Sejak
dua menjak ni, kesibukan gua dekat opis berkurangan secara mendadak.
Network failed, maknanya gua tak boleh nak log in UBS Accounting System
untuk input transaction. Inflow tak berapa nak masyuk, maknanya outflow
juga tak berapa nak kerap dan gua tak perlu membazir masa buat PV dan
tulis cheque. Sehubungan dengan itu, tahap kelapangan kehidupan gua
meningkat. Masa gua isi dengan sebaiknya, baca blog orang dalam usaha
nak menambah pengetahuan.
Pengetahuan
yang bertambah saban hari mencetuskan idea dalam kepala otak gua. Idea
kalau dibiarkan dalam kepala otak semata-mata, terasa macam
disia-siakan. Untuk tidak mensia-siakan idea, gua cuba terjemahkan
mereka dalam bentuk penulisan blog. Makanya gua akan klik add new post,
tunggu page load habis dan tulis tajuk. Gua kemudian akan list isi
penting agar gua tak lupa.
Tajuk
dah tulis tapi content tertinggal. Oleh kerana pembacaan gua masih
belum selesai, gua tinggalkan sementara draft tadi dan kembali membaca.
Membaca membawa kepada keasyikan. Keasyikan membawa gua pergi semakin
jauh meninggalkan draft itu kesepian. Masa berputar dan hari menjadi
semakin lewat. Kelewatan membuat gua terpaksa menghentikan pembacaan dan
kembali kepada hal-hal duniawi opis.
Jam
terus berdetik tanpa henti dan waktu pulang semakin hampir. Masa
men-shut-down PC kemudiannya tiba dan gua perlu menutup Firefox terlebih
dahulu. Satu demi satu tab diklik pada pangkah yang merah hingga sampai
pada tab yang satu ini. Tab yang gua tulis tajuk tapi tak tulis isi.
Keinginan untuk balik membantutkan nafsu menulis. Akhirnya gua terpaksa
klik save draft, log out, klik pangkah dan shut down. Tutup air cond,
tutup lampu, kunci pintu dah bye bye opis. Jumpa esok.
Setakat
hari ini gua dah ada 50 tajuk. Daripada 50 ini, baru 18 publish, live
di internet. Baki 32 tajuk masih lagi dalam status draft. 1 tajuk gua
publish, 2 tajuk gua buat draft. Kalau berterusan macam ni, sampai bila
pon tak habis.
OA : Tang buat tajuk, gua memang terer.
No comments:
Post a Comment