Usop Wilcha Dan Hantu Kak Limah


Tak lama hari tuh, movie Hantu Kak Limah Balik Rumah masuk panggung wayang. Gua selaku melayu bajet orang putih, buat macam yang biasa gua buat. Boikot filem-filem melayu sambil berpegang kepada prinsip bangang bahawasanya filem melayu tak best, boleh bajet dah ending dia dan macam-macam lagi la sebab-sebab yang tak best untuk dinikmati bersama. Awek gua, Orang Dana ada pernah mengajak gua tengok cerita ni dekat panggung tapi gua berkeras tak mau tengok sambil bagi alasan yang simple; tak best.

Tak lama lepas masuk panggung, Hantu Kak Limah Balik Rumah memasukkan diri beliau sendiri ke dalam download site. Memiliki seorang housemate yang suka download, gua juga memiliki kelebihan menonton movie tanpa perlu beratur panjang membeli tiket wayang. Sampailah satu hari, kemanan rumah sewa gua digugat oleh hilai tawa berdekah-dekah. Macam biasa, PC gua yang memiliki kelebihan LCD monitor dan sub woofer dijadikan sebagai panggung wayang sebab diletakkan di lokasi yang sangat strategik, tengah-tengah ruang tamu.

Disebabkan meragui sebab berlakunya gelak tawa yang tak dibendung tuh, gua menghampirkan diri dengan monitor, cuba melihat dengan mata kepala sendiri apa yang digelakkan. Sangkaan gua yang pada mulanya Barney Stinson meleset lepas gua ternampak wajah Pak Uda Pi Mai Pi Mai Tang Tu dan Awie Tragedi Oktober dalam monitor. Filem melayu yang disangkakan bangang ditonton sebentar. Tak lama lepas itu, gua yang pada mulanya berdiri terpacak belakang member gua, dengan perlahan menyeret kerusi meja makan menghampiri panggung. Punggung dilabuhkan dan tak lama lepas itu, gua pon ikut sekali tergelak-gelak macam orang tak siuman.

Syed Mohamad Asri Syed Osman. Buat pertama kalinya gua perasan mamat ni. Tah sapa-sapa, tiba-tiba saja muncul sebagai Usop dalam filem Hantu Kak Limah ni. Tapi watak dia memang menjadi sungguh, sebab utama filem Mamat Khalid ni mampu membuatkan gua gelak sampai senak usus besar. Sejak selepas Hantu Kak Limah Balik Rumah, Usop Wilcha terus meningkat naik. Dah jadi macam fenomena dah pon sekarang ni. Sana sini orang dok sebut-sebut pasal Usop, sana sini orang dok sebut dialog Usop dengan gua pon dah terikut-ikut sama.

Daripada pentas filem, Usop masuk ke pentas rancangan hiburan, masuk radio, masuk TV, masuk mana yang dia nak masuk.  Tapi masuknya dia adalah sebagai Usop la, bukannya Syed Mohamad Asri. Kalau dia masuk sebagai Syed Mohamad Asri, gua gerenti tak ada orang pon nak gelak kat dia. Tapi sebab dia Usop, semua orang pon nak bakorr. Usop dah popular dah sekarang. Dah tak macam Usop dulu lagi dah. Bercakap pasal popular, nak pulak pasal artis, kontroversi merata la. Kesian jugak kadang-kadang bila gua baca cerita pasal Usop ni. Padahal awok tuh datang nak bakor, bukannya nak buat kontroversi.

Apa pon, dalam diam dah timbul satu perasaan dalam hati sanubari gua. Perasaan yang berjudul eksaited tak sabar nak tengok Usop lagi dalam TV, tak sabar nak dengar Usop lagi dalam radio. Buat pertama kalinya dalam sejarah hidup gua sejak sekian lama gua ada perasaan macam ni dekat artis tempatan. Watak Usop memang cemerlang!
Orang Akaun Web Developer

No comments:

Post a Comment