Kurang Sabar


Aku bukan seorang lelaki yang panas baran orangnya. Marah-marah, amuk-mengamuk, jerkah-jerkah bukan style aku. Paling kuat pon maki mencarut-carut tapi terhad kepada orang yang aku kenal saja. Bukan semua orang. Selebihnya, aku akan bersabar. Ya, penyabar adalah salah satu sifat terpuji yang ada dalam diri aku. Mungkin disebabkan aku memang seorang yang relax, slumber atau cool.

Akan tetapi, walau macam mana penyabar sekalipon seseorang manusia itu, takat didihnya tetap ada. Akan ada waktu-waktu dimana sabar itu berkurangan. Akan ada waktu-waktu dimana sabar itu kehilangan. Dan pada ketika ini, aku berada pada fasa kurang sabar. Kurang sabar kerana aku merasakan yang diri aku dah kena tiaw dengan seorang salesman.

13hb Jun 2011 - Aku bayar RM500.00 booking fees untuk kereta pertama aku. Feeling waktu itu bukan main lagi seronok. Mana tak, kereta pertama beb. Beli sendiri pulak tuh. Kata salesman itu, tak lama kereta akan keluar. Tak lama. Sebelum itu, macam-macam cerita pasal keefektifan kerja dihidangkan untuk santapan telinga aku.

Tunggu punya tunggu, aku pon follow up. Salesman yang sama cakap kereta tak ada stok, makanya lambat sampai dan lambatlah aku boleh bawa balik. Ok tak apa. Aku menunggu dan terus menunggu sambil sekali-sekala follow up dan memasang telinga mendengar alasan salesman itu. Hinggalah ke hujung bulan kereta masih belum nampak rupa. Yang aku risaukan disini ialah diskaun promosi Jun Rm1000 akan dibatalkan sebab dah tamat tempoh promosi.

Aku follow up lagi dan lagi. Salesman kata, promosi RM1000 tetap valid walaupun diskaun untuk bulan Julai hanyalah RM500. Lega cuma sementara bila mengenangkan kereta masih belum lagi sampai. Proses menunggu dan follow up diteruskan lagi.

4 Julai 2011 - Telefon berdering. Salesman yang telefon. Kereta dah sampai katanya. Dengan semangat dia suruh aku bawak IC original, Lesen original dan duit baki downpayment. Berbunga-bunga hati. Lepas kerja, terus aku dan member aku bergegas ke Proton TTDI. Kereta dibelek dengan teliti. Hampir semua fungsi aku try. Sementara menunggu orang bank datang, kami dihidang dengan test drive Proton Inspira.

4 Julai hari Isnin. Katanya kalau tak ada halangan, hari rabu aku dah boleh bawak balik. Maka sabarlah aku menunggu Rabu. Rabu tiba dan aku tanya status, "tak boleh lagi la broo..kastam tak clear lagiii". Kurang sabar menjelma pada ketika ini. Janji sebelum beli dulu cepat tapi bila dah bayar banyak pulak alasan. Maka aku pon katakan dengan tegas yang esok (Khamis 7 Julai) by hook or by crook aku nak kereta tuh. Ok I promise dia cakap.

Hari ni 7 Julai. Entah berapa kali aku call dia tak angkat-angkat. Semalam cakap nak update. Nak "I will let you know". Tapi hari ni call pon tak angkat. Sungguh haram jadah. Sampailah pukul 2 lebih baru dia call aku semula. Alasan masih sama. Kastam belum clear.Tak habis-habis kastam.

Baru tadi dekat pukul 5 dia call lagi. Katanya kastam dah clear tapi JPJ masih belum register. Maknanya plate number belum ada. Katanya lagi, kalau aku nak cepat, esok aku kena ikut dia ke JPJ sebab dia sebagai wakil tak ada jalan mudah nak bagi cepat. Haihh. Serabut kepala. Tengah hari tadi aku check running number dah WVM 7000+. Esok entah sempat entah tidak aku dapat plate WVM ni. Kalau dapat pon nombor besar. Kalau WVN dah tak berapa sedap.

Pagi esok aku kena EL halfday. Follow dia ke JPJ, settlekan semua hal dan ambil kereta sebelum tengah hari. Weekend ni aku nak kereta tuh parking depan rumah aku. Kalau esok sangkut lagi, you'll see the hulk side of me. Memang aku nak marah. Marah sungguh-sungguh.
Orang Akaun Web Developer

No comments:

Post a Comment