Kecederaan Buku Lali Angkara Futsal


Aktiviti rutin setiap malam Jumaat, main futsal dengan kawan-kawan sepelajaran kat Universiti dulu. Aktiviti ni dah berlarutan dari zaman belajar dulu lagi. Sampailah sekarang, budaya futsal malam jumaat masih lagi dikekalkan sampai sekarang walaupun dah dekat setahun habis belajar. Sepanjang tempoh ni, gua tak rasa gua pernah injured sebab gua seorang player yang pasif. Cuma berdiri melangut tunggu bola sampai, dapat bola terus tendang bagi kat orang lain. Tapi baru-baru ni, mimpi ngeri gua menjadi nyata. Buku lali injured, sakitnya meleret-leret sampai hari ni. Hari ni cukup seminggu sakit tuh tak sembuh-sembuh lagi.

24 March 2011 ~ Jumaat ~ 1.15 a.m - 3.15 a.m ~ Macam selalu, main futsal untuk menandakan dan meraikan tamatnya minggu berkerja. Macam selalu jugak, budak-budak ni tak reti nak booking court main awal-awal. Sampainya gua dan budak-budak rumah ke court awal sejam, kena kencing main pukul 12 tengah malam, macam selalu. Maka sesi menyembang pon bermula. Pot pet pot pet menyembang, masa yang ditunggu-tunggu pon tiba. Tanpa membuang masa, team gua masuk dalam court. Main macam biasa, team kalah dua bijik kena keluar, melapok tepi court dan masuk balik bila team seterusnya kalah.

Game ketiga, selaku defender walaupun malas kejar bola, gua berusaha sebaiknya mengelakkan bola sampai kepada keeper ataupun mencium jaring gol. Ketika keadaan seri 1 sama, kekalutan berlaku dimana pihak lawan cuba meragut dara goal keeper lagi sekali. Gua cuba membenteng goal post sambil merebut bola daripada musuh. Malang tak berbau, body contact member gua extra kuat pulak kali ni, kaki gua terpijak bola tanpa sengaja dan tersilap landing ke lantai turf futsal. Bunyi "Prakkk!!!" kedengaran perlahan, sepoi-sepoi bahasa dan serentak dengan itu jugalah gua terjatuh menyembah turf.

Sakit masa tuh boleh gagah jugak la tapi tak la sampai macam orang nak beranak punya sakit. Masih boleh dikawal oleh kewarasan minda, gua bangun dan terus menuju ke pintu keluar sambil terhincut-hincut. Duduk di atas kerusi kayu panjang yang disediakan, gua lantas membuka kasut dan stoking. Bengkak sudah area buku lali kiri gua. Keputusan gua buat untuk menarik diri daripada game seterusnya untuk pagi itu sebab kaki gua rasa tak sedap.

31 March 2011 ~ Jumaat ~ 10.30 p.m - 10.15 a.m ~ Dipendekkan cerita, seminggu pon berlalu dengan pantasnya. Kaki yang bengkak tuh gua cuma sapu dengan minyak panas, langsung tak dibawak mengurut. Sakit dah hilang tapi kaki maintain rasa tak sedap. Kalau di regang-regang, diganas-ganas secara berlebihan, akan terasa sebuah perasaan yang tak menyeronokkan di tempat kejadian.

Malam ni gua boikot game. Awal lagi gua dah berbungkus dengan selimut, bergelap dalam bilik melayan karenah mimpi yang tak putus. Sepuluh minit sebelum game, member gua telefon suruh bawak stoking lebih. Gua mengiakan saja dalam kemamaian dan menyambung tidur sejurus kemudian tanpa memperdulikan kaki member gua bakal melecet sebab main tak pakai stoking. Begitu selfish sekali tapi gua peduli apa.

1 April 2011 ~ Jumaat ~ 11.15 p.m - 1.15 a.m ~ Jumaat malam kembali lagi. Kali ni gua rasa gua dah boleh beraksi seperti minggu-minggu sebelumnya dan kali ini budak-budak neh dah pandai booking awal sikit. Satu kemajuan dalam arena futsal tempatan. Macam biasa, team gua akan masuk dulu. Sepak punya sepak, tendang punya tendang, terajang punya terajang, permainan team gua dibawa ke game kedua.

Kali ni gua dah tak pijak bola lagi dah. Tapi dalam dok sebok berebut bola tuh, gua sekali lagi diasak. Kekecohan berlaku di sekitar permukaan bola dan dengan tak semena-mena, gua ternampak kaki member gua di tempat yang gua nak landingkan kaki sendiri. Cuba mengelakkan pertembungan kedua-dua kaki, gua ubah koordinat pendaratan kaki gua tapi malangnya, pendaratan cemas yang dilakukan itu tak berjaya langsung. Sekali lagi buku lali gua injured di tempat yang sama, terhincut-hincut sekali lagi, dan menarik diri lagi malam tuh.

Tapi kali ni, sakit dia kalau nak dibandingkan dengan minggu sebelum, lagi dahsyat. Meleret-leret sampai ke hari ni. Kalau dipicit-picit ditekan-tekan manja tempat kejadian, akan berasa sakit di tempat kejadian. Kalau diganasi kaki neh, naik turun tangga dengan kelajuan yang tak dibendung misalnya, maka akan sakitlah beliau.

Gua dah chuak. Meleret lama sangat ni. Tah bila nak sembuh elok tah la. Jangan ada internal injury sudah la..
Orang Akaun Web Developer

No comments:

Post a Comment