Selamat Hari Buruh 2011


Sebagai tanda penghargaan buat semua warga buruh yang memburuh diluar sana. Sebagai tanda terima kasih untuk semua buruh yang berkhidmat seantero dunia. Sebagai tanda kebebasan dan kenikmatan cuti umum seluruh dunia. Sebagai tanda permulaan long weekend kepada semua.

Ingin gua ucapkan Selamat Hari Buruh 2011 untuk semua meskipun lagi dua hari baru orang celebrate, gua wish awal sebab weekend gua tak kerja dan tak update blog, professional katakan.

Kepada semua buruh yang memburuh, Selamat Hari Buruh. Kepada semua buruh yang tak berkesempatan jadi boss duduk goyang kaki tak buat kerja, Selamat Hari Buruh. Kepada semua buruh yang bercuti ganti pada hari isnin nanti, Selamat Bercuti dan Selamat Hari Buruh. Kepada semua buruh yang tak dapat cuti ganti, sila bertabah dan Selamat Hari Buruh.
Orang Akaun Web Developer

No comments:

Post a Comment