Dugaan Bulan Ramadhan


Bulan Ramadhan membawa maksud yang pelbagai. Salah satu daripadanya adalah bulan satu bulan sebelum raya. Atau dalam erti kata lain bulan perbelanjaan meningkat mendadak.

Bagi yang masih ditanggung oleh mak bapak, sila bersyukur secukupnya. Bagi yang dah terputus tanggungan, marilah kita sama-sama rasakan azabnya. Kehkehkeh.

Baru hari selasa lepas, motor aku buat hal secara tiba-tiba. Nak shift gear tak boleh, dia tendang jadi free. Nasib baik hati rabu cuti Nuzul Quran. Maka bawak dibawak lah beliau ke workshop atas dasar sayang padahal aku boleh ja nak drive pergi kerja. Tapi bila dicongak balik, lebih menjimatkan kalau naik moto.

Macam biasa, selepas diterangkan simptom penyakit, sang pomen akan buat hipotesis awal. Katanya maybe mangkuk clutch atau gearbox problem. Macam mana pun kena bukak dulu tengok.

Lepas aku bagi green light untuk bukak, sang pomen pun memulakan kerja. Dipendekkan cerita, tak lama lepas tuh barailah bahagian gear moto tuh dan si pomen pon memulakan sesi konsultasi. Ini kena tukar, itu kena tukar, itu lagi tukar.

Bla bla bla berapa bajet aku tanya. Lepas dicongak-congak, tokei tuh cakap RM272.00. Aku cuba tawar dapat RM2.00 ja. Kapitalis sungguh.

Maka dengan kejadian itu, lingkoplah bajet raya aku yang tak seberapa. Mengharapkan gaji bulan ni ja la nak buat duit raya anak buah, bunga api, minyak tol balik kampung dan segala yang berkaitan.
Bonus tak boleh nak harap sangat. Tapi aku akan cuba ketepikan hutang company dan utamakan bonus. Apa guna jadi orang akaun ye dok?
Orang Akaun Web Developer

No comments:

Post a Comment