersekolah, nasi lemak
adalah breakfast yang paling gua suka selain roti canai.
Boleh
kata tiap-tiap hari gua makan nasi lemak. Kalau dekat dekat sekolah,
gua akan beli dekat kantin. Kalau gua bajet kantin tak jual, gua beli
siap-siap dekat luar, tak pon gua order dekat member gua. Kalau sekolah
petang, gua akan beli nasi lemak buat bekal untuk kelas tajwid dekat
masjid waktu pagi. Volume dan kekerapan nasi lemak yang gua ambil
langsung tak dibendung. Disebabkan kesukaan tuh juga, gua memiliki
kebolehan memakan berbungkus-bungkus nasi lemak secara berturutan.
Sekarang,
tahun 2011 dan umur gua dah naik kepada angka 24. Sepanjang 24 tahun
hidup yang diselubungi nasi lemak, gua langsung tak ada masalah berat
badan berlebihan, perut boroi ataupun bentuk badan yang menggelebeh.
Berat badan gua sekarang maintain 58kg secara purata dan BMI gua berada
pada tahap yang ideal.
Jadinya, kenapa nasi lemak dan kantin sekolah yang dijadikan sasaran?
Gua
bangkang dengan pendapat “nasi lemak tidak harus dibiarkan berleluasa
di kalangan budak sekolah” dalam usaha mengawal obesiti rakyat Malaysia.
Bagi gua, nasi lemak langsung tak bersalah. Macam yang gua tulis kat
atas, nasi lemak walau dimakan dalam kuantiti yang banyak gagal
menggemukkan gua. Malah, kawan-kawan gua yang sebaya pon maintain slim
sama-sama dengan gua.
Bagi
gua,gua berpendapat bahawasanya obesiti tuh datangnya dari rumah.
Senang cakap, gua nak salahkan golongan mak bapak sebab tak berapa nak
cerdik mengharungi dunia yang semakin moden ni. Faktor genetik mak bapak
gemuk dan diwarisi anak gua tak mau ulas panjang. Yang gua nak melabon
adalah pasal kaedah pemakanan yang diamalkan dan diperturunkan kepada
anak-anak.
Gua
pernah beratur dekat restoran makanan segera belakang budak-budak dan
tahap kehebatan depa buat order memang tak dapat nak disangkal, lagi
hebat daripada gua yang dah nak separuh umur ni. Zaman dulu, restoran
makanan segera berapa kerat la sangat. Zaman sekarang, kat mana-mana pon
ada restoran makanan segera. Tak cukup dengan francais jenama popular,
ada jugak restoran buatan tempatan. Tak padan dengan kecik, budak-budak
ni lagi terer makan fast food daripada makan nasi lauk. Macam mana tak
gemuk?
Mak
bapak pulak zaman sekarang kebanyakannya semua berkerja. Bila berkerja,
masa nak mengadap anak-anak berkurang. Bila balik kerja, badan penat
dan liat nak masak. Oleh kerana sistem delivery ke pintu rumah makin
berkembang pesat,maka fast food akan menjadi pilihan. Mudah dan cepat.
Budak-budak terkinja-kinja la seronok dapat makan burger, nugget, ayam
goreng segala. Nak pulak yang combo dapat mainan, lagi la. Macam mana
tak gemuk?
Pakai
logik la. Cuba congak berapa banyak masa budak-budak dekat sekolah
berbanding dengan luar sekolah atau lebih tepat dekat rumah. Cuba congak
berapa panjang masa rehat, berapa panjang budak-budak nak kena beratur
kat kantin dan berapa banyak baki masa yang ada nak tibai nasi lemak
berpinggan-pinggan. Mana ada masa. Nak main polis sentry lagi. Mana nak
sempat.
Cuba
didik dari rumah lagi, makan nasik lauk macam orang Malaysia zaman dulu
amalkan. Ini tidak, nak jugak belagak macam rambut blonde hidung tinggi
makan makanan western. Pulak tuh, jamu anak-anak sekali. Memang la
budak-budak terikut. Lepas tuh anak nak keluar main kejar-kejar main
polis sentry lari-lari depa tak lepas keluar. Panas la, takut hitam la,
takut jatuh la, apa la. Beli pulak PC, handphone, iPad, Play Station,
xBox segala semata-mata nak elak anak keluar rumah. Manjakan sangat
anak, peluh tak bagi keluar langsung. Memang la gemuk. Bangang!
Lagi
satu, orang-orang berjawatan tinggi yang dok semangat berhujah pung
pang pung pang pasal obesiti dan nasi lemak ni, kebanyakan bentuk badan
depa semacam dengan buah pear. Gua syak kebanyakan depa punyai BMI yang
paling cikai dah overweight, selebihnya berada pada tahap obesiti. Der,
lu pergi balik, exercise secukup rasa, kasi BMI ideal dulu then only lu
cakap pasal obesiti. Hak tuihh!!
No comments:
Post a Comment