Belanjawan Rokok


Cerita pasal aku nak berhenti rokok sebenarnya adalah cerita lapok. Bermula dari bertahun-tahun yang lampau sampai la ke hari ni, aku masih hisap rokok walaupun ada jugak percubaan untuk berhenti.

Waktu aku solo dulu, aku kata kalau ada awek aku akan lebih mudah nak berhenti. Kononnya ada support berterusan dan faktor pendorong. Dipendekkan cerita, bila aku dah ada awek, awek support berterusan sampai sanggup beli niquitin bagi pon aku masih jugak hisap rokok. Hak tuih sungguh!
Okeh. Terus kepada belanjawan rokok aku. Aku ni boleh dikategorikan sebagai seorang perokok tegar dan heavy. Dulu bermula dengan rokok batang kedai runcit, kemudian kotak 7, kotak 10, kotak 14 dan akhirnya kotak 20. Zaman sekarang ni tak ada kotak kecik. Maknanya sekotak ada 20 batang rokok dan dah bertahun jugak aku mengamalkan sekotak sehari. Itu minimum rasanya. Kalau time tensen, lagi sakan aku hisap. Lepas sebatang cucuh lagi sebatang.

Mari kita buat beberapa andaian untuk membantu kajian lanjut aku dalam topik belanjawan rokok ni. Pertama, kita andaikan yang setiap hari adalah hari normal dimana aku menghisap rokok sekotak 20 sehari tak lebih tak kurang. Kedua, rokok yang aku hisap harganya RM10 sekotak. Kita ketepikan faktor mengepau rokok orang, rokok aku kena pau, aku sengkek dan hisap rokok murah serta aku cilok senyap-senyap rokok daun ayah aku.

Jadi sekarang mari kita buat kira-kira matematik mudah.

1 kotak = RM 10 = 20 batang
Sehari
1 hari x RM 10 = RM 10 = 20 batang
Sebulan
30 hari x RM 10 = RM 300 = 600 batang
Setahun
365 hari x RM 10 = RM 3,650 = 7,300 batang
Lebih kurang 9 tahun hisap
7 tahun x Rm 3,690 = RM 32,850 = 65,700 batang

Perghh.. Naharom punya banyak duit yang aku dah guna untuk beli rokok. Ni anggaran lebih kurang. Ada hari aku hisap lebih, ada hari aku hisap kurang. Ada hari aku dapat rokok free. Harga rokok dulu tak sama dengan harga sekarang and so on and so on.

Aku buat kesimpulan mudah yang jumlah wang yang aku dah habiskan sepanjang lebih kurang 9 tahun berkecimpung dalam arena merokok tak kurang RM 20,000. Bab berapa batang tuh congak la sendiri. Doktor kalau tengok x-ray aku dia tak payah susah-susah sepet mata. Terang-terang boleh nampak paru-paru aku hitam melegam.

Ada sesetengah orang bila tengok angka macam tuh akan cakap lebih kurang macam ni : "kalau hang tak hisap rokok, hang mesti dah boleh beli kereta sekenhen bayaq cash tak pun moto honda ex5 baru cash koman-koman 7,8 bijik.

Cheh!! Aku tengok ramai gila orang yang tak hisap rokok tapi tak ada semua benda macam tuh padahal orang yang tak hisap rokok kompom-kompom boleh jimat RM 10 sehari kalau nak dibandingkan dengan aku. Actually, kalau aku tak hisap rokok pon belum tentu aku ada duit lebih macam yang aku kira kat atas tuh. Duit kalau tak disimpan elok-elok, ke tangan cashier kedai jugak perginya. Tak payah la nak banding beza merokok tak merokok.

Jujurnya, aku sekarang semakin desperate untuk berhenti merokok. Dulu-dulu aku cuba berhenti aku ada buat tarikh dateline tapi semuanya gagal dan di-reset semula. Kemudian bila dah banyak-banyak kali percubaan aku gagal, aku jadi bebal malas nak letak tarikh dah.

Bila aku berkawan dengan Orang Dana, dia mintak aku berhenti merokok sebab dia kata dia sayang aku, tak mahu aku sakit. Ya aku faham maksud dia dan aku janji dengan dia yang aku akan berhenti merokok cuma aku tak bagi tarikh. Mak aku pon mintak aku berhenti merokok dan aku angguk, tersiratnya itu janji aku pada mak aku. Tarikh tetap aku tak bagi.

Beberapa minggu lepas, aku ada duduk tepi Tasik Shah Alam dengan Orang Dana sambil berbincang pasal masa depan dan tarikh-tarikh penting. Masa ni, aku dengan yakinnya tunjuk pen dekat kalendar bertarikh 23 Januari 2012 dan aku cakap kat dia yang aku kompom akan berhenti merokok sebelum tarikh tuh.

Hari ni dah 30 Disember 2011. Ada lebih kurang 23 hari lagi sebelum tarikh keramat tuh. Malangnya aku masih maintain hisap rokok macam naga buana. Aku kena walaupun secara terpaksa berhenti sebelum 23hb dan pada masa yang sama aku buntu macam mana gaya nak berhenti ni.

Kalau tak berhenti jugak, aku tak tau la apa nak kata...
Orang Akaun Web Developer

2 comments: