Bernafas Dalam Lumpur


ebelum aku melabon panjang-panjang menghuraikan intipati tajuk post ni, aku rasa adalah lebih mulia kiranya jikalau tuan-tuan dan puan-puan sudi klik button play kat video youtube atas tuh dan layan lagu neh sambil-sambil baca. Ini antara lagu rock kapak yang kegemilangannya belum lagi pupus ditelan masa. Lagu yang kalau dihayati lirik dia, diteliti penyampaiannya memang sangat berkait rapat dengan kehidupan seharian setiap umat manusia atas muka bumi ni.
Lama mana lagi Hendak ku turutkan
Kata telunjuk yang menuding kepalaku
Sabar apa lagi Hendak ku turutkan
Hingga aku bernafas bagai dalam lumpur
Kasihan
Okeh, sekarang ni jom kita aplikasikan lagu ni dalam kehidupan. Kita tolak cerita cinta, kita pakai cerita kerja. Bagi sapa-sapa yang tengah stress dengan kerja, aku rasa istilah bernafas dalam lumpur tuh sangat-sangat lah sesuai. Stress kerja ni bukan calang-calang, darah boleh naik tinggi, buah pinggang pon boleh rosak. Muda-muda lagi dah berisiko tinggi nak dapat penyakit yang tak best. Sapa yang nak? Bila tengah stress, bernafas rasa macam tak lepas, tekak rasa macam kering walaupun baru ja lepas minum air sebotol. Lebih kurang sama ja dengan bernafas dalam lumpur.
Wajah kita sama Beza pada gaya
Itu pilihan masing-masing yang empunya
Mungkin pada usia Rasa yang berbeza
Yang penting kita saling hormat menghormati
Panduan
Ini cerita pasal anak buah dengan bos. Walaupun rambut sama hitam, kulit sama warna, baju sama saiz, tetap ada perbezaan antara kedua-dua spesis ni. Yang penting saling hormat menghormati, tapi kalau dah main dengan stess, kalau dah main dengan tekanan, pegi mampos la hormat. haha
Kita tak dapat bersama
Namun kita juga manusia
Kita punya rasa cinta
Masing-masing punya harga
Mahu apa lagi Akan aku korbankan
Selagi ada hayatku di kandung badan
Oh terima kasih Kerana balasan
Semoga sejahteralah hidup semua
Oh kawan
Setiap pekerja, mesti akan buat yang terbaik bila berkerja. Tapi kadang-kadang nasib yang tak berapa nak baik bila dapat bos yang cerewet dan banyak mulut. Walaupun apa yang dibuat tuh memang hasilnya yang terbaik sekali dalam dunia, still jugak depa nak kondem.

Kadang-kadang bukan sebab bos tapi sebab staff lain. Benda selalunya akan melibatkan beberapa pihak. Delay bahagian depa, delay la jugak bahagian kita. Secara tak langsung kita akan kelihatan bengap tak reti nak buat kerja.

Kadang-kadang bukan sebab itu semua, tapi tah apa sebab kita sendiri pon tak boleh nak explain. Tak terucap dengan perkataan, tak tergambar dengan perbuatan. Masalah yang cuma kita seorang saja yang faham. Bila cakap, orang kata kita merungut mengeluh, bila tak cakap benda tuh terpendam. Nak di let go, tak lepas-lepas buang. Nak dikongsi jadi macam anjing menyalak gunung. Haihhh.. Tah la.

Walau macam mana sekalipun, option tetap ada dan berputus asa bukan satu option yang bijak untuk diambil. Masing-masing punya harga diri. Waktu untuk membuat perubahan akan tiba satu masa nanti. Berhenti kerja dan mula berkerja di tempat baru yang menjanjikan pulangan dan persekitaran yang lebih berbaloi-baloi adalah satu option yang cemerlang daripada kaca mata aku. Tak lama lagi semua tuh akan menjadi kenyataan. Sekarang apa yang perlu aku lakukan adalah bersabar, ikut telunjuk depa, teruskan bernafas walaupun bagai dalam lumpur dan akhir sekali, selamat tingal semua.

Lumpur akan kekal disini tapi aku akan pergi mencari nafas baru yang lebih segar.
Orang Akaun Web Developer

No comments:

Post a Comment