Kiub Rubix


Gua tak ingat secara tepat bila gua beli kiub rubik seperti yang tertera dalam gambar kat atas. Masa tuh gua ke kedai runcit, shopping bekalan megi untuk hari-hari yang mendatang. Biasa la student, hujung-hujung sem megilah sahabat baik. Masa ni, blok hostel yang gua duduk baru dibuka semula lepas siap renovate. Jadinya, tak ramai umat yang menghuni dan buat bising.  Kehidupan kat situ sangatlah sunyi, cuma sekali-sekala gua dengan rumet gua pecahkan kasunyian dengan memasang sub woofer masing-masing sekuat mungkin.

Bosan yang amat dan gua masih di kedai runcit. Bila dah dapat megi, gua menuju ke kaunter. Bila dah sampai kaunter, gua terpengaruh untuk membeli Kit Kat yang kelihatan mengiurkan kat depan kaunter tuh. Teknik marketing yang macam ni gaya gua tak boleh nak sangkal keberkesanan dia. Memang betul-betul umphh!

Bila nak jalan keluar kedai, mata gua terpandang kiub rubik ni. Memandangkan masih ada duit dalam wallet, gua terus sentap dan pergi bayar. Gua ni jenis yang bukan boleh ada duit banyak sikit. Mula la nak beli benda-benda merepek. Dulu-dulu kat sekolah, gua tengok member gua solve rubik ni tak sampai 3 minit. Masuk universiti, ada jugak tiga pat ekor jebon tunjuk terer main benda ni. Gua ingat senang.

Masuk ja bilik, gua lempar megi gua atas katil. Bukak package rubix ni dan gua kemudiannya kecamukkan. Gua ingat gua terer. Godek punya godek, setengah jam berlalu dan gua baru siap satu level, tapak dia. Disebabkan gua ni tabah dan kental orangnya, gua sambung lagi. Masuk level tengah, keadaan menjadi semakin sukar. Ubah sini yang sana lari. Last-last gua jadi bebal. Gua campak rubik tuh atas katil dan gua ambil balik megi, masak dan makan.

Tak lama lepas tuh, gua google tutorial how to solve rubix cube. Gua tenung lama-lama. Walaupun gua kosentret, gua masih tak dapat nak tangkap tutorial tuh. Gua rasa kalau ada cikgu yang sudi mengajar, gua akan jadi lebih cekap. Bebal sebab tutorial tak boleh nak membantu, gua biarkan saja rubik tuh jadi hiasan atas meja.

Daripada meja hostel, masuk dalam kotak sebab gua habis belajar, dikeluarkan semula dan diletakkan atas meja opis gua. Sekarang, dah lebih setahun rubik tuh hidup bersama-sama dengan gua. Dalam tempoh yang agak lama ni, haram sekali pon gua tak pernah selesaikan rubik tuh. Sekali pon tak.

Gua berpendapat, daripada gua bebankan otak baik gua buat rubik tuh sebagai hiasan meja. Sempoi jugak apa ada benda warna-warni atas meja sedap jugak mata memandang. Plus, bila orang nampak benda tuh atas meja gua, orang mesti ingat yang kepala otak gua ni power padahal sebenarnya tidak.

keh keh keh
Orang Akaun Web Developer

No comments:

Post a Comment