Kita bermula daripada sperma, bertarung dengan yang lain dan kita menang - Linglung yang cakap
Okeh,
gua tak mau menghurai panjang lebar walaupun gua mampu dan tegap untuk
berbuat demikian. Seperti mana certro-certro, cerdup-cerdup,
cerkon-cerkon dan certup-certup yang ada dalam blook ni, gua akan
padatkan ulasan gua malah lebih padat lagi dari milo fuze.
Pernah
tengok iklan YES dekat TV masa YES tuh belum launch lagi? Pernah tengok
muka masam pelan-pelan kayu berubah senyum dan kemudiannya menjadi
sengih macam lembu seronok terlepas daripada kena sembelih time raya
korban? Pernah?? Kalau tak pernah, gua rasa better lu youtube dulu iklan
tuh.
Masa
gua dapat blook ni, gua kena buat cash flow projection kampeni gua
untuk 5 tahun. Gua dah siap yang tahun-tahun, present dekat big very big
boss gua, dia cakap tuh tak ngam. Kena buat bulan-bulan punya baru
boleh nampak detail. Pening serabut jangan cakap la bukan senang nak
forecast bulan-bulan. Hentam punya hentam, gua gerak balik rumah 8.30
malam dalam keadaan kepala separa bingung. Mula-mula gua tertinggal
kunci moto. Lepas tuh tertinggal pulak helmet. Kaw tak kaw la penangan
cash flow ni.
Balik
rumah, lepas makan mandi siap segala bagai, gua mengadap blook ni
sambil-sambil chat dengan Orang Dana. Sepatah demi sepatah gua baca.
Sehelai demi sehelai gua selak. Senyuman mula menguntum dekat bibir gua
yang sweet ni. Makin lama makin berkembang mekar. Mekar dan terus mekar
dan seterusnya menghasilkan gelak tawa yang berderai. Gua tutup pada
muka surat 60 lebih takut budak rumah gua cakap gua meroyan tak ketahuan
hala. Lagipon gua dah ngantok.
Malam
tadi, gua sambung lagi baca. Macam ada kimia dengan malam sebelum ni,
perkara yang sama berlaku. Senyum, senyum lebar, sengih, sengih kerang
busuk dan akhirnya ketawa seorang diri macam orang gila.
Gua tak tahu sama ada linglung ni ada bersahabat baik dengan saka gelak
atau apa, tapi pembacaan gua berjaya men-divert kepala otak gua dari
tensi dekat opis. Lain macam dia punya blah. Pendek kata, Rm18.00 yang
gua labur tuh, gua rasa gua dapat pulangan modal berserta dengan
dividen.
Senyum, senyum lebar, sengih, sengih kerang busuk dan akhirnya ketawa seorang diri macam orang gila
Kalau
ikutkan hati, gua nak sambung gosok lagi. Tapi mak gua pesan, ikut hati
mati. Makanya, gua berhenti setakat itu saja. Gua rasa itu pon dah
cukup untuk menggambarkan apa yang ada dalam blook tuh. Dak gitu? Pasal
gambar kat atas, gua tak berapa nak terer bab-bab mengambil gambar. Yang
gua tau, snap pakai kamera henpon sambil guna filter japanese atau
lomo. Kalau gua terer, gua tak kerja jaga akaun. Kompom gua kerja dengan
TV3, jaga kamera tangkap gambar Kamarudin Mape masa baca berita.
One more thing, kalau nak beli klik SINI.
P/S : Gua masih menanti Cewah keluaran @pipiyapong. Emel belum dibalas. Malas gua nak spam depa. Gua tunggu saja depa pos.
No comments:
Post a Comment