RM2,000.00 dalam masa kurang 1 jam


Sambungan kepada Kurang Sabar.

8 Julai 2011 - Jumaat - Janji pukul 9, mamat salesman tuh sampai lambat sikit dan pick-up aku dekat Dataran Prima. Kemudian kami bergerak ke Proton TTDI, opis dia ambil dokumen dan sambil-sambil dia buat bank draft dekat Affin Bank belakang opis dia tuh. Aku menunggu. Selesai semua kerja dia, kami bergerak ke JPJ Wangsa Maju untuk proses pendaftaran kereta baru.

Kaunter banyak dan servis cepat, maka kami tak perlu menunggu lama. Kurang setengah jam, pendaftaran pun selesai. Aku dapat plate WVM. Memang macam yang diidamkan. Hangin kereta lambat sampai hilang buat sementara. Tak sabar nak bawak balik kereta punya pasal, kami terus bergerak balik ke Proton TTDI.

Setibanya di Proton TTDI, aku terus koyak-koyak plastik seat sambil si salesman buat kerja dia. Kemudian si salesman panggil. Katanya aku perlu bayar lagi RM2,000.00 sebab bank cuma luluskan loan sebanyak RM 34,400.00 dan bukannya RM 36,400.00. Kalau tak, aku tak boleh bawak balik kereta. Mulanya aku ingatkan itu cuma prank, nak bagi aku chuak dan menggelabah. Tapi bila ditenung-tenung ditanya-tanya, rupanya benda tuh benda serius.

Mamat salesman tuh terlepas pandang pasal loan sedangkan bank dah faks kepada dia lama dah. Aku pun sama terlepas pandang masa sign agreement beberapa hari sebelum tuh. Makanya, termenung la aku memikirkan macam mana nak cari duit RM2,000.00 dalam masa singkat tuh.

Buntu dan tak ada jawapan, aku call budak rumah aku yang jugak kerja dekat-dekat situ. Dia datang dan sebut pasal kredit kad. Tapi kredit kad cuma boleh swipe RM1,000.00 saja. Baki lagi RM1,000.00 tetap kena cari. Sembang punya sembang dengan salesman tuh, dia sanggup tolak komisyen dia RM480.00 dan dia jugak mengaku salah sebab terlepas pandang.

Makanya, ditambah dengan RM520 cash, aku berjaya jugak bawak balik kereta tuh pada waktu tengah hari. EL halfday terpaksa aku extend menjadi full day sebab aku memang dah tak ada mood dak berkerja.

Kereta dah ada, hutang jugak bertambah sebab kesilapan yang tak sepatutnya berlaku. Macam mana pun, syukur la. Aku percaya semua ni ada hikmah walaupun aku dengan tidak disangka terpaksa menjadi sengkek. keke
Orang Akaun Web Developer

No comments:

Post a Comment